Saturday, 31 October 2015

Argggghhh! aku letihhhh!

Argggghhhhh! aku letihhhhh!


bila aku rasa nak jerit kuat-kuat biar satu dunia tahu yang aku dah cukup stress dan terbeban dengan kerja-kerja, assignments, lab report, presentation, exam yang berbaki 4 paper lagi..yang mana notes tebal-tebal..tak sentuh sangat lagi..hari pun makin cepat berlalu..aku terfikir,, terbeban???..belajar je pun dah terasa terbeban,..bukan suruh buat benda berat2, susah2 pun.. masa tu cukup sebenarnya..tapi tu lah..manusia memang macam tu,. lebih pilih untuk tangguhkan kerja dan kemudian mengeluh.. nak jadi hebat bukan mudah..nak berjaya bukan senang..kalau kerja berlambak ni jadikan aku stress, macam mana aku nak berada ditempat yang atas..kalau terlalu biasa dengan comfort zone, tetiba tercampak sikit kat saat-saat genting macam ni, mulalah meroyan..kerja-kerja jadi buat ala kadar.. muhasabah diri balik,, semua datang dari dalam diri..peringatan untuk diri sendiri sebenarnya..kalau dah nak exam baru nak cek nota, nak fahamkan, memang la jadi payah..assignment masa diberi sebulan, tapi waktu berbaki 4 hari baru nak belek..hhmmm..cek diri balik.. ade lah tu silap kat mana-mana..jangan pandang sekeliling, pandang diri sendiri.. semua bermula dari diri sendiri.. disiplin diri..jangan asyik mengeluh..salahkan keadaan..itu susah, ini susah.. salahkan course ni susah.. salahkan lecturer bagi notes banyak sangat..sebenarnya kita yang pilih.. ikhlaskan hati.. yakin pada Allah..mohon kekuatan dari dia.. in shaa Allah kekuatan akan datang bila kita yakin dengan pertolongannya.. bak kata Tun dr. Mahathir, "orang yang tak bersedia untuk bersusah payah, adalah orang yang layak berada dibelakang"..tajdid niat.. lillahi Taala..




Tuesday, 13 October 2015

aku insan yang tak sempurna





aku insan yang tak sempurna,
ada kala aku kuat,
ada masanya pula aku lemah,
ada ketika aku tersungkur layu.

tapi aku percaya,
setiap kesakitan ini,
pasti akan ada manisnya nanti,
kepedihan ini akan ada kebahagiaannya.

airmata,
berhentilah mengalir,
aku sudah tiada kemampuan,
aku sudah tak terdaya menahan kau dari jatuh.

aku insan yang lemah,
sering aku  alpa,
sering juga aku sering menyakiti,
ingatkanlah aku Ya Rabb bahwa kuasa mu mengatasi segalanya.

bukan aku tak mahu mendekatimu,
namun jiwaku masih rapuh,
berkali kau memanggil aku kepadamu,
berkali juga aku berpatah menjauhimu.

ampunkan aku hambamu yang lemah ini,
bantulah aku untuk bercita syahid dijalanmu,
tunjukkan lah aku bahwa cintamu mengatasi segalanya,
agar tidak lagi aku berpaling dari mu.

Saturday, 3 October 2015

jiwa





Zaman memusatkan mata kearah skrin computer ribanya. Seperti yang dijangka, zaman sekali lagi Berjaya mendapat keputusan yang cemerlang untuk kertas peperiksaan pertengahan semester.  Malah zaman juga sering kali mendapat dekan dengan pointer yang tinggi setiap semester. Tangannya laju mencapai telefon bimbit. “adam, malam ni keluar jom. Makan-makan, jalan-jalan. Nak celebrate result gempak.” Suara zaman kedengaran disegenap ruang bilik hostelnya.
Malam itu hampir seluruh Bandar dijelajah zaman dan rakan-rakannya. Jam ditangan ditelek. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Mereka memilih untuk tidur didalam kereta malam itu, sambil menunggu pagi kerana  pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk kekawasan universiti  melebihi jam 3 pagi atau mereka akan dikenakan denda.
Sedang nyenyak tidur ditempat duduk pemandu, tiba-tiba zaman merasakan udara dingin. Matanya dibuka perlahan-lahan. Rakan-rakannya yang lain masih lagi tidur. Jam menunjukkan pukul  7 pagi. Setelah mengejutkan rakan-rakannya yang lain, zaman menghidupkan enjin kereta dan memacu keretanya laju. Tiba-tiba, “bummpppppppp!” kakinya cepat-cepat memijak pedal brek. “weh zaman, kau langgar apa tadi?” Tanya aidil dari  tempat duduk penumpang belakang. “aku tak tahu”..zaman cepat-cepat keluar dari kereta untuk melihat andai dia telah melanggar apa-apa. Sekitar kereta dilihat, namun tiada apa ditemui. Sekali lagi zaman merasa angin dingin meniup ke tubuhnya. Dia sedikit menggigil kesejukan. Tanpa berlengah dia segera kembali masuk kedalam kereta. Sedikit rasa pelik menerjah ke sanubarinya. Brek tangan dilepaskan dan zaman meneruskan pemanduannya kembali ke universiti.

Keesokan harinya selepas kelas berakhir jam 5 petang, zaman keluar ke taman untuk bersenam. Dia memulakan lariannya disepanjang  trek kawasan taman. Petang itu agak lengang mungkin kerana bukan hujung minggu. Sedang zaman mencapai earphone yang berada dipoket seluarnya untuk dipasang ketelinga tiba-tiba dia melanggar seseorang yang sedang berlari bertentangan arah darinya. “maaf, saya tak Nampak ada orang dihadapan tadi.” Zaman mengeluarkan kata-kata apabila melihat lelaki itu memegang bahunya. Sakit mungkin kerana berlanggar dengannya tadi. “eh tak pe, sikit je ni.” Lelaki itu tersenyum.
“zaman”. Zaman menghulurkan tangannya kearah lelaki yang sedang berdiri dihadapannya. “jiwa”. Lelaki itu menyambut huluran tangan zaman. Zaman rasa selesa dengan perwatakan lelaki itu kerana dia tidak henti tersenyum sejak mereka berlanggar bahu sebentar tadi. Petang itu zaman berlari bersama-sama jiwa. Banyak perkara yang dibincangkan mereka.

Oleh kerana esok kebanyakan kelas dibatalkan, zaman dan rakan-rakannya  bermain game online hingga larut malam dan tanpa sedar dia telah terlelap dihadapan computer ribanya.
“zaman..bangun zaman..” zaman membuka matanya perlahan lahan. Berdiri satu tubuh disisinya. “kau siapa?” zaman menggosok gosok matanya. Wajah lelaki yang berdiri disisinya tidak dapat dilihat dengan jelas. “aku jiwa…” suara lelaki itu kedengaran. Zaman mengerutkan dahinya. “jiwa?. Macam mana kau boleh ada kat sni?” zaman bingkas perlahan-lahan dari tempat duduknya. Lelaki itu beredar meninggalkan zaman. “kau siapa sebenarnya?” zaman cuba mengejar lelaki itu yang sedang keluar dari biliknya. Langkah lelaki itu terhenti. “aku jiwa…jiwa kau yang dah lama hilang”. Zaman tersentak. Kakinya kaku. Bibirnya kelu. Bayangan lelaki itu sedikit demi sedikit lenyap dari pandangannya.
Tiba tiba zaman terdengar suara dari dalam bilik. “zaman, bangun weh.. solat subuh”. Zaman mengatur langkah masuk semula kedalam bilik. Katilnya didekati. Tapi dia terperanjat bukan kepalang apabila melihat satu tubuh sedang berbaring diatas katilnya. Tubuh itu didekati. Sekali lagi dia tergamam. Kakinya menggigil. Itu adalah dirinya. Zaman terduduk dilantai. Dilihat tubuh itu sedang nyeyak tidur. Hinggalah langit kelihatan cerah dan cahaya matahari menyelinap masuk ke ruangan bilik melalui celah-celah tingkap, tubuh itu tetap juga tidak bingkas dari tidurnya. Tiba tiba telefon berdering. Zaman berlari mendapatkan telefon bimbitnya. Namun jari jemarinya tidak mampu memegang telefon itu. Berkali mencuba tetap jua gagal. Tertera  nama “ibu” didada skrin telefon bimbit itu.Matanya kembali dipaling kearah tubuh yang sedang berbaring diatas katil. Dilihat telefon bimbit  dicapai oleh tubuh itu. “hello ibu, ada apa call zaman pagi-pagi ni?. Zaman ada kelas ni, nanti zaman call ibu semula ya”. Punat berwarna merah ditekan dan dia kembali menutup matanya.
“ibu..” zaman yang berdiri disatu sudut bilik itu terasa sebak.. tiba-tiba satu flashback melintas dimatanya. Suasana dirumah yang mana dia, ibu dan ayah sedang duduk diruang tamu. Ayah menegur zaman kerana selalu keluar hingga lewat malam. Waktu cutinya tidak dimanfaatkan duduk dirumah dan diluangkan masa bersama keluarga. Jika berkesempatan, pasti sahaja zaman sibuk dengan telefon pintarnya. Zaman hanya berdiam diri dan meminta izin masuk kebiliknya. Ayahnya yang duduk disitu menggelengkan kepala.
Tiba-tiba zaman teringat akan  kata-kata lelaki yang baru sahaja berlalu sebentar tadi. “jiwa aku yang dah lama hilang?”

Zaman terjaga dari lenanya. Computer riba yang masih lagi terbuka terletak elok didepan matanya. “aku bermimpikah tadi?” zaman menggosok-gosokkan matanya. Jam dikerling. Jarum jam menunjukkan jam 4 pagi. “jiwa aku yang dah lama hilang?” sekali lagi zaman teringat akan mimpinya sebentar tadi. Tiba-tiba rasa hiba berkunjung dihatinya. Zaman bingkas bangun dari duduknya. Dia menapak ke bilik mandi untuk berwudu’. Tikar solat dibentang. Dia mulakan solat sunat tahajjud yang sudah lama tidak di amalkan. Airmatanya mengalir sepanjang solat. Terasa tenang hatinya. Kini dia faham akan maksud mimpinya itu. “jiwa yang dah lama hilang”. Jiwanya sudah lama sunyi dari mengingati Allah. Kejayaan demi kejayaan yang diterpa semua dirasa diperoleh dengan usaha sendiri. Jarang sekali dia mendekatkan diri pada Ilahi. Dia leka dengan kesenangan yang diperoleh. Zaman istighfar berkali kali. Sudah jauh Allah dilupakan, namun Allah tidak sesekali melupakannya. Teguran demi teguran bertandang, namun belum cukup besar mata dan hatinya untuk melihat. Kini zaman menguntumkan senyuman. Dia bertekad untuk berubah. Jiwa nya perlu di isi dengan mengingati Allah. Banyak perkara perlu di selesaikan. Hidupnya di atas muka bumi bukan lah hanya untuk bersenang lenang dan bersuka ria. Ya, aku khalifah dimuka bumi ini.

Tuesday, 15 September 2015

hakikat seorang anak



“Abah nak kau jadi doctor”..terngiang-ngiang kata-kata tu..abah, anak abah ni tak mampu lagi nak amik medic..bukan tak cuba..bukan tak usaha, tapi mungkin belum cukup lagi usaha tu…mungkin belum ada rezeki..atau mungkin Allah belum izinkan anak abah ni amik medic.. bukan tak tahu abah nak sangat anak abah ni jadi doctor..tapi saje je buat-buat tak tahu..wajah mak abah penuh harapan setiap kali aku balik bercuti..lagi-lagi bila result keluar.. “haaaa..macam mana?.boleh tukar course medic?”..jawapan biasa aku, “ medic apa..pointer pun tak capai lagi nak dapat tawaran tukar course medic”.. bukan aku tak tahu mak abah kecewa setiap kali jawapan tu yang aku bagi..tapi..aku buat-buat tak kesah pun dapat ke tak peluang tukar course tu.. “alah..ami tak minat la course medic tu..susah..tak de life..buzy memanjang..” tu jawapan cover rasa sebersalah je..padahal jauh di sudut hati aku ni, aku nak sangat mak abah tersenyum dengan kejayaan aku..mampu beri apa yang mereka inginkan aku jadi..tapi mak abah..ami belum lagi berkesempatan untuk tu.. tapi..ami akan cuba jadi doctor seperti apa mak abah harapkan..walaupun bukan doctor perubatan,..mungkin doctor PhD.Berjaya dalam bidang sains bioperubatan dan jadi seorang scientist yang berjaya.. tak de apa yang lebih membahagiakan melainkan lihat mak abah tersenyum.. mak abah tunggu sikit masa lagi ya..ami tengah berusaha..i’ll make both of you proud of me.. teringat dulu masa sekolah mak abah ikutkan je ami nak tukar sekolah..tak marah sikit pun..setiap hari hantar ami kesekolah(masa menengah rendah)..masa sekolah rendah, botol air ami tertinggal..masa tu dah kat sekolah baru teringat..mula la gelisah..bila keluar kelas je.. Nampak mak tengah bejalan nak masuk sekolah..semata nak bagi botol air..sobbbbsss..terharu sangat bila ingat balik..malam tu ami demam panas..menggigil..mak abah bawak tidur sama..lap kan badan dengan air..suap makan..padahal masa tu dah sekolah menengah..abah carikan air kelapa bagi minum..sobbbbbsss.. sekali lagi terharu.. kalau nak hitung..memang tak terhitung kasih mak abah..tak terbalas..apa ami harap, mak abah sempat tengok ami Berjaya..dulu masa pmr dapat 8A..mak Tanya nak apa, nak makan apa cakap je..aku tak nak ape2 pun..tapi bila mak abah dah Tanya-tanya..aku cakap nak makan char kuey tiaw je..hahaha..adik bradik aku yang lain smua bising kenapa tak mintak makan sedap sedap..last2 semua makan char kuey tiaw je malam tu.. sebab..bagi aku..aku tak nak apa2 pun dari mak abah..aku nak diorang gembira..tu je.. aku selalu fikir macam mana nak bahagiakan diorang..tapi bila dah kat depan mata, selalu pulak aku merajuk-merajuk..hhmm.. kalau kawan-kawan aku cakap, nak travel, nak kawin awal..aku tak terfikir pun semua tu selagi aku masih bergelar student..sebab.. aku tahu aku ada misi..matlamat..nak Berjaya dulu.. nak bahagiakan mak abah dulu..nak spend time dengan diorang..sobbbbsss..harap2 cita2 aku tercapai..aamiinnnn!

Sunday, 13 September 2015

akulah pendosa


Hujan yang turun itu,
seakan akan tidak mahu reda,
angin bertiup seperti mahu bertarung dengan rintikan hujan,
pepohon hijau tegar bertahan penangan sang air.

aku berdiri,
menjengah jendela,
aku lihat dihujung jalan itu,
seorang penggagah sedang berteduh.

aku menoleh kesuatu sudut pandangan,
berlari ternakan mencari perlindungan dari kesejukan,
tanah yang gersang kini segar dibasahi,
rumput yang dulunya kekuningan kini semakin hijau.

aku menghulur tangan ditengah tengah rintikan hujan,
air itu aku lihat jatuh menerusi jari jemariku,
sejuk..dingin..hilang segala kehausan,
ku dongak kepala kelangit,.biru..aku lemas dalam keindahannya.

rindu aku rindu,
rindu akan kedamaian yang telah lama hilang,
ketenangan yang telah lama pergi tanpa aku sedari,
tanpa rela meninggalkan aku dalam kekacauan ini.

Tuhan,
aku tahu dibalik rasa ini,
engkaulah pemiliknya,
engkaulah penciptanya.

andai aku rebah,
aku tahu denganmu aku akan bangkit semula,
dengan kasihmu aku akan terus berdiri,
kerna engkaulah yang wujud disetiap titis darahku.

duhai pemilik jiwaku,
sedarkan aku,
bahawa aku sedang ditagih janji,
hidup bukan permainan,
bukan jua pentas sandiwara.

aku,
akulah pemegang watak si hamba,
namun kini,
lantang aku melakonkan watak si raja tanpa segan silu,
tidak aku menghiraukan arahan pemilik ceritera.

gegar dunia gegar,
gegar dengan keindahanmu,
menggoncang aku hingga layu,
rebah dalam pelukanmu.

wahai hati,
hentikan rontaanmu,
aku tahu apa inginmu,
aku tahu kau ingin kembali kepada penciptamu.

ya Allah,
akulah pendosa,
basuhlah noda ini dengan nyamannya keberkatanmu,
agar aku bisa tegar berdiri memegang janjiku,
menjadi hambamu kini dan selamanya.



miraLee-misznerd-slaveOfAllah

Sunday, 6 September 2015

aku hambanya

Petang itu intan duduk berseorangan dibangku sambil menangis..suara esakan ditangkap oleh telinga ilah yang sedang berjalan dikawasan itu..ilah mendekati intan.
"Intan..kenapa awak menangis?" Sapa ilah dari belakang.
"Tak ada apa apa.." intan membalas pertanyaan ilah. Ilah mengambil tempat disisi intan.
"Awak ada masalah eh?". Dilihat intan masih lagi menangis.
"Tak nak share dengan saya ke?" Ilah masih lagi mencuba memujuk intan.
"Saya sedih..saya selalu je menemui kegagalan..saya tak de kekuatan..saya lemah..saya memang tak guna"
"Hhmm..intan..kalau awk seorang yg sentiasa gagal, awak tak akan ada disini..di universiti ni..ini tempat org pandai2 taw.. macam awk dan sy..tapikan..hidup ni macam roda..kejap kita kat atas..kejap kita kat bawah..kalau asyik kat atas je..mesti kita akan jdi bongkak..tak pandang orang dibawah kita..terus terusan mendongak ke langit..kadang2 kn..Allah tu bgi kita kegagalan supaya kita ingat, yang kejayaan tu milik Allah yg mana bila Dia nk bagi kat seseorang tu, papp..Dia akan bagi..tapi, kalau Dia ingin hamba nya jatuh, merasa kegagalan, paappp, jatuh kita dlm kegagalan..Allah bgi kita rasa gagal sebab Allah nk kita kembali ingt pada Dia..nak kita menangis depan Dia..nk kita meminta..Allah tu maha pemurah..tak sesekali Dia inginkn musibah menimpa hambanya. Melainkan itu hanya ujian.. ujian tulah yg mematangkan kita..buat kita kuat..buat kita rasa nak bangkit..supaya kita belajar untuk bangun.. ujian bukan dlm bentuk susah je..ujian Allah dtgkn juga dlm bentuk senang.. tapi manusia ni.. tak lihat dengan mata hati..sebenarnya, ujian dlm bentuk kesenangan tulah lebih bahaya..kita jadi lupa bila kita dah dlm keadaan selesa..kita jadi lalai..jauh dan semakin jauh dari dia..tu lagi bahaya.. jadi, Allah nak intan kuat dlm meniti kembara sebagai hambanya.. lap airmata tu okay..jangan menangis lagi..yakin lah dengan janji Allah..manusia kuat adalah yang manusia hebat dan hamba yg teguh imannyalah yg layak disisi Allah yg esa.."
intan mengelap sisa airmata dipipinya.
"Terima kasih ilah atas nasihat tu. " intan terseyum.
"Haa..macam tu la..kan manis macam tu".

Friday, 31 July 2015

Hobi


Assalamualaikum




Bila bercerita tentang hobi pasti semua orang ada hobi masing-masing. Hobi tu adalah perkara yang kita sering lakukan terutamanya diwaktu lapang. Haaa, aku ada hobi aku sendiri.. apa hobi tu?. Banyak sebenarnya yang aku suka buat masa waktu lapang, antaranya, bersukan contohnya main basketball..selain tu, aku suka menulis dan membaca. Dua hobi ni, memang aku selalu buat bila lapang, sejak sekolah menengah lagi. Kadang kadang kalau ade je terlintas ilham nak buat puisi, aku ambil pensil dan kertas. Then terus je menulis. Pappp! Siap 1 puisi..dulu masa sekolah menengah, aku ada satu buku yang mana bila aku rasa nak tulis puisi, aku akan tulis dalam buku tu. Penuh juga la 1 buku tu dengan penulisan puisi aku. Teringat masa tingkatan lima, sajak tulisan aku menang johan pertandingan menulis sajak peringkat sekolah. Dapat naik pentas okehhh..haha..selepas tu, sajak aku tu dimasukkan ke dalam majalah sekolah. Wah2..rindu masa sekolah dulu. Lepas spm aku mula jinak jinak buat cerpen..in shaa Allah suatu hari nnt aku nak cuba buat novel pula..doakan suatu hari nanti aku mampu jadi a good writer yea..aamiinn!.






Selain gila menulis, aku pun suka jugak membaca..tak kesah genre apa..fiksyen atau bukan fiksyen. Tapi mostly buku yang aku baca adalah buku buku motivasi..sebab..aku ni senang rasa down. So bila baca buku buku motivasi, aku akan lebih bersemangat. Lagi satu, aku ada juga menyimpan cita cita nak jadi pakar motivasi.. antara pakar motivasi yang aku minati adalah prof. dr. muhaya dan yasmin mogahed. Aku suka bagi kata kata semangat kepada orang lain even aku pun kadang kadang takde lah bermotivasi sangat..haha.. tabiat aku juga bila pergi kekedai buku adalah, duk belek belek buku berjam jam..pernah 1 hari tu, kawan aku sampai duduk kat lantai sebab tunggu aku pilih buku lama sangat..haha.. lagi-lagi bila dapat baucer buku. Habis kesemua Rm 200 aku beli buku buku. Kadang kadang mak ade lah bising sebab aku beli banyak banyak tapi tak habis baca pun..haaaaa..tu lagi 1 tabiat aku..haha..beli buku banyak banyak, tapi tak sempat baca. Bagi aku, bila beli buku banyak banyak, adalah 1 kepuasan. Tapi bila free, aku akan cuba juga baca stok buku buku aku.


Baca buku walaupun sehelai sebelum tidur. Tu lah azam aku bila dah beli buku banyak banyak ni. So..Sebelum tidur, aku mesti akan ambil satu buku, letak kat tepi bantal. Sebelum tidur, mata nak terlelap tu, aku capai lah buku yang aku letak tepi bantal tu..kadang kadang, ade lah aku baca 1 helai..kadang kadang dua tiga helai..kadang kadang.. baru baca dua baris ayat je, mata aku dah tertutup. Bangun bangun je pagi, buku dah kat muka..haha..pernah 1 hari tu, kawan aku bagi pinjam buku. Punya la semangat nak baca buku tu, sampai ke mana mana pun aku bawa buku tu, kononnya nak membaca lah kalau ada masa lapang..tapi..hareeeemmmm..kelaut..haha..tak baca pun,..ada masa free je, mesti bersembang. Last2 buku tu sampai sekarang tak habis baca lagi. Haishh..mira..mira

Okay la.. rasanya itu je yang aku nak kongsikan pasal hobi aku.. bagi korang yang takde hobi, cari lah 1 benda yang korang sangat suka buat, bila ada masa lapang takde apa2 nak dibuat tu, korang buatlah apa yang korang suka buat..so life korang akan terisi kan..takde lah buat benda2 yang tak bermanfaat. Wassalam..

bukalah pintu itu

Assalamualaikum



Alhamdulillah aku diberi peluang dan kelapangan menulis di blog kesayangan. Sementara bercuti ni aku ambil kesempatan habiskan baca stok2 buku yang aku beli beberapa bulan yang lepas. Byak lagi tak terbaca lagi.. Cuma sempat tengok cover depan je..haha..tapi buku yang aku tengah syok baca sekarang ni adalah buku tinta 2 asyraf..hasil tulisan hilal asyraf dan imam muda asyraf. Aku ni memang jenis orang yang tak suka bila baca satu buku tu,aku habiskan sekaligus sampai kulit belakang..sebab..aku akan baca bila mood membaca aku betul2 ada..supaya apa yang aku baca tu membekas kat hati..terutamanya buku2 motivasi. Banyak pula aku membebel. Huhu..mari kita kongsi serba sedikit apa yang boleh aku kupas dari isi dalam buku tersebut..

“jangan hingga kesemua pintu itu kamu tutup”..


 Pintu..pintu apa tu?. Pintu rumah?. Pintu kereta?..hhmm..semestinya bukan.. pintu tu adalah pintu penghubung antara kita dan pencipta.. kadang-kadang kan, bila kita give up on something, kita selalu rasa kita dah tak berdaya nak meneruskan perkara tu..rasa diri rendah..hilang keyakinan..tak percaya dah pada ketentuan yang esa. Mula lah rasa usaha yang dilakukan selama ni tak berbaloi.. kasih sayang ilahi mula dipersoal. Awak..awak yang sedang baca ni, yakinlah..kita tak tahu apa disebalik apa yang berlaku pada kita..tapi berpegang lah pada janji Allah, bahawa Allah itu tidak menginginkan sesuatu, melainkan hanya kebaikan untuk hambanya.. seperti mana dalam firman Allah didalam surah An-nisa’ ayat 40:


“sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya(seseorang) sekalipun seberat zarah(debu)”


Antara cerita yang menarik yang aku ingin kongsikan berdasarkan tulisan buku tinta dua asyraf adalah,


kisah imam Ahmad dan seorang pencuri’.

Pada suatu hari, imam Ahmad menangkap seorang pencuri yang sedang mencuri disebuah kedai. Pada hari yang lain, imam ahmad menangkapnya lagi ditempat lain. Dan pada suatu hari yang lain, sekali lagi imam ahmad menangkapnya  ditempat yang lain.
Pada suatu hari, imam ahmad melihat seorang lelaki yang sedang solat dengan kusyuk sebelum masuk waktu subuh dihadapan kubur Rasullullah s.a.w., didalam masjid nabawi. Apabila diperhatikan dengan teliti, barulah imam Ahmad perasan bahawa lelaki yang sedang bersolat itu, adalah lelaki yang ditangkapnya beberapa kali.
Imam Ahmad terkilan dengan apa yang baharu sahaja dilihatnya. Dia tahu lelaki itu masih mencuri. Tetapi kini, lelaki itu dengan selambanya muncul dikubur Rasullullah s.a.w. sedangkan tempat itu adalah tempat yang mulia. Imam ahmad segera mendapatkan lelaki itu selepas dia menyempurnakan solatnya. Lengan lelaki itu ditarik.
“wahai fulan, tidakkah engkau malu pada Allah s.w.t., dan Rasullullah s.a.w.,? kau adalah seorang pencuri, dan kini engkau solat berdekatan dengan kubur Rasullullah s.a.w.,?. apakah engkau tidak malu berada ditempat semulia ini?.”
Lelaki itu menjawab, “wahai tuan, janganlah engkau memarahiku. Ya, aku memang pencuri. Dan selepas ini pasti aku akan keluar lagi mencuri. Tetapi wahai tuan, inilah dia pintu yang masih aku buka untuk Allah s.w.t., aku menutup semua pintu yang lain tuan. Tetapi pintu ini, aku masih membukanya. Aku berharap, moga moga nanti, dari pintu inilah aku keluar daripada kehidupanku yang sebegini”.
Imam Ahmad terdiam. Lantas membiarkan lelaki itu.

Setelah beberapa tahun berlalu, imam Ahmad tidak lagi melihat lelaki itu.juga tidak menjumpainya mencuri. Dan apabila tiba satu musim haji, imam Ahmad berangkat ke makkah. Di makkah, dia perasan akan seseorang yang sedang berada dibwah lembayung kaabah. Meratap dan menangis hiba. Wajah itu pucat dan tubuhnya kurus.namun, wajah itu seakan punya nur. Imam ahmad tertarik akan kesungguhan lelaki itu, lantas mendekatinya.
“wahai fulan, bukankah engkau pencuri yang meninggalkan satu pintu antara dia dan Allah terbuka?”
Lelaki itu memandang imam ahmad. “ya, wahai tuan. Akulah orang itu. Dan daripada satu pintu yang belum aku tutup itu, Allah keluarkan aku, menjadi aku yang hari ini.”
Imam ahmad ibnu hanbal hanya mampu memuji Allah s.w.t., akan apa yg diperhatikan.

haaaaa...Berdasarkan dari kisah diatas,  kita perlu berpegang teguh bahawa Allah sentiasa memberi peluang kepada hambanya untuk kembali.. berikan sedikit ruang pada diri kita.. jangan berhenti berharap. Kasih sayang Allah lebih besar berbanding apa yang dpat kita bayangkan. Wallu a’lam.


Sumber:tinta 2 asyraf




Thursday, 2 July 2015

warkah cinta dari sang pencinta..



Duhai pemilik hati yang maha sempurna,..
Kau ciptakan hati ini dengan penuh kelembutan,
Seringkali dipanggil lemah,
Tapi hakikatnya sekeping hati polos inilah yang memberi
Kekuatan,semangat pada hati-hati yang gersang.

Duhai yang maha lembut,
Kau pujuk jiwa-jiwa yang longlai itu
 tatkala ianya mulai rebah,
Kau tiupkan kekuatan tika jiwa itu kian rapuh dilambung ombak ujian.

Sekecil-kecil ujian kau tiupkan,
Untuk mengejutkan tubuh itu dari terus lena dalam keselesaan,
Tapi,
 ketidaksyukuran imbalan yang dilontar padamu.

Sememangnya hati yang lemah itu tidak selayaknya menerima cintamu,
Tapi tatkala tangan kotor itu menadah memohon padamu,
Pasti tidak akan kosong dibalas olehmu,
Betapa syumul kasihmu,
Tapi jiwa-jiwa ini tak mampu menilainya.

Berilah kekuatan pada diri ini 
agar setiap mehna dan ujian yang bakal dibasahi selepas ini,
akan menguatkan rasa cinta ini, 
Juga menyemaikan rasa kasih yang tak pernah putus pada agamamu..

Tuesday, 30 June 2015

aku jua berhak bahagia..


Bahagia?. Apa itu bahagia?.. bahagia tu adalah bila kita hargai apa yang kita miliki..apa yang ada sisi kita.. bukan  mencari cari sesuatu yang bukan ditakdirkan untuk kita..jangan diratapi andai apa yang kita miliki bukan lagi menjadi hak kita.. milik Allah lah apa yang dilangit dan dibumi..bila orang Tanya, kau ni poyo la.. asal cakap je nak bajet ustazah..padahal takde lah ustazah sangat..hhmm..memang aku bukan ustazah.. aku seorang pelajar biasa..seorang anak yang masih lagi gigih untuk membahagiakan kedua ibubapanya.. seorang hamba yang masih lagi bertatih tatih mencari Tuhannya iaitu Allah yang esa.. bila orang cakap hidup aku ni macam membosankan je..eh..taklah..tak Nampak ke aku ade taman tema dalam hati ni..best tau..bahagia je..haha..aku tahu siapa aku.. jangan diadili siapa aku..kebahagiaan tu aku tahu Allah dah beri untuk hambanya.. makna kebahagiaan dari kaca mata aku dan kaca mata orang lain tu sangat lah berbeza.. bila orang bercerita tentang cinta.. pasti kita akan kaitkan dengan boyfriend, girlfriend.. “eh kau single lgi eh?. Kesian kauuu”..LoL  aku lagi kesian kat kau beb..haha..siang malam kau whatsapp..sms..call..cakap benda yang sama.. “i love u..u love me”..”tengah buat apa tu”.. “awak..awak kat mana..awak kat mana?”.. “dah makan?”..haha..bajet care lah sangat..tak membangun langsung.. “saya sayang awak…..” walawehh..seluar dalam kau pun mak ayah kau yang sponsor..ada hati nak kacau anak dara orang.. terbongkang 24 jam pegang telefon bimbit, bila mak ayah suruh tolong buat kerja sikit, “ jap mak..jap ayah..”.. sedar-sedar lah diri tu sikit.. bahagia yang tu ke yang kau cakap?. Kalau aku, tu bukan bahagia..kau cakap nak ada boyfriend girlfriend sebab nak isi kekosongan hati.. lagi skali LOL.. kau tahu tak..semakin kau ade pakwe makwe korang tu,..semakin lah kosong jiwa korang..bila dia tinggalkan kan kau..baru lah kau rasa..sebenarnya..kekosongan tu…tak akan terisi melainkan dengan kau cari apa itu kasih sayang Allah.. cari lah hiburan sebanyak mana..at last kau akan rasa kau bersendirian.. sebab?.. Cuma Allah yang sentiasa ada untuk hambanya.. tak malu ke kita bila 24 jam bercintan cintun, sedang Allah sentiasa melihat kita.. tapi bila kita kena tinggalkan buah hati, baru lah nak cari Allah.. malu rasa hati..tapi tu lah fitrah manusia..terlalu inginkan hiburan..eh kau ingat kau noble sngat ke?. haishh..tak lah..aku pun pernah terlibat dengan cintan cintun ni..tipulah kan kalau aku langsung tak de keinginan untuk disayangai orang lain..tapi aku tersedar, cinta kita dengan ajnabi tu bukanlah membawa bahagia..tapi membawa kedukaan dihati..tenang tu susah sangat nak diraih.. kecewa,merajuk, sedih.. tak..aku cepat cepat cakap kat diri aku.. bukan ini yang aku cari..bukan ini..biar selepas ini aku dibenci si dia..tapi aku perlu bebaskan diri dari kebahagiaan yang aku cipta sendiri ini.. biar bila cinta ilahi mengetuk jiwa aku, aku tak lagi sibuk dengan cinta aku dengan manusia ciptaannya..dan sekarang..aku dah buat keputusan..biar jalan ku selepas ini, hanya lah untuk mencari redha Nya.. cinta insan bernama lelaki tu biarlah aku pause dulu.. mungkin bila tiba masanya nanti, dengan kehadiran seseorang yang halal bagi ku, seseorang yang betul2 boleh mengimami ku didunia dan jua akhirat, masa itu barulah aku akan cukup bersedia menerima cinta yang diredha Allah.. aku tak kesal dengan keputusan aku..sebab..bahagia itu..adalah kita mensyukuri apa yang dikurniakan oleh Allah..Bahagia adalah bila kita kenal tuhan..bahagia adalah bila kita membahagiakan orang lain.. biar cita cita untuk Berjaya dengan islam itu tercapai dulu.. biarlah senyuman2 mereka yang telah membuat aku membesar dengan senyuman ini sentiasa mekar dengan kehadiran aku.. biarkan aku buktikan sesuatu dalam hidup aku dahulu..sebelum aku membazirkannya dengan cinta2 palsu..haaaaa..sekarang tahu kan apa maksud bahagia dari pandangan aku..so,tepuk dada Tanya hati..ketuk jiwa Tanya iman.. wassalam


Monday, 29 June 2015

Jangan jadi lemah!..


Assalamualaikum


Beberapa bulan yang lepas, aku decide untuk keluar cuci mata sambil2 beli barang keperluan. sedang aku berjalan menuju ke salah satu pusat membeli belah dibandar muar bersama keluarga tiba tiba mata tertumpu pada satu tubuh yang sedang berbaring ditepi jalan dan betul2 ditepi longkang besar. Hati aku tertanya tanya, pengsankah orang itu?.Kelihatan orang ramai juga berhenti untuk melihat pemuda tersebut. Beberapa orang lelaki cuba mendekatinya. Tiba tiba lelaki yang sedang berbaring itu tersedar dari pengsannya dan termuntah. Rupa rupanya lelaki tersebut berada dalam keadaan mabuk. Nauzubillah. Lelaki itu berbangsa melayu dan islam ikut firasat aku. Istighfar berkali kali aku melihat keadaannya. Sedih dengan keadaannya?. Huh..aku lebih sedihkan dengan pandangan bangsa lain dan juga agama lain terhadap pemuda tersebut. Aku sebagai seorang yang sebangsa dengannya terasa malu yang teramat. Terasa maruah sedang dihenyak. Terasa islam sedang dihina oleh penganut agama lain. Aku boleh melihat diwajah mereka2.. pastinya mereka memandang rendah pada agama yang sedang kita sanjung tinggi. Kadang2 aku terfikir.. tidak malukah pemuda itu?. Bagaimana dia mampu melihat kehadapan sedang masyarakat sedang mencacinya?. Pemuda beginikah yang kita harapkan untuk membangunkan ketamadunan islam?. Dirinya sahaja tidak mampu diurus dengan baik. Tiba tiba aku rasa sebak.. sedang kita terpusu pusu membela saudara kita yang diseksa diluar sana, masih lagi wujud manusia2 seperti ini yang rela maruah dirinya dipijak. Remaja sekarang masih lagi dalam mimpi2 indah mereka. Dibuai keseronokan dan hiburan. Allah..sebak rasa hati.. sedih dengan lemahnya pemuda2 kini.. kurang jati diri mereka. Teringat beberapa bulan lepas sedang aku memberhentikan kereta yang aku pandu dipersimpangan. Tiba tiba lalu dihadapanku dua orang kanak kanak lelaki menaiki motosikal dengan tidak memakai topi keledar. Namun bukan itu yang ingin aku perkatakan. Ditangan mereka tergenggam kemas sebatang rokok. Dengan bangganya rokok tersebut dihisap dan asap berkepulan keluar dari hidung dan mulut mereka. Rambut mereka diwarnakan. Terkejut aku melihat keadaan mereka. Aku tertanya Tanya. Salah didikan dari ibu bapakah?. Atau pengaruh kawan2kah?. Atau diri sendiri?. Kanak kanak yang sepatutnya terdidik dengan nilai nilai murni, tapi keadaan mereka sangat mengecewakan. Bagaimanakah pemuda2 ini akan menjadi pemimpin suatu hari nanti?. Jadi pemimpin keluarga sahaja tidak tentu lagi mereka bisa. Siapakah yang akan membela nasib islam?. Kita..kita generasi muda..jangan harapkan pada orang lain. Bangunlah dari mimpi2 kita.. sedang ummat diluar sana bergadai nyawa, tega kah kita bergolek golek diatas katil sambil melayari laman sosial, scroll facebook, istagram..retweet twitter.. jangan jadi lemah. Jangan jadi tunggul. Sedarlah,kita lah yang suatu hari nanti yang diharapkan untuk membagunkan semula maruah kita yang telah jatuh. Bangkit lah.. andai kita tak mampu berperang bertumpah darah, malah sumbangan dana juga tidak mampu,..mula lah dengan jihad menuntut ilmu. Dengan ilmu itulah kita akan memperjuangkan bangsa dan agama kita.. tekadkan dalam hati.. segala jihad ini hanya lah kerana Allah.. semoga Allah redha.. kita lah bakal pembangun bangsa..kitalah pembela islam..jangan lemah..teguhkan jiwa..Allah bersama hambanya yang mencari redhanya..in shaa Allah.. wassalam

Sunday, 28 June 2015

kawan???...

Assalamualaikum

Hari ni aku nak bercerita perihal ‘kawan’ atau sahabat,teman atau apa-apa je lah yang korang gelar membe2 korang tu..sahabat berdasarkan dari kamus dewan bermaksud ‘teman..kawan atau rakan-rakan’..…. Aku tak dapat maksud yang jelas dari kamus dewan.. kalau berdasarkan online free dictionary..friend bermaksud, “ a person whom one knows, likes and trusts”..dari Urban Dictionary pula, friend bermaksud, “someone who has touched your heart and will stay there..”

Siapa yang rasa dia tak perlukan kawan?. Angkat tangan plisssss.. aku nak tengok siapa hamba Allah yang sado boleh hidup tanpa kawan tu.. semenjak dua menjak ni aku selalu terdengar-dengar cerita pasal masalah2 dari kawan2 yang berkaitan kawan…ada yang tak puas hati dengan kawan rapat la..kawan sekelas..kawan sebilik.. kawan sekolah dulu..kawan lama.. bagi aku, masalah atau perselisihan faham antara kita dan kawan2 ni perkara biasa..tak best pula kan kalau asyik baik je..huhu..Cuma.. sama ada kita  ambil perkara ni dengan fikiran positive ataupun negative.. setiap orang ada sifat yang berbeza-beza.. aku bagi contoh, dalam satu kelas..atau satu organisasi,. Ada sorang ni tersangatlah aktif, ada pula yang pasif..ada yang banyak mulut..ada yang pendiam..ada yang pentingkan diri sendiri..ada yang baik hati..ada yang lemah lembut.. ada yang kasar..ada yang suka bersendirian..ada yang suka bergaul dan bersosial.. kalau ikut logiknya.. dengan variasi sikap2 ni..memang susah kan kita nak unite kan makhluk2 ni.. tapi..ada satu cara yang mampu mengurangkan jurang tu..iaitu..menerima kekurangan dan kelebihan satu sama lain dan bertolak ansur.. tipulah kalau aku cakap aku langsung tak ada masalah dengan kawan2.. tapi aku ni jenis yang tak suka panjang2kan cerita..kalau ada masalah dan berpunca dari aku, aku akan minta maaf.. dan kalau berpunca dari dia,. Bila dia minta maaf, aku maafkan then kawan lah macam biasa…tapi kalau dia memang tak mengaku kesalahan sendiri dan tak nak berkawan dengan aku, aku memang tak kesah..pergilah main jauh2..asalkan dia tak kacau hidup aku..*hahahaha* kadang2 memang lah payah nak terima kekurangan orang lain..tapikan..ada satu masa ni kan,korang akan rasa dia lah hero korang *overlah tu..haha* tapi serius aku cakap..kita akan memerlukan satu sama lain..haaaaaa..lagi satu, hormat kawan kita..kita dan dia mungkin ada pandangan yang berbeza..apa kata kita dengar apa kata dia..dan kita terangkan apa pula pandangan kita..jangan lah cepat sangat nak bertelingkah..semua masalah ada penyelesaian..lagi satu..kalau kadang2 rasa macam..haishhhhh..geramnya dengan dia tu..selalu je lain cita rasa dengan aku..ermmm..apa kata korang carilah satu titik persamaan antara korang..jangan dicari salah kawan korang je.. jangan sesekali terlalu obsess dalam berkawan.. seperti mana seseorang pernah berpesan pada aku, kalau berkawan ni, jangan terlalu rapat.. nanti bila ada je yang tak kena, kau akan berperang besar dengan dia.. erm.. mula2 aku tak percaya..tapi at last, memang betul pun kata2 dia.. kalau berkawan ni pun, mestilah berpada-pada..sebab nanti bila tiba masa kalau akan ada rasa benci pada dia, at least kau akan benci pun berpada-pada.. jangan terlalu bersungguh dalam berkawan..takut nanti korang akan bersungguh juga bencikan dia..akhir kata dari aku, hargailah kawan2 korang..bukan senang nak cari orang yang ikhlas kawan dengan kita.. once kita dah buat mereka terluka..susah kita nak kembalikan kepercayaan dia kepada kita..walaupun kawan yang baik dan ikhlas tu susah dicari..tapi yakinlah pasti ada mungkin sorang dua yang betul2 ikhlas dengan kita.. yang penting banyakkan berdoa pada Allah supaya kita didekatkan dengan sahabat2 yang dekat hatinya pada Allah..sebab kawan yang baik tu adalah kawan yang bila kita dengannya, mengingatkan kita pada Allah.. wallahu a’lam..


Saturday, 27 June 2015

Aku Dia dan Semalam..

Biarlah kekecewaan semalam terbenam bersama terbenamnya mentari hari ini.
Suasana petang itu dipantai cahaya agak mendung..angin bertiup kuat dari arah laut. Ombak kelihatan berlumba lumba memukul pantai. Insyi melemparkan pandangannya jauh ke tengah laut.. warna kebiruan laut mendamaikan hatinya.. sedang menikmati keindahan alam itu.. dirasakan rintikan hujan telahpun jatuh sedikit demi sedikit membasahi tubuh nya.. langkah dibuka cepat,berlari lari anak kearah salah sebuah restoran yang terletak berhampiran tempatnya berdiri tadi. Kelihatan orang ramai yang tadinya asyik bermandi manda juga berlari kearah tempat berbumbung untuk berteduh. Insyi mengambil tempat disalah satu meja didalam restoran tersebut. Matanya tidak lepas memerhatikan seorang kanak kanak yang merengek rengek kepada ibu dan ayah nya supaya dibawa mandi semula dipantai.namun tidak diendahkan oleh kedua ibubapanya..cuaca seperti ini amat bahaya jika bermandi manda dipantai..takut dibawa ombak ketengah laut..

“cik, sudah order?” lamunan insyi terhenti. Seorang pelayan lelaki berdiri betul-betul berdekatan mejanya.

“bagi saya jus oren satu ya”. Balas insyi sambail tersenyum. Setelah pelayan itu berlalu pergi, matanya kembali kearah meja yang diduduk oleh kanak-kanak tadi bersama ibubapanya. Namun mereka tidak lagi berada disitu.. “sudah pulang agak agaknya”. Bisik hati insyi.  Matanya kembali melihat ke skrin telefon bimbitnya. Perutnya terasa tidak selesa. Baru sahaja dia bangun dari tempat duduk dan berpaling ke belakang,

BUMMMPPPP!. Telefon bimbit yang dipegang insyi terjatuh ke lantai. Kelihatan beberapa helai kertai dan fail juga bertaburan diatas lantai. Tanpa disedari insyi telah melanggar seseorang yang sedang berjalan dibelakangnya ketika dia mahu berdiri dan menoleh kebelakang untuk ke tandas.

“maaf ya..saya tak sengaja. Tak perasan awak ada dibelakang”. Insyi meminta maaf dengan suara yang penuh serba salah.

“eh..tak apa..” jawab wanita tersebut smbil mengutip semula kertas dan fail milik nya yang bertaburan dilantai.

“insyi”. Sapa insyi sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

“Su..”jawab wanita tersebut menyambut huluran tangan insyi.

Tiba tiba wajah insyi berubah. “Su..”..suara insyi kedengaran perlahan.. “Intan Suhaila kan?” sambung insyi lagi.

“ye saya..” jawab Su. “eh.. insyi.. ya Allah.. dah lamanya kita tak berjumpa”. Su menjawab setelah lama menenung wajah insyi. Kali ini tubuh insyi dipeluk erat.

“rindunya..bertahun saya tunggu awak..kemana awak menghilang?” suara Su sebak. Tidak disangka rakan yang telah bertahun tahun tidak ditemuinya itu sedang berdiri dihadapan matanya.

“saya tak menghilang pun..Cuma keadaan memaksa saya pergi jauh dari bumi Malaysia..lagi pun keluarga saya ada di sana.”. balas insyi perlahan.




Kenangan lima tahun lepas kini bermain di mata.





Malam itu insyi bergaduh besar dengan Su dek kerana Su asyik membebeli sikap insyi yang tidak endah akan peperiksaan yang bakal dihadapinya lusa. Sebagai sahabat merangkap teman sebilik insyi, Su tidak mahu kawannya itu terus hanyut dan  lalai dalam hiburan yang disanjunginya itu. Su tahu keluarga insyi berkemampuan untuk menghantar insyi kemana mana sahaja kolej swasta jika kali ini insyi gagal dalam peperiksaannya.. namun dia tidak mahu rakannya itu gagal dalam peperiksaannya kali ini.. selepas menghentak pintu bilik dengan kuatnya, insyi terus berjalan laju kearah lif untuk turun ke bawah. Haziq telahpun menanti nya dibawah. Malam itu dia mahu enjoy sepuasnya. Kepalanya tidak mampu lagi stress memikirkan hal pelajaran.
Su kerisauan menanti insyi dibilik.. jam sudahpun menunjukkan 4 pagi..pintu bilik masih lagi tertutup rapi.  Berjalan Su perlahan munuju ke bilik wuduk dan segera mendirikan solat sunat. Usai solat dia berdoa agar insyi berada dibawah jagaan Allah walau dimana dia berada.
Jarum Jam diatas meja belajar Su telahpun menunjukkan tepat jam 1 petang. Kedengaran pintu bilik dikuak perlahan.

“insyi kah itu?. “ tegur Su..namun tiada balasan. Su berdiri dan menuju ke ruangan bilik  insyi. Kelihatan insyi sedang berbaring di atas katil dan matanya tertutup. Tidak mahu diganggu temannya itu. Penat agaknya. Su kembali ke ruangannya. Buku buku diatas meja ditarik dan dibelek.
Keesokan harinya Su sudah bersiap seawal jam 8 pagi untuk ke dewan peperiksaan. Suis lampu dan kipas bilik ditutup. Kakinya laju berjalan  kearah ruangan insyi.

“insyi, awak dah siap ke?. jom pergi ke dewan peperiksaan bersama sama”. Ajak Su lembut bila melihat insyi sedang mengenakan tudung dikepalanya.

“kau pergi je lah dulu.. tak payah tunggu aku”. Balas insyi dingin tanpa memandang kearah Su.

Su kemudiaannya akur lalu beransur keluar dari bilik menuju ke dewan peperiksaan.
Pagi itu pelajar pelajar sudah pun bersedia dimeja masing-masing  untuk menjawab peperiksaan. Exam pagi ini mengambil masa 3 jam. Setelah diberi kebenaran untuk memulakan menjawab, para pelajar kian focus berfikir dan menulis diatas kertas jawapan. Suasana sunyi sepi didalam dewan. Satu jam telahpun berlalu. Tiba tiba,
“awak boleh keluar dari dewan peperiksaan sekarang dan tinggalkan kertas soalan dan jawapan diatas meja”. Su terkejut dari focus nya. Ditoleh kebelakang. Kelihatan insyi berjalan dari arah belakang sambil airmata yang berlinangan. Lidah Su kaku. Matanya hanya mampu menghantar kelibat insyi keluar dari dewan peperiksaan.

“Allah..apakah dugaan mu kali ini ya Allah”. Su beristighfar panjang. Kedengaran suara pengawas peperiksaan memberikan arahan dari hadapan dewan peperiksaan. "Sesiapa yang didapati meniru didalam peperiksaan akan dirampas kertas oleh pihak universiti dan hukuman berat akan dikenakan.”.
Ketika itu semua pelajar berada dalam keadaan tertanya-tanya dan terkejut.
Namun begitu orang yang paling terkejut adalah Su. Perkara itu berlaku kepada teman baiknya. Su memaksakan dirinya kembali focus semula untuk menjawab peperiksaan tersebut. Sejak dari hari itu, Su tidak lagi betemu dengan insyi.

“Su…” ..lamunan Su terhenti. Dia kembali ke alam nyata. Insyi sedang tersenyum memandangnya.

“Su buat apa sekarang?. Su sudah berkeluarga kah?.”Tanya insyi apabila mereka berdua sudah mengambil tempat duduk di atas bangku berdekatan tepi pantai setelah hujan reda
.
Su tergelak kecil. “berkeluarga?. Su masih muda lagi la..baru 27”. Kini gelak mereka kedengaran.

“eh..dah tua tau dah 27.” Balas insyi.

“insyi hilang kemana selama ni?” tiba tiba Su menyuarakan juga pertanyaan itu yang sudah lama disimpannya.

“selepas apa yang terjadi masa hari peperiksaan tu, saya kembali ke kuala lumpur. Mama hantar saya ke Melbourne untuk sambung pelajaran di sana.. dikolej swasta. Lagi pun keluarga belah ayah saya ada disana. Namun begitu saya bawa perangai sama ke sana. Saya tak habiskan pembelajaran saya disana dan setelah setahun, ayah nikahkan saya dengan anak kawan ayah, zarith. Ketika itu zarith bekerja disyarikat dimana ayah bekerja. Namun tak sampai dua tahun, kami bercerai kerana ketidaksefahaman. Enam bulan selepas penceraian kami, ayah meninggal dunia kerana serangan jantung. Mama berpindah dari Malaysia ke sana. Mama selalu bersedih dengan pemergian ayah. Makan tidak lalu. Keceriaan mama sudah pergi bersama pemergian ayah. Setahun kemudian mama pergi mengikut jejak Ayah.. waktu-waktu setelah pemergian mereka adalah masa yang memeritkan bagi saya. Saya rasa bersendirian dan terpaksa berdikari ditempat asing itu. Akhirnya hujung tahun lepas saya ambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Rindu sungguh saya dengan bumi hijau ini.” Insyi bercerita panjang lebar.
Su memandang jauh kedalam mata insyi. Berat apa yang dilalu oleh temannya itu.

“Su mesti dah jadi pensyarah kan sekarang macam yang Su pernah cerita kat insyi yang Su memang bercita cita mahu jadi pensyarah”. Insyi bersuara bila melihat Su hanya terdiam mendengar ceritanya.

“a’ah..” senyum Su lembut. “Sekarang su jadi pensyarah di salah sebuah universiti di kuala lumpur.. Tapi sekarang tengah bercuti. Lagi pun ibu Su tak berapa sihat”.

“ohh..”insyi bangga dengan kejayaan temannya itu. Orang yang suatu ketika dahulu pernah dicemuhnya sekarang sudah menjadi orang yang hebat.

“insyi, marilah menginap dirumah Su dalam beberapa hari, lagipun dirumah hanya ada Su dan ibu saje”. Ajak Su bersungguh.

Insyi agak berkira-kira namun diikutkan sahaja ajakan Su dek kerana dia pun hanya bersendirian dirumah milik keluarganya. Ramadhan juga bakal tiba dalam sehari dua ini. Lebih baik dimanfaatkan bersama Su dan ibunya.


Kereta vios merah milik insyi diberhentikan betul betul dihadapan sebuah rumah papan dua tingkat milik Su. Kelihatan seorang wanita separuh abad sedang duduk di tangga sambil tersenyum kearah insyi dan Su.

“ohh..ini lah insyi yang disebut-sebut Su. Cantik orangnya”. Senyum mak zah apabila insyi mendekatinya untuk bersalaman. “iya mak cik, nama Nurul Fatin insyirah. Panggil insyi je”. Jawab insyi lembut.Tangan mak zah dicium. Airmata insyi berguguran. Rindu yang teramat pada mama nya. Dia jarang sekali mencium tangan mama sewaktu mama masih ada. Egonya terlalu tinggi. Ada sahaja yang ingin dibalahnya. Jika waktu cuti, tidak pernah dia lekat dirumah..malah membantu mama dirumah juga tidak pernah. Insyi anak tunggal keluarga Encik Yusoff Abdullah dan Puan izati. Apa sahaja diiingini pasti dituruti.

 “tak payah la makcik makcik..panggil je ibu.” Senyum mak zah.

“baiklah ibu zah”….

Su membawa insyi masuk kebiliknya. Sehelai kain batik dan t-shirt dihulur. Insyi memandang kearah kain batik tersebut.

“saya tak pandai pakai ni”. insyi bersuara sambil memegang kain batik tersebut.

“tak apa..saya ajarkan eh cara nak pakai. Perempuan melayu kena lah biasakan pakai kain batik.baru Nampak macam perempuan melayu terakhir”. Gelak Su apabila melihat dahi insyi berkerut sedikit.



Usai solat isyak berjemaah bersama su dan mak zah, mereka berbual bual di beranda rumah sambil minum air kopi yang dibancuh oleh Su. Insyi menyuarakan kekesalan akan perbuatannya dahulu. Namun mak zah memberikan nasihat agar insyi tetap tabah menjalani hidup..perjalanan hidupnya masih panjang. Mak zah dan Su sedia berada disisi insyi jika diperlukan. Malam itu insyi ketiduran di riba mak zah. Mak zah faham akan apa yang dilalui oleh insyi. Berat baginya yang masih mencari cari apa itu ketenangan dan kebahagiaan. Wajah Su dipandang. Su yang duduk berdekatan mak zah bergerak sedikit kearah ibunya itu. Kepala dilentokkan ke bahu ibunya.

“su tak sangka ibu”. Suara kecil su kedengaran.

“apa yang dilalui insyi berat.. ujian baginya.. kita sebagai orang yang dekat dengannya perlu beri sokongan supaya dia tetap kuat dan tak merasa bersendirian.

“insyi..ohh..insyi..bagun2..sahur”. kedengaran suara su dari arah pintu bilik. Perlahan lahan insyi bingkas dari tidurnya. Setelah mencuci muka, dia berjalan kearah dapur. Kelihatan dua tiga jenis lauk pauk sudah tersedia diatas meja. Insyi mengambil tempat disisi su.

“ini je insyi yang ada untuk bersahur”. Mak zah bersuara sambil memandang insyi yang asyik memandang lauk yang dihidang diatas meja.

“ni lauk apa ibu zah?.” Soal insyi. Sepanjang hidupnya tidak pernah dia menjamah lauk seperti itu.
“lauk kampong je insyi, pucuk ubi masak lemak, sambal belacan,dan ikan masin. Nanti berbuka ibu masakkan lauk yang sedap sedap ya?.”. jawab ibu zah sambil tersenyum.
Tiba tiba hati insyi menjadi sebak, teringat lagi dahulu ketika tahun pertama di universiti. Ketika itu dia baru sahaja ditempatkan sebilik dengan Su. Su jarang pulang ke rumah kecuali cuti panjang, jadi jika ada kesempatan untuk pulang,memang Su akan bawakan makanan dari kampong. Namun tak pernah  dijamah oleh insyi. Malah dia mencemuh makanan kampong dengan mengatakan bahawa makanan kampong seperti ulam-ulaman hanya layak di makan lembu dan kambing. Malah dia juga pernah mengatakan bahawa bau ikan masin itu membuat dia ingin termuntah. Insyi sudah terbiasa bermewah mewah. Makan yang sedap-sedap.

“maafkan insyi Su, ibu zah”. Tiba tiba suara insyi kedengaran. “selama ni memang insyi tak pernah bersyukur dengan nikmat yang Allah dah bagi kat insyi..insyi selalu je merungut. Yang insyi tahu, semua yang insyi nak, semua insyi dapat.”sambung insyi dengan mata sudahpun berkaca.

“sudahlah insyi, jangan menangis depan rezeki.” Mak zah berusaha meredakan keadaan.

“insyi..saya tak pernah makan hati dengan kata kata awak dulu. Saya tak kesah. Saya faham keadaan awak. Siapa awak dulu tu tak penting pun, yang penting siapa awak sekarang. Saya dan ibu ada untuk awak.. yang penting Allah sentiasa ada untuk Awak.. carilah Allah.. ketengangan tu ada dengan mengingatinya.”.

“terima kasih Su, ibu zah”. Insyi kembali tersenyum. Mereka sambung kembali menikmati juadah sahur mereka.

Petang itu,Sebelum bergerak ke Bandar untuk membeli makanan di bazar ramadhan,  Su mengajak insyi untuk berjalan jalan sebentar dikawasan kampungnya.  Insyi mencapai baju t-shirt lengan panjang longgar miliknya dan dan mengenakan seluar jeans biru. Ringkas sahaja penampilan insyi. Baru sahaja kakinya ingin melangkah keluar dari bilik, Su muncul di muka pintu.

“nah..pakai lah..Su punya”. Su menghulurkan sehelai selendang berwarna biru tua.

Selendang itu dicapai insyi. Sudah lama dia tidak berhijab. Semenjak dia berhijrah keluar Negara. Perlahan lahan selendang itu di kenakan dikepalanya. Sebak hatinya. Teringat akan mama. Mama lah orang pertama yang memakaikannya tudung. Ketika itu dia darjah dua. Seminggu dia merengek rengek tidak mahu bertudung ke sekolah. Namun perlahan lahan dipujuk oleh mamanya. Akhirnya. Dia selesa bertudung.

Cuaca redup membuatkan Su dan insyi senang berjalan kaki dikawasan kampong Su. Kelihatan kanak kanak berbasikal saling berlumba-lumba memintas antara satu sama lain. Su beritahu bahawa kanak kanak kampungnya kebanyakan akan pergi belajar alquran di rumah haji said selepas pulang sekolah. Su juga salah seorang pelajar didikan haji said. Su membawa insyi ke kawasan perhentian nelayan. Rumah su berdekatan dengan pantai. Hanya mengambil 15 minit jika berjalan kaki.

“kat sini lah dulu Su selalu tunggu abah su balik dari laut bawa hasil tangkapan ikan dan udang.” Su berjalan perlahan menuju pondok yang menempatkan beberapa biji bot.
Insyi hanya diam mendengarkan cerita su. “ kalau insyi nak tahu, ayah su meninggal semasa keluar kelaut menangkap ikan.Masa tu Su tingkatan dua. Kawan ayah, pakcik Hassan datang kesekolah.  Masa tu Su tak jangka pertemuan Su dengan abah pagi tu adalah yang terakhir. Laut bergelora. Bot abah su dilambung ombak besar. Abah hilang dilautan. Masa tu Su rasa laut tu kejam. Sebab bawa abah su pergi dari Su. Walaupun jasad abah dah ditemui dan dikebumikan, Su tetap juga tunggu abah di jeti setiap petang. Tapi abah tak balik-balik juga. Ibu adalah orang yang paling terpukul dengan pemergian abah. Tapi ibu kuat. Ibu tak pernah menangis nangis dihadapan Su. Ibu cakap, Allah lagi sayangkan abah. Abah tunggu kami di syurga. Sejak itu, Su selalu berharap dan berusaha jadi hamba yang terbaik, anak yang solehah..supaya Su boleh bertemu abah disyurga.” Airmata su sudahpun tumpah membasahi pipinya. Insyi memeluk bahu Su. Sepanjang berkawan dengan su, dia tahu Su sudah kehilangan bapanya. Namun tidak pernah pula insyi menanyakan sebab kematian bapa Su.


“kesusahan dah banyak ajar Su erti hidup, insyi. Su belajar berdikari. Su tak nak susahkan ibu. Setiap kali Su pegang dan cium tangan ibu ketika mahu berangkat kesekolah, Su dapat rasakan telapak tangan ibu kasar. Ibu kerja keras untuk menyara Su dan adik aiman. Bila Su naik tingkatan empat, Su dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh. Tapi su cepat-cepat sorokkan surat tawaran tu..Su tak nak ibu susah cari duit untuk Su masuk kesekolah tu. Tiba dipertengahan tingkatan empat, su bekerja sambilan semasa hujung minggu. Cari duit tambahan. Nak masuk ke universiti banyak belanjanya. Namun sampai sekarang ibu tak tahu pun su kerja sambilan ketika sekolah dulu. Kalau ibu tahu, pasti ibu tak benarkan. Kadang kadang ada je rasa nak give up. Tapi bila tengok wajah ibu, semangat Su nak Berjaya terus membara-bara. Nasib kami perlu diubah”. Su menyambung ceritanya.
Kini airmata insyi pula tidak mampu dibendung. Berbeza sungguh kehidupannya jika dibandingkan dengan su. Insyi tak pernah merasa susah. Yang ditahunya hanyalah merengek inginkan itu dan ini.


Jam ditangan sudah menunjukkan jam 6 petang. Su mengajak insyi kebandar. Sedang asyik mata melilau melihat makanan yang beraneka, datang seorang lelaki menghampiri mereka. Lelaki itu kelihatan seorang yang berpendidikan. Su kelihatan rancak berbicara dengan lelaki tersebut. Setelah meminta izin beredar, lelaki tersebut berjalan kearah keretanya meninggalkan Su dan insyi yang masih membeli makanan di salah sebuah gerai disitu.

“siapa lelaki tadi tu Su?” Tanya insyi kehairanan. Jarang Su kelihatan begitu mesra dengan lelaki tambahan lagi lelaki itu nampak seperti sebaya mereka.

“itu Syafiq, tunang Su. Insyaa Allah tahun depan kami nikah. Syafiq juga adalah salah seorang pensyarah ditempat Su bekerja”. Jawab Su sambil tersenyum.

“ohh..kenapa Su tak bagitahu insyi Su nak nikah dah?. Sampai hati”. Insyi menjuihkan bibirnya.

“hehe..bukan tak nak bagitahu..tapi ini baru dalam perancangan. Memang Su nak bagitahu insyi bila tiba masa sesuai.” Su tergelak kecil melihat gelagat insyi.

“memang benarlah, lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik dan sebaliknya.Syafiq kelihatan pemuda yang baik. Lemah lembut. Malah sesuai dengan insyi yang cantik dan lembut”. Bisik hati kecil insyi.

 Sepanjang dua minggu insyi dikampung Su, banyak benda yang dipelajarinya. Baik hal agama mahupun urusan kehidupannya. Malam itu selepas solat terawih, mak zah terus masuk kebilik. Lagipun keadaan kesihatannya yang kurang baik menyebabkan dia cepat lelah. Su juga sudah terlelap di kerusi di ruang tamu. “penat agaknya” bisik hati insyi. Otaknya kini sedang memikirkan bagai mana caranya dia mahu memberitahu bahawa dia perlu pulang ke Melbourne untuk menguruskan perusahaan ayahnya disana. Zarith memberitahu bahawa syarikat menghadapi masalah.
Kakinya digerakkan kearah bilik. Beg bagasi dikeluarkan dari bawah katil milik Su yang tersadai sejak dia menginap dirumah Su dua minggu lalu. Perlahan lahan bajunya dikemaskan. Tidak mahu ibu za dan dan Su terjaga dari tidur mereka.

Selepas solat subuh pagi itu, insyi menyatakan hasratnya untuk berangkat ke lapangan terbang petang itu. Penerbangannya pada sebelah malam. Ibu zah kelihatan berat hati ingin melepaskan insyi pergi, namun setelah meyakinkan bahawa jika urusannya selesai, dia akan kembali ke menemui mak zah, mak zah akhirnya membenarkan juga. Dipesan kepada insyi agar pandai pandai menjaga diri ditempat orang.

Petang itu selepas  solat asar, insyi berangkat ke lapangan terbang KLIA dengan ditemani Su. Walaupun sudah dihalang insyi untuk menghantarnya, Su tetap juga mahu mengiringi keberangkatan insyi. Sebelum berpisah, Su sempat memberikan senaskah alquran beserta terjemahan miliknya kepada insyi. Tubuh insyi dipeluk erat. Airmata mengalir dipipi insyi mahupun su.

“Su, in Shaa Allah panjang umur kita jumpa lagi ya..mungkin sebelum ni insyi tak pernah hargai kehadiran Su dalam hidup insyi, tapi sekarang Su lah sahabat dan orang yang terpenting dalam hidup insyi..sama juga seperti ibu zah.” Insyi memeluk erat tubuh Su. “insyi sayang Su kerana Allah”.

“kalau Su tak berkesempatan bertemu insyi didunia, Su nak jumpa insyi di syurga Allah ya..” balas Su sambil memandang insyi.  Insyi mengangguk sambil tersenyum. “in shaa Allah”…..

Selepas bersalaman, insyi berjalan perlahan menuju ke balai pelepasan. Insyi tersenyum sambil melambai-lambai kearah Su. Lambaian Su menghantar keberangkatan insyi hingga kelibatnya hilang dari pandangan.

-TAMAT-



Akhir kata..yakinlah janji Allah itu pasti..manusia diuji Allah dengan ujian berbeza beza.. namun tujuan nya tetap sama.. untuk menguji siapa yang beriman dan siapa yang kufur..  seperti firman Allah dalam surah Al anbia’ ayat 35:

“dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada kami lah kamu semua akan dikembalikan”

Malah Allah juga berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286:


“Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya”


nukilan:Amira Ramlee -miraLee-misznerd-slaveOfAllah-

Friday, 26 June 2015

Agar agar milo handmade mira~

Yeah..misi ramadhan mira bermula!. Misi apa tu? Misi nak belajar memasak.. target aku sehari mesti aku Berjaya masak 1 masakan.. ramadhan ke-9 baru sempat memasak..sebab sebelum ni aku kerja part time..so sibuk sikit..balik malam..berbuka pun kat tempat kerja..*alasan je lebih* hahaha..
hari ni aku Berjaya buat agar2 milo..nampak simple je.. tapi bagi aku ianya 1 permulaan yang besar..haha.. persembahkannnn agar2 milo  miayaki chan! Ahaks











Cara nak buat agar2 ni senang je..

Bahan2 yang perlu ada:

-1 paket agar2
-setengah tin susu pekat
-serbuk milo
-1 cawan air panas
-secukup rasa 1.5 liter air

Cara2 nya:

-campurkan milo  dan susu bersama air panas, kacau sebati..dan ketepikan dahulu
-rebus agar-agarbersama 1.5 liter air sehingga mendidih dan masak
-kemudian masukkan bancuhan milo dan susu yang diasingkan tadi ke dalam agar-agar dan kacau sebati.
-boleh lah tambah gula kalau rasa2 macam tak cukup manis
-gaul rata sehingga mendidih dan kecilkan api
-setelah agar-agar sudah betul betul masak, tutp api dan biarkan dlam 30 minit
- kemudian boleh la bekukan didalam peti sejuk..bila dah betul betul beku, boleh la makan!

Haaaaa..senang je kan..hahaha..tapi mak cakap tekstur agar agar aku ni x pejal sangat..sepatutnya kena biarkan mendidih lama sikit baru matikan api..okay noted!..haha..next kita buat masakan lain pula okay..wassalam


Thursday, 25 June 2015

life in iium kuantan~

Assalamualaikum..



Hye3..tetiba aku rasa macam nak bercerita pasal iium kuantan.. tak ramai orang yang tahu kewujudan uia kuantan..rata2 orang yang aku jumpa mesti diorang cakap..’eh..ade eh uia kuantan?’ haha.. ye la..selama ni pun uia Gombak memang famous. Uia kuantan jarang sangat orang sebut2.. lagi pun mungkin sebab uia kuantan ni baru je kalau nak dibandingkan dengan uia Gombak. Andddd,,, x ramai jugak yang tahu sebenarnya uia ni terbahagi dua. Uia Gombak mostly untuk students yang course selain sciences yang berkaitan hospital contoh nya, Course2 macam law,human science, bahasa arab, Tesl, engineering dan sewaktu dengannya . untuk uia kuantan pula, course2 yang ditempatkan disini antaranya medicine, dentistry, pharmacy, allied health sciences, physical science dan juga biological science. Meh nak tunjuk overview uia kuantan.


 Jeng jeng jeng!..mahallah Fatimah azzahra’ (mahallah sisters) yang menjadi kebanggaan..haha.. ni pandangan dari mahallah Khalid al-walid (mahallah brothers). Nampak cantik kan..mahallah Fatimah ni ada 9 tingkat..so kalau lif rosak, memang kuruih la kami.. kebiasaannya junior2 ni memang akan dicampak ketingkat paling atas.. so bersedia je lah k..haha.. kekakak senior ni diorang duduk level2 bawah sikit.. orang lama lah katakan.. kahkahkah..










Okay..gambar ni dekat depan 0CD. Ape tu OCD?. Atau nama panjangnya, office of campus director. Ni hari pertama aku jejakkan kaki di bumi uia kuantan..ceewwahhh..haha..first time teruja jugak dengan uia kuantan nih.. sebab bangunan dia besar2 dan cantik2.. haaaa.. yang atas tu memang dress code masa taaruf week atau minggu orientasi. So selama seminggu tu memang berkampung lah kitorang kat OCD tuh..







Sebelum habis taaruf week kita amik gamba dulu okay.. haha.. uia lah sangat.. skema je semua.. btw yang gamba atas tu roomates aku masa asasi dulu.. masa ni belum kenal ramai sangat kawan2.. so kitorang berempat berkepit je la sepanjang taaruf week.




Okay lastttt.. nak show muka happy dah habis taaruf week yang sangat hectic.. and now, officially student uia kuantan.kahkah..






Student tahun pertama kan..so kitorang memang dipaksa join aktiviti2 kuliyyah.. haaa.. yang atas tu activity under kuliyyah allied. Kitorang panggil ‘hurray’ . hurray ni ala2 family day gitu.. yang penting kami excited sebab first time masuk kat sport complex nih.. haha.. sport complex ni terbahagi dua.. indoor dan outdoor.. yang indoor tu ade swimming pool taw..


Swimming pool ni ada jadual.. terbahagi 3.. sisters day, brothers day and staff.. so memang tak akan bercampur lah laki perempuan.. nak swim pun rasa secure..haha







Yang ni pula bangunan medic atau kami panggil, KOM. Bangunan kom ni bangunan tertua kat uia kuantan. Besar.. tapi kalau naik tingkat atas2, agak scary la.. sebab pernah satu hari tu aku sesat sebab nak cari kelas tilawah.. dah sampai tingkat 4.. sunyi je.. x de orang.. nak menangih masa tu.. nasib baik last2 skali jumpa jugak kelas tilawah tu.. nak tergelak pulak bila tringat balik.. haha..





                                                     Panas sungguh cuaca di cairo hari ni!.

Muahaha.. bajet2 sikit belaja kat timur tengah.. yang ni pulak view dari depan kom..








                               Haaaa.. sekarang nak perkenalkan tempat fevered aku kat uia…

Tengok tangga pun dah Nampak gah kan.. haaa..ni lah library uia kuantan campus.



Tu diaaaaa,,student top scorer mariiii..haha.. sorry.. perasan je lebih.. tak top scorer pon.. sebab tu kena struggle study lebih..ni memang spot aku kalau datang library.. sebab kat sini sunyi sikit.. so conducive la nak study.








Sesambil nak jumpa consult lecturer, kita amik gambar dulu..haha.. yang ni kuliyyah pharmacy..
Nampak scary kan..dengan dedaunan kering jatuh..haishh..haha.. ni sebab nak hujan..angin kuat..tu yang banyak daun gugur.. aku jarang ke kuliyyah pharmacy.. so memang gambar ni je yang ada.






Tempat paling conducive nak tertido..haha.. memang tak sah tak tertido kalau ade kelas kat auditorium library nih.. sebab suasana dalam ni romantic sangat.. macam tengok wayang pun ade.. macam mana mata tahan pun, mesti terlelap jugak,,,haha









Court basket ball kesayangan.. yang ni court basket untuk mahallah Fatimah Zahra.. mahallah2 lain pun ada court diorang masing2..


Rasanya tu je lah kot buat masa ni.. lenguh tangan aku menaip..huhu.. kalau nak tengok betapa bestnya uia*kekonon je* Meh la datang uia kuantan.. takpun cecepat apply untuk masuk degree kat uia kuantan ni.. tak rugi insyaa Allah.. uia salah satu university  yang aku boleh banggakan sebab environment dia.. uia didik students untuk jadi pelajar yang bukan je belajar belajar dan belajar, tapi mementingkan pengisian jiwa dalam diri pelajar.. dimana student dididik menjadi pemimpin ummah dan bukan hamba peperiksaan semata.. wassalam…

Wednesday, 3 June 2015

sabarlah..



setiap airmata yang jatuh itu..
aku tahu ada kekuatan disebalik itu..
senyuman yang terukir itu..
aku tahu caritan caritan penderitaan telahpun menanah dihatimu,

mata itu..
redupnya menggambarkan kau inginkan kebahagiaan..
layunya tubuh itu..
aku tahu kau perlukan pautan,

jalannya kau dengan sasamu..
aku tahu lututmu telahpun menggigil menanti rebah..
lantang suaramu..
aku tahu esakan demi esakan sedang kau tahan dari tumpah,

sabarlah, sukar itu akan datang mudahnya,
pahit akan datang manisnya..
aku tak mampu menghulurkan kekuatan itu..
takut esoknya aku juga akan rapuh,
pautlah pada agungnya cinta pencipta..
aku  yakin kau tak akan pernah dikecewakan..:)

-miraLee-misznerd-slave0fAllah