Saturday, 27 June 2015

Aku Dia dan Semalam..

Biarlah kekecewaan semalam terbenam bersama terbenamnya mentari hari ini.
Suasana petang itu dipantai cahaya agak mendung..angin bertiup kuat dari arah laut. Ombak kelihatan berlumba lumba memukul pantai. Insyi melemparkan pandangannya jauh ke tengah laut.. warna kebiruan laut mendamaikan hatinya.. sedang menikmati keindahan alam itu.. dirasakan rintikan hujan telahpun jatuh sedikit demi sedikit membasahi tubuh nya.. langkah dibuka cepat,berlari lari anak kearah salah sebuah restoran yang terletak berhampiran tempatnya berdiri tadi. Kelihatan orang ramai yang tadinya asyik bermandi manda juga berlari kearah tempat berbumbung untuk berteduh. Insyi mengambil tempat disalah satu meja didalam restoran tersebut. Matanya tidak lepas memerhatikan seorang kanak kanak yang merengek rengek kepada ibu dan ayah nya supaya dibawa mandi semula dipantai.namun tidak diendahkan oleh kedua ibubapanya..cuaca seperti ini amat bahaya jika bermandi manda dipantai..takut dibawa ombak ketengah laut..

“cik, sudah order?” lamunan insyi terhenti. Seorang pelayan lelaki berdiri betul-betul berdekatan mejanya.

“bagi saya jus oren satu ya”. Balas insyi sambail tersenyum. Setelah pelayan itu berlalu pergi, matanya kembali kearah meja yang diduduk oleh kanak-kanak tadi bersama ibubapanya. Namun mereka tidak lagi berada disitu.. “sudah pulang agak agaknya”. Bisik hati insyi.  Matanya kembali melihat ke skrin telefon bimbitnya. Perutnya terasa tidak selesa. Baru sahaja dia bangun dari tempat duduk dan berpaling ke belakang,

BUMMMPPPP!. Telefon bimbit yang dipegang insyi terjatuh ke lantai. Kelihatan beberapa helai kertai dan fail juga bertaburan diatas lantai. Tanpa disedari insyi telah melanggar seseorang yang sedang berjalan dibelakangnya ketika dia mahu berdiri dan menoleh kebelakang untuk ke tandas.

“maaf ya..saya tak sengaja. Tak perasan awak ada dibelakang”. Insyi meminta maaf dengan suara yang penuh serba salah.

“eh..tak apa..” jawab wanita tersebut smbil mengutip semula kertas dan fail milik nya yang bertaburan dilantai.

“insyi”. Sapa insyi sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

“Su..”jawab wanita tersebut menyambut huluran tangan insyi.

Tiba tiba wajah insyi berubah. “Su..”..suara insyi kedengaran perlahan.. “Intan Suhaila kan?” sambung insyi lagi.

“ye saya..” jawab Su. “eh.. insyi.. ya Allah.. dah lamanya kita tak berjumpa”. Su menjawab setelah lama menenung wajah insyi. Kali ini tubuh insyi dipeluk erat.

“rindunya..bertahun saya tunggu awak..kemana awak menghilang?” suara Su sebak. Tidak disangka rakan yang telah bertahun tahun tidak ditemuinya itu sedang berdiri dihadapan matanya.

“saya tak menghilang pun..Cuma keadaan memaksa saya pergi jauh dari bumi Malaysia..lagi pun keluarga saya ada di sana.”. balas insyi perlahan.




Kenangan lima tahun lepas kini bermain di mata.





Malam itu insyi bergaduh besar dengan Su dek kerana Su asyik membebeli sikap insyi yang tidak endah akan peperiksaan yang bakal dihadapinya lusa. Sebagai sahabat merangkap teman sebilik insyi, Su tidak mahu kawannya itu terus hanyut dan  lalai dalam hiburan yang disanjunginya itu. Su tahu keluarga insyi berkemampuan untuk menghantar insyi kemana mana sahaja kolej swasta jika kali ini insyi gagal dalam peperiksaannya.. namun dia tidak mahu rakannya itu gagal dalam peperiksaannya kali ini.. selepas menghentak pintu bilik dengan kuatnya, insyi terus berjalan laju kearah lif untuk turun ke bawah. Haziq telahpun menanti nya dibawah. Malam itu dia mahu enjoy sepuasnya. Kepalanya tidak mampu lagi stress memikirkan hal pelajaran.
Su kerisauan menanti insyi dibilik.. jam sudahpun menunjukkan 4 pagi..pintu bilik masih lagi tertutup rapi.  Berjalan Su perlahan munuju ke bilik wuduk dan segera mendirikan solat sunat. Usai solat dia berdoa agar insyi berada dibawah jagaan Allah walau dimana dia berada.
Jarum Jam diatas meja belajar Su telahpun menunjukkan tepat jam 1 petang. Kedengaran pintu bilik dikuak perlahan.

“insyi kah itu?. “ tegur Su..namun tiada balasan. Su berdiri dan menuju ke ruangan bilik  insyi. Kelihatan insyi sedang berbaring di atas katil dan matanya tertutup. Tidak mahu diganggu temannya itu. Penat agaknya. Su kembali ke ruangannya. Buku buku diatas meja ditarik dan dibelek.
Keesokan harinya Su sudah bersiap seawal jam 8 pagi untuk ke dewan peperiksaan. Suis lampu dan kipas bilik ditutup. Kakinya laju berjalan  kearah ruangan insyi.

“insyi, awak dah siap ke?. jom pergi ke dewan peperiksaan bersama sama”. Ajak Su lembut bila melihat insyi sedang mengenakan tudung dikepalanya.

“kau pergi je lah dulu.. tak payah tunggu aku”. Balas insyi dingin tanpa memandang kearah Su.

Su kemudiaannya akur lalu beransur keluar dari bilik menuju ke dewan peperiksaan.
Pagi itu pelajar pelajar sudah pun bersedia dimeja masing-masing  untuk menjawab peperiksaan. Exam pagi ini mengambil masa 3 jam. Setelah diberi kebenaran untuk memulakan menjawab, para pelajar kian focus berfikir dan menulis diatas kertas jawapan. Suasana sunyi sepi didalam dewan. Satu jam telahpun berlalu. Tiba tiba,
“awak boleh keluar dari dewan peperiksaan sekarang dan tinggalkan kertas soalan dan jawapan diatas meja”. Su terkejut dari focus nya. Ditoleh kebelakang. Kelihatan insyi berjalan dari arah belakang sambil airmata yang berlinangan. Lidah Su kaku. Matanya hanya mampu menghantar kelibat insyi keluar dari dewan peperiksaan.

“Allah..apakah dugaan mu kali ini ya Allah”. Su beristighfar panjang. Kedengaran suara pengawas peperiksaan memberikan arahan dari hadapan dewan peperiksaan. "Sesiapa yang didapati meniru didalam peperiksaan akan dirampas kertas oleh pihak universiti dan hukuman berat akan dikenakan.”.
Ketika itu semua pelajar berada dalam keadaan tertanya-tanya dan terkejut.
Namun begitu orang yang paling terkejut adalah Su. Perkara itu berlaku kepada teman baiknya. Su memaksakan dirinya kembali focus semula untuk menjawab peperiksaan tersebut. Sejak dari hari itu, Su tidak lagi betemu dengan insyi.

“Su…” ..lamunan Su terhenti. Dia kembali ke alam nyata. Insyi sedang tersenyum memandangnya.

“Su buat apa sekarang?. Su sudah berkeluarga kah?.”Tanya insyi apabila mereka berdua sudah mengambil tempat duduk di atas bangku berdekatan tepi pantai setelah hujan reda
.
Su tergelak kecil. “berkeluarga?. Su masih muda lagi la..baru 27”. Kini gelak mereka kedengaran.

“eh..dah tua tau dah 27.” Balas insyi.

“insyi hilang kemana selama ni?” tiba tiba Su menyuarakan juga pertanyaan itu yang sudah lama disimpannya.

“selepas apa yang terjadi masa hari peperiksaan tu, saya kembali ke kuala lumpur. Mama hantar saya ke Melbourne untuk sambung pelajaran di sana.. dikolej swasta. Lagi pun keluarga belah ayah saya ada disana. Namun begitu saya bawa perangai sama ke sana. Saya tak habiskan pembelajaran saya disana dan setelah setahun, ayah nikahkan saya dengan anak kawan ayah, zarith. Ketika itu zarith bekerja disyarikat dimana ayah bekerja. Namun tak sampai dua tahun, kami bercerai kerana ketidaksefahaman. Enam bulan selepas penceraian kami, ayah meninggal dunia kerana serangan jantung. Mama berpindah dari Malaysia ke sana. Mama selalu bersedih dengan pemergian ayah. Makan tidak lalu. Keceriaan mama sudah pergi bersama pemergian ayah. Setahun kemudian mama pergi mengikut jejak Ayah.. waktu-waktu setelah pemergian mereka adalah masa yang memeritkan bagi saya. Saya rasa bersendirian dan terpaksa berdikari ditempat asing itu. Akhirnya hujung tahun lepas saya ambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Rindu sungguh saya dengan bumi hijau ini.” Insyi bercerita panjang lebar.
Su memandang jauh kedalam mata insyi. Berat apa yang dilalu oleh temannya itu.

“Su mesti dah jadi pensyarah kan sekarang macam yang Su pernah cerita kat insyi yang Su memang bercita cita mahu jadi pensyarah”. Insyi bersuara bila melihat Su hanya terdiam mendengar ceritanya.

“a’ah..” senyum Su lembut. “Sekarang su jadi pensyarah di salah sebuah universiti di kuala lumpur.. Tapi sekarang tengah bercuti. Lagi pun ibu Su tak berapa sihat”.

“ohh..”insyi bangga dengan kejayaan temannya itu. Orang yang suatu ketika dahulu pernah dicemuhnya sekarang sudah menjadi orang yang hebat.

“insyi, marilah menginap dirumah Su dalam beberapa hari, lagipun dirumah hanya ada Su dan ibu saje”. Ajak Su bersungguh.

Insyi agak berkira-kira namun diikutkan sahaja ajakan Su dek kerana dia pun hanya bersendirian dirumah milik keluarganya. Ramadhan juga bakal tiba dalam sehari dua ini. Lebih baik dimanfaatkan bersama Su dan ibunya.


Kereta vios merah milik insyi diberhentikan betul betul dihadapan sebuah rumah papan dua tingkat milik Su. Kelihatan seorang wanita separuh abad sedang duduk di tangga sambil tersenyum kearah insyi dan Su.

“ohh..ini lah insyi yang disebut-sebut Su. Cantik orangnya”. Senyum mak zah apabila insyi mendekatinya untuk bersalaman. “iya mak cik, nama Nurul Fatin insyirah. Panggil insyi je”. Jawab insyi lembut.Tangan mak zah dicium. Airmata insyi berguguran. Rindu yang teramat pada mama nya. Dia jarang sekali mencium tangan mama sewaktu mama masih ada. Egonya terlalu tinggi. Ada sahaja yang ingin dibalahnya. Jika waktu cuti, tidak pernah dia lekat dirumah..malah membantu mama dirumah juga tidak pernah. Insyi anak tunggal keluarga Encik Yusoff Abdullah dan Puan izati. Apa sahaja diiingini pasti dituruti.

 “tak payah la makcik makcik..panggil je ibu.” Senyum mak zah.

“baiklah ibu zah”….

Su membawa insyi masuk kebiliknya. Sehelai kain batik dan t-shirt dihulur. Insyi memandang kearah kain batik tersebut.

“saya tak pandai pakai ni”. insyi bersuara sambil memegang kain batik tersebut.

“tak apa..saya ajarkan eh cara nak pakai. Perempuan melayu kena lah biasakan pakai kain batik.baru Nampak macam perempuan melayu terakhir”. Gelak Su apabila melihat dahi insyi berkerut sedikit.



Usai solat isyak berjemaah bersama su dan mak zah, mereka berbual bual di beranda rumah sambil minum air kopi yang dibancuh oleh Su. Insyi menyuarakan kekesalan akan perbuatannya dahulu. Namun mak zah memberikan nasihat agar insyi tetap tabah menjalani hidup..perjalanan hidupnya masih panjang. Mak zah dan Su sedia berada disisi insyi jika diperlukan. Malam itu insyi ketiduran di riba mak zah. Mak zah faham akan apa yang dilalui oleh insyi. Berat baginya yang masih mencari cari apa itu ketenangan dan kebahagiaan. Wajah Su dipandang. Su yang duduk berdekatan mak zah bergerak sedikit kearah ibunya itu. Kepala dilentokkan ke bahu ibunya.

“su tak sangka ibu”. Suara kecil su kedengaran.

“apa yang dilalui insyi berat.. ujian baginya.. kita sebagai orang yang dekat dengannya perlu beri sokongan supaya dia tetap kuat dan tak merasa bersendirian.

“insyi..ohh..insyi..bagun2..sahur”. kedengaran suara su dari arah pintu bilik. Perlahan lahan insyi bingkas dari tidurnya. Setelah mencuci muka, dia berjalan kearah dapur. Kelihatan dua tiga jenis lauk pauk sudah tersedia diatas meja. Insyi mengambil tempat disisi su.

“ini je insyi yang ada untuk bersahur”. Mak zah bersuara sambil memandang insyi yang asyik memandang lauk yang dihidang diatas meja.

“ni lauk apa ibu zah?.” Soal insyi. Sepanjang hidupnya tidak pernah dia menjamah lauk seperti itu.
“lauk kampong je insyi, pucuk ubi masak lemak, sambal belacan,dan ikan masin. Nanti berbuka ibu masakkan lauk yang sedap sedap ya?.”. jawab ibu zah sambil tersenyum.
Tiba tiba hati insyi menjadi sebak, teringat lagi dahulu ketika tahun pertama di universiti. Ketika itu dia baru sahaja ditempatkan sebilik dengan Su. Su jarang pulang ke rumah kecuali cuti panjang, jadi jika ada kesempatan untuk pulang,memang Su akan bawakan makanan dari kampong. Namun tak pernah  dijamah oleh insyi. Malah dia mencemuh makanan kampong dengan mengatakan bahawa makanan kampong seperti ulam-ulaman hanya layak di makan lembu dan kambing. Malah dia juga pernah mengatakan bahawa bau ikan masin itu membuat dia ingin termuntah. Insyi sudah terbiasa bermewah mewah. Makan yang sedap-sedap.

“maafkan insyi Su, ibu zah”. Tiba tiba suara insyi kedengaran. “selama ni memang insyi tak pernah bersyukur dengan nikmat yang Allah dah bagi kat insyi..insyi selalu je merungut. Yang insyi tahu, semua yang insyi nak, semua insyi dapat.”sambung insyi dengan mata sudahpun berkaca.

“sudahlah insyi, jangan menangis depan rezeki.” Mak zah berusaha meredakan keadaan.

“insyi..saya tak pernah makan hati dengan kata kata awak dulu. Saya tak kesah. Saya faham keadaan awak. Siapa awak dulu tu tak penting pun, yang penting siapa awak sekarang. Saya dan ibu ada untuk awak.. yang penting Allah sentiasa ada untuk Awak.. carilah Allah.. ketengangan tu ada dengan mengingatinya.”.

“terima kasih Su, ibu zah”. Insyi kembali tersenyum. Mereka sambung kembali menikmati juadah sahur mereka.

Petang itu,Sebelum bergerak ke Bandar untuk membeli makanan di bazar ramadhan,  Su mengajak insyi untuk berjalan jalan sebentar dikawasan kampungnya.  Insyi mencapai baju t-shirt lengan panjang longgar miliknya dan dan mengenakan seluar jeans biru. Ringkas sahaja penampilan insyi. Baru sahaja kakinya ingin melangkah keluar dari bilik, Su muncul di muka pintu.

“nah..pakai lah..Su punya”. Su menghulurkan sehelai selendang berwarna biru tua.

Selendang itu dicapai insyi. Sudah lama dia tidak berhijab. Semenjak dia berhijrah keluar Negara. Perlahan lahan selendang itu di kenakan dikepalanya. Sebak hatinya. Teringat akan mama. Mama lah orang pertama yang memakaikannya tudung. Ketika itu dia darjah dua. Seminggu dia merengek rengek tidak mahu bertudung ke sekolah. Namun perlahan lahan dipujuk oleh mamanya. Akhirnya. Dia selesa bertudung.

Cuaca redup membuatkan Su dan insyi senang berjalan kaki dikawasan kampong Su. Kelihatan kanak kanak berbasikal saling berlumba-lumba memintas antara satu sama lain. Su beritahu bahawa kanak kanak kampungnya kebanyakan akan pergi belajar alquran di rumah haji said selepas pulang sekolah. Su juga salah seorang pelajar didikan haji said. Su membawa insyi ke kawasan perhentian nelayan. Rumah su berdekatan dengan pantai. Hanya mengambil 15 minit jika berjalan kaki.

“kat sini lah dulu Su selalu tunggu abah su balik dari laut bawa hasil tangkapan ikan dan udang.” Su berjalan perlahan menuju pondok yang menempatkan beberapa biji bot.
Insyi hanya diam mendengarkan cerita su. “ kalau insyi nak tahu, ayah su meninggal semasa keluar kelaut menangkap ikan.Masa tu Su tingkatan dua. Kawan ayah, pakcik Hassan datang kesekolah.  Masa tu Su tak jangka pertemuan Su dengan abah pagi tu adalah yang terakhir. Laut bergelora. Bot abah su dilambung ombak besar. Abah hilang dilautan. Masa tu Su rasa laut tu kejam. Sebab bawa abah su pergi dari Su. Walaupun jasad abah dah ditemui dan dikebumikan, Su tetap juga tunggu abah di jeti setiap petang. Tapi abah tak balik-balik juga. Ibu adalah orang yang paling terpukul dengan pemergian abah. Tapi ibu kuat. Ibu tak pernah menangis nangis dihadapan Su. Ibu cakap, Allah lagi sayangkan abah. Abah tunggu kami di syurga. Sejak itu, Su selalu berharap dan berusaha jadi hamba yang terbaik, anak yang solehah..supaya Su boleh bertemu abah disyurga.” Airmata su sudahpun tumpah membasahi pipinya. Insyi memeluk bahu Su. Sepanjang berkawan dengan su, dia tahu Su sudah kehilangan bapanya. Namun tidak pernah pula insyi menanyakan sebab kematian bapa Su.


“kesusahan dah banyak ajar Su erti hidup, insyi. Su belajar berdikari. Su tak nak susahkan ibu. Setiap kali Su pegang dan cium tangan ibu ketika mahu berangkat kesekolah, Su dapat rasakan telapak tangan ibu kasar. Ibu kerja keras untuk menyara Su dan adik aiman. Bila Su naik tingkatan empat, Su dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh. Tapi su cepat-cepat sorokkan surat tawaran tu..Su tak nak ibu susah cari duit untuk Su masuk kesekolah tu. Tiba dipertengahan tingkatan empat, su bekerja sambilan semasa hujung minggu. Cari duit tambahan. Nak masuk ke universiti banyak belanjanya. Namun sampai sekarang ibu tak tahu pun su kerja sambilan ketika sekolah dulu. Kalau ibu tahu, pasti ibu tak benarkan. Kadang kadang ada je rasa nak give up. Tapi bila tengok wajah ibu, semangat Su nak Berjaya terus membara-bara. Nasib kami perlu diubah”. Su menyambung ceritanya.
Kini airmata insyi pula tidak mampu dibendung. Berbeza sungguh kehidupannya jika dibandingkan dengan su. Insyi tak pernah merasa susah. Yang ditahunya hanyalah merengek inginkan itu dan ini.


Jam ditangan sudah menunjukkan jam 6 petang. Su mengajak insyi kebandar. Sedang asyik mata melilau melihat makanan yang beraneka, datang seorang lelaki menghampiri mereka. Lelaki itu kelihatan seorang yang berpendidikan. Su kelihatan rancak berbicara dengan lelaki tersebut. Setelah meminta izin beredar, lelaki tersebut berjalan kearah keretanya meninggalkan Su dan insyi yang masih membeli makanan di salah sebuah gerai disitu.

“siapa lelaki tadi tu Su?” Tanya insyi kehairanan. Jarang Su kelihatan begitu mesra dengan lelaki tambahan lagi lelaki itu nampak seperti sebaya mereka.

“itu Syafiq, tunang Su. Insyaa Allah tahun depan kami nikah. Syafiq juga adalah salah seorang pensyarah ditempat Su bekerja”. Jawab Su sambil tersenyum.

“ohh..kenapa Su tak bagitahu insyi Su nak nikah dah?. Sampai hati”. Insyi menjuihkan bibirnya.

“hehe..bukan tak nak bagitahu..tapi ini baru dalam perancangan. Memang Su nak bagitahu insyi bila tiba masa sesuai.” Su tergelak kecil melihat gelagat insyi.

“memang benarlah, lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik dan sebaliknya.Syafiq kelihatan pemuda yang baik. Lemah lembut. Malah sesuai dengan insyi yang cantik dan lembut”. Bisik hati kecil insyi.

 Sepanjang dua minggu insyi dikampung Su, banyak benda yang dipelajarinya. Baik hal agama mahupun urusan kehidupannya. Malam itu selepas solat terawih, mak zah terus masuk kebilik. Lagipun keadaan kesihatannya yang kurang baik menyebabkan dia cepat lelah. Su juga sudah terlelap di kerusi di ruang tamu. “penat agaknya” bisik hati insyi. Otaknya kini sedang memikirkan bagai mana caranya dia mahu memberitahu bahawa dia perlu pulang ke Melbourne untuk menguruskan perusahaan ayahnya disana. Zarith memberitahu bahawa syarikat menghadapi masalah.
Kakinya digerakkan kearah bilik. Beg bagasi dikeluarkan dari bawah katil milik Su yang tersadai sejak dia menginap dirumah Su dua minggu lalu. Perlahan lahan bajunya dikemaskan. Tidak mahu ibu za dan dan Su terjaga dari tidur mereka.

Selepas solat subuh pagi itu, insyi menyatakan hasratnya untuk berangkat ke lapangan terbang petang itu. Penerbangannya pada sebelah malam. Ibu zah kelihatan berat hati ingin melepaskan insyi pergi, namun setelah meyakinkan bahawa jika urusannya selesai, dia akan kembali ke menemui mak zah, mak zah akhirnya membenarkan juga. Dipesan kepada insyi agar pandai pandai menjaga diri ditempat orang.

Petang itu selepas  solat asar, insyi berangkat ke lapangan terbang KLIA dengan ditemani Su. Walaupun sudah dihalang insyi untuk menghantarnya, Su tetap juga mahu mengiringi keberangkatan insyi. Sebelum berpisah, Su sempat memberikan senaskah alquran beserta terjemahan miliknya kepada insyi. Tubuh insyi dipeluk erat. Airmata mengalir dipipi insyi mahupun su.

“Su, in Shaa Allah panjang umur kita jumpa lagi ya..mungkin sebelum ni insyi tak pernah hargai kehadiran Su dalam hidup insyi, tapi sekarang Su lah sahabat dan orang yang terpenting dalam hidup insyi..sama juga seperti ibu zah.” Insyi memeluk erat tubuh Su. “insyi sayang Su kerana Allah”.

“kalau Su tak berkesempatan bertemu insyi didunia, Su nak jumpa insyi di syurga Allah ya..” balas Su sambil memandang insyi.  Insyi mengangguk sambil tersenyum. “in shaa Allah”…..

Selepas bersalaman, insyi berjalan perlahan menuju ke balai pelepasan. Insyi tersenyum sambil melambai-lambai kearah Su. Lambaian Su menghantar keberangkatan insyi hingga kelibatnya hilang dari pandangan.

-TAMAT-



Akhir kata..yakinlah janji Allah itu pasti..manusia diuji Allah dengan ujian berbeza beza.. namun tujuan nya tetap sama.. untuk menguji siapa yang beriman dan siapa yang kufur..  seperti firman Allah dalam surah Al anbia’ ayat 35:

“dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada kami lah kamu semua akan dikembalikan”

Malah Allah juga berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286:


“Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya”


nukilan:Amira Ramlee -miraLee-misznerd-slaveOfAllah-

No comments:

Post a Comment