Saturday, 3 October 2015

jiwa





Zaman memusatkan mata kearah skrin computer ribanya. Seperti yang dijangka, zaman sekali lagi Berjaya mendapat keputusan yang cemerlang untuk kertas peperiksaan pertengahan semester.  Malah zaman juga sering kali mendapat dekan dengan pointer yang tinggi setiap semester. Tangannya laju mencapai telefon bimbit. “adam, malam ni keluar jom. Makan-makan, jalan-jalan. Nak celebrate result gempak.” Suara zaman kedengaran disegenap ruang bilik hostelnya.
Malam itu hampir seluruh Bandar dijelajah zaman dan rakan-rakannya. Jam ditangan ditelek. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Mereka memilih untuk tidur didalam kereta malam itu, sambil menunggu pagi kerana  pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk kekawasan universiti  melebihi jam 3 pagi atau mereka akan dikenakan denda.
Sedang nyenyak tidur ditempat duduk pemandu, tiba-tiba zaman merasakan udara dingin. Matanya dibuka perlahan-lahan. Rakan-rakannya yang lain masih lagi tidur. Jam menunjukkan pukul  7 pagi. Setelah mengejutkan rakan-rakannya yang lain, zaman menghidupkan enjin kereta dan memacu keretanya laju. Tiba-tiba, “bummpppppppp!” kakinya cepat-cepat memijak pedal brek. “weh zaman, kau langgar apa tadi?” Tanya aidil dari  tempat duduk penumpang belakang. “aku tak tahu”..zaman cepat-cepat keluar dari kereta untuk melihat andai dia telah melanggar apa-apa. Sekitar kereta dilihat, namun tiada apa ditemui. Sekali lagi zaman merasa angin dingin meniup ke tubuhnya. Dia sedikit menggigil kesejukan. Tanpa berlengah dia segera kembali masuk kedalam kereta. Sedikit rasa pelik menerjah ke sanubarinya. Brek tangan dilepaskan dan zaman meneruskan pemanduannya kembali ke universiti.

Keesokan harinya selepas kelas berakhir jam 5 petang, zaman keluar ke taman untuk bersenam. Dia memulakan lariannya disepanjang  trek kawasan taman. Petang itu agak lengang mungkin kerana bukan hujung minggu. Sedang zaman mencapai earphone yang berada dipoket seluarnya untuk dipasang ketelinga tiba-tiba dia melanggar seseorang yang sedang berlari bertentangan arah darinya. “maaf, saya tak Nampak ada orang dihadapan tadi.” Zaman mengeluarkan kata-kata apabila melihat lelaki itu memegang bahunya. Sakit mungkin kerana berlanggar dengannya tadi. “eh tak pe, sikit je ni.” Lelaki itu tersenyum.
“zaman”. Zaman menghulurkan tangannya kearah lelaki yang sedang berdiri dihadapannya. “jiwa”. Lelaki itu menyambut huluran tangan zaman. Zaman rasa selesa dengan perwatakan lelaki itu kerana dia tidak henti tersenyum sejak mereka berlanggar bahu sebentar tadi. Petang itu zaman berlari bersama-sama jiwa. Banyak perkara yang dibincangkan mereka.

Oleh kerana esok kebanyakan kelas dibatalkan, zaman dan rakan-rakannya  bermain game online hingga larut malam dan tanpa sedar dia telah terlelap dihadapan computer ribanya.
“zaman..bangun zaman..” zaman membuka matanya perlahan lahan. Berdiri satu tubuh disisinya. “kau siapa?” zaman menggosok gosok matanya. Wajah lelaki yang berdiri disisinya tidak dapat dilihat dengan jelas. “aku jiwa…” suara lelaki itu kedengaran. Zaman mengerutkan dahinya. “jiwa?. Macam mana kau boleh ada kat sni?” zaman bingkas perlahan-lahan dari tempat duduknya. Lelaki itu beredar meninggalkan zaman. “kau siapa sebenarnya?” zaman cuba mengejar lelaki itu yang sedang keluar dari biliknya. Langkah lelaki itu terhenti. “aku jiwa…jiwa kau yang dah lama hilang”. Zaman tersentak. Kakinya kaku. Bibirnya kelu. Bayangan lelaki itu sedikit demi sedikit lenyap dari pandangannya.
Tiba tiba zaman terdengar suara dari dalam bilik. “zaman, bangun weh.. solat subuh”. Zaman mengatur langkah masuk semula kedalam bilik. Katilnya didekati. Tapi dia terperanjat bukan kepalang apabila melihat satu tubuh sedang berbaring diatas katilnya. Tubuh itu didekati. Sekali lagi dia tergamam. Kakinya menggigil. Itu adalah dirinya. Zaman terduduk dilantai. Dilihat tubuh itu sedang nyeyak tidur. Hinggalah langit kelihatan cerah dan cahaya matahari menyelinap masuk ke ruangan bilik melalui celah-celah tingkap, tubuh itu tetap juga tidak bingkas dari tidurnya. Tiba tiba telefon berdering. Zaman berlari mendapatkan telefon bimbitnya. Namun jari jemarinya tidak mampu memegang telefon itu. Berkali mencuba tetap jua gagal. Tertera  nama “ibu” didada skrin telefon bimbit itu.Matanya kembali dipaling kearah tubuh yang sedang berbaring diatas katil. Dilihat telefon bimbit  dicapai oleh tubuh itu. “hello ibu, ada apa call zaman pagi-pagi ni?. Zaman ada kelas ni, nanti zaman call ibu semula ya”. Punat berwarna merah ditekan dan dia kembali menutup matanya.
“ibu..” zaman yang berdiri disatu sudut bilik itu terasa sebak.. tiba-tiba satu flashback melintas dimatanya. Suasana dirumah yang mana dia, ibu dan ayah sedang duduk diruang tamu. Ayah menegur zaman kerana selalu keluar hingga lewat malam. Waktu cutinya tidak dimanfaatkan duduk dirumah dan diluangkan masa bersama keluarga. Jika berkesempatan, pasti sahaja zaman sibuk dengan telefon pintarnya. Zaman hanya berdiam diri dan meminta izin masuk kebiliknya. Ayahnya yang duduk disitu menggelengkan kepala.
Tiba-tiba zaman teringat akan  kata-kata lelaki yang baru sahaja berlalu sebentar tadi. “jiwa aku yang dah lama hilang?”

Zaman terjaga dari lenanya. Computer riba yang masih lagi terbuka terletak elok didepan matanya. “aku bermimpikah tadi?” zaman menggosok-gosokkan matanya. Jam dikerling. Jarum jam menunjukkan jam 4 pagi. “jiwa aku yang dah lama hilang?” sekali lagi zaman teringat akan mimpinya sebentar tadi. Tiba-tiba rasa hiba berkunjung dihatinya. Zaman bingkas bangun dari duduknya. Dia menapak ke bilik mandi untuk berwudu’. Tikar solat dibentang. Dia mulakan solat sunat tahajjud yang sudah lama tidak di amalkan. Airmatanya mengalir sepanjang solat. Terasa tenang hatinya. Kini dia faham akan maksud mimpinya itu. “jiwa yang dah lama hilang”. Jiwanya sudah lama sunyi dari mengingati Allah. Kejayaan demi kejayaan yang diterpa semua dirasa diperoleh dengan usaha sendiri. Jarang sekali dia mendekatkan diri pada Ilahi. Dia leka dengan kesenangan yang diperoleh. Zaman istighfar berkali kali. Sudah jauh Allah dilupakan, namun Allah tidak sesekali melupakannya. Teguran demi teguran bertandang, namun belum cukup besar mata dan hatinya untuk melihat. Kini zaman menguntumkan senyuman. Dia bertekad untuk berubah. Jiwa nya perlu di isi dengan mengingati Allah. Banyak perkara perlu di selesaikan. Hidupnya di atas muka bumi bukan lah hanya untuk bersenang lenang dan bersuka ria. Ya, aku khalifah dimuka bumi ini.

No comments:

Post a Comment