Assalamualaikum
Alhamdulillah aku diberi peluang dan kelapangan menulis di
blog kesayangan. Sementara bercuti ni aku ambil kesempatan habiskan baca stok2
buku yang aku beli beberapa bulan yang lepas. Byak lagi tak terbaca lagi.. Cuma
sempat tengok cover depan je..haha..tapi buku yang aku tengah syok baca
sekarang ni adalah buku tinta 2 asyraf..hasil tulisan hilal asyraf dan imam
muda asyraf. Aku ni memang jenis orang yang tak suka bila baca satu buku tu,aku
habiskan sekaligus sampai kulit belakang..sebab..aku akan baca bila mood
membaca aku betul2 ada..supaya apa yang aku baca tu membekas kat
hati..terutamanya buku2 motivasi. Banyak pula aku membebel. Huhu..mari kita
kongsi serba sedikit apa yang boleh aku kupas dari isi dalam buku tersebut..
“jangan hingga kesemua pintu itu kamu tutup”..
Pintu..pintu apa tu?.
Pintu rumah?. Pintu kereta?..hhmm..semestinya bukan.. pintu tu adalah pintu
penghubung antara kita dan pencipta.. kadang-kadang kan, bila kita give up on
something, kita selalu rasa kita dah tak berdaya nak meneruskan perkara
tu..rasa diri rendah..hilang keyakinan..tak percaya dah pada ketentuan yang
esa. Mula lah rasa usaha yang dilakukan selama ni tak berbaloi.. kasih sayang
ilahi mula dipersoal. Awak..awak yang sedang baca ni, yakinlah..kita tak tahu
apa disebalik apa yang berlaku pada kita..tapi berpegang lah pada janji Allah,
bahawa Allah itu tidak menginginkan sesuatu, melainkan hanya kebaikan untuk
hambanya.. seperti mana dalam firman Allah didalam surah An-nisa’ ayat 40:
“sesungguhnya Allah
tidak sekali-kali menganiaya(seseorang) sekalipun seberat zarah(debu)”
Antara cerita yang menarik yang aku ingin kongsikan
berdasarkan tulisan buku tinta dua asyraf adalah,
‘kisah imam Ahmad dan
seorang pencuri’.
Pada suatu hari, imam Ahmad menangkap seorang pencuri yang sedang
mencuri disebuah kedai. Pada hari yang lain, imam ahmad menangkapnya lagi
ditempat lain. Dan pada suatu hari yang lain, sekali lagi imam ahmad
menangkapnya ditempat yang lain.
Pada suatu hari, imam ahmad melihat seorang lelaki yang
sedang solat dengan kusyuk sebelum masuk waktu subuh dihadapan kubur
Rasullullah s.a.w., didalam masjid nabawi. Apabila diperhatikan dengan teliti,
barulah imam Ahmad perasan bahawa lelaki yang sedang bersolat itu, adalah
lelaki yang ditangkapnya beberapa kali.
Imam Ahmad terkilan dengan apa yang baharu sahaja
dilihatnya. Dia tahu lelaki itu masih mencuri. Tetapi kini, lelaki itu dengan
selambanya muncul dikubur Rasullullah s.a.w. sedangkan tempat itu adalah tempat
yang mulia. Imam ahmad segera mendapatkan lelaki itu selepas dia menyempurnakan
solatnya. Lengan lelaki itu ditarik.
“wahai fulan, tidakkah engkau malu pada Allah s.w.t., dan
Rasullullah s.a.w.,? kau adalah seorang pencuri, dan kini engkau solat
berdekatan dengan kubur Rasullullah s.a.w.,?. apakah engkau tidak malu berada
ditempat semulia ini?.”
Lelaki itu menjawab, “wahai tuan, janganlah engkau
memarahiku. Ya, aku memang pencuri. Dan selepas ini pasti aku akan keluar lagi
mencuri. Tetapi wahai tuan, inilah dia pintu yang masih aku buka untuk Allah
s.w.t., aku menutup semua pintu yang lain tuan. Tetapi pintu ini, aku masih
membukanya. Aku berharap, moga moga nanti, dari pintu inilah aku keluar
daripada kehidupanku yang sebegini”.
Imam Ahmad terdiam. Lantas membiarkan lelaki itu.
Setelah beberapa tahun berlalu, imam Ahmad tidak lagi
melihat lelaki itu.juga tidak menjumpainya mencuri. Dan apabila tiba satu musim
haji, imam Ahmad berangkat ke makkah. Di makkah, dia perasan akan seseorang
yang sedang berada dibwah lembayung kaabah. Meratap dan menangis hiba. Wajah
itu pucat dan tubuhnya kurus.namun, wajah itu seakan punya nur. Imam ahmad
tertarik akan kesungguhan lelaki itu, lantas mendekatinya.
“wahai fulan, bukankah engkau pencuri yang meninggalkan satu
pintu antara dia dan Allah terbuka?”
Lelaki itu memandang imam ahmad. “ya, wahai tuan. Akulah
orang itu. Dan daripada satu pintu yang belum aku tutup itu, Allah keluarkan
aku, menjadi aku yang hari ini.”
Imam ahmad ibnu hanbal hanya mampu memuji Allah s.w.t., akan
apa yg diperhatikan.
haaaaa...Berdasarkan dari kisah diatas, kita perlu berpegang teguh
bahawa Allah sentiasa memberi peluang kepada hambanya untuk kembali.. berikan
sedikit ruang pada diri kita.. jangan berhenti berharap. Kasih sayang Allah
lebih besar berbanding apa yang dpat kita bayangkan. Wallu a’lam.
Sumber:tinta 2 asyraf
No comments:
Post a Comment