Sedar atau tidak, dalam suatu relationship tak kisah la apa jenis perhubungan pun,.persahabatan atau percintaan kita akan cenderung untuk tawar hati dipertengahan
perkenalan. Satu benda yang kita perlu cek semula adalah sebab kita mahu
memulakan perhubungan dengan seseorang.. selalunya kita akan terlebih dahulu
mencintai kelebihan seseorang sebelum kita tahu kekurangan dia..kita terlalu
impressed dengan kebaikan dan keistimewaan dia..once bila kita lihat satu je
keburukan dia, kita akan mulai judge hidup dia. Bila benda-benda macam ni jadi,
lebik baik kita reflek semula.. adakah kita bersahabat kerana kelebihan dia,
mencintai keistimewaan dia atau kita sememangnya menyayangi dan mendampingi dia
kerana ‘dia’..the way he or she is. Ada orang pernah cakap dekat aku, sayang
dengan cinta ni lain..cinta ni, kau suka berdamping dengan dia sebab dia ada
kelebihan yang menarik hati kau.. kau sukakan dia sebab kesempurnaan dia. Once
kau tahu lemah dia, cinta kau jadi pudar. Tapi bezanya dengan sayang, kau tahu
kelemahan dia tapi kau berusaha bantu dia mengatasi kelemahan tu dan sanggup
melengkapi apapun kelemahan dia supaya dia jadi orang yang lebih sempurna. Tapi
sekarang ni kebanyakan orang jarang boleh terima kritikan dan nasihat orang
lain yang sebenarnya itu semua kerana mereka sayangkan kita. Sebab itu sekarang
ini sangat susah cari orang yang betul-betul setia di sisi kita.. sebabnya,
kalimah cinta tu sendiri dah penuh dengan materialistik..sedangkan sayang itu
lebih abstrak..susah nak dilihat, tapi boleh dirasa dengan perhatian, kesungguhan
dan kesetiaan seseorang pada kita. Buruk-buruk kita pun, dia tetap
sayang..marah-marah dia pun, tetap juga dia stay di sisi kita..aku boleh bagi
contoh, macam kasih sayang ibu ayah pada anak-anak.. macam mana kau buruk pun,
macam mana kau lemah pun..mereka tetap terima kita..jaga kita dengan
baik..sayang kita tanpa syarat..jadinya, sayanglah orang sekeliling kita tanpa
meminta balasan. Bahagiakan orang lain, Allah akan bahagiakan kita dengan cara
yang kita tak menduga. Bukankah cinta Allah itu
lebih luas dari langit dan bumi..sayang tu tak semestinya berbalas..tapi
percayalah, sayang yang kita beri hari
ini, nantinya akan tersebar dan membahagiakan hati-hati insan lain.. “love
more, expect less”
No comments:
Post a Comment