Argggghhhhh! aku letihhhhh!
bila aku rasa nak jerit kuat-kuat biar satu dunia tahu yang aku dah cukup stress dan terbeban dengan kerja-kerja, assignments, lab report, presentation, exam yang berbaki 4 paper lagi..yang mana notes tebal-tebal..tak sentuh sangat lagi..hari pun makin cepat berlalu..aku terfikir,, terbeban???..belajar je pun dah terasa terbeban,..bukan suruh buat benda berat2, susah2 pun.. masa tu cukup sebenarnya..tapi tu lah..manusia memang macam tu,. lebih pilih untuk tangguhkan kerja dan kemudian mengeluh.. nak jadi hebat bukan mudah..nak berjaya bukan senang..kalau kerja berlambak ni jadikan aku stress, macam mana aku nak berada ditempat yang atas..kalau terlalu biasa dengan comfort zone, tetiba tercampak sikit kat saat-saat genting macam ni, mulalah meroyan..kerja-kerja jadi buat ala kadar.. muhasabah diri balik,, semua datang dari dalam diri..peringatan untuk diri sendiri sebenarnya..kalau dah nak exam baru nak cek nota, nak fahamkan, memang la jadi payah..assignment masa diberi sebulan, tapi waktu berbaki 4 hari baru nak belek..hhmmm..cek diri balik.. ade lah tu silap kat mana-mana..jangan pandang sekeliling, pandang diri sendiri.. semua bermula dari diri sendiri.. disiplin diri..jangan asyik mengeluh..salahkan keadaan..itu susah, ini susah.. salahkan course ni susah.. salahkan lecturer bagi notes banyak sangat..sebenarnya kita yang pilih.. ikhlaskan hati.. yakin pada Allah..mohon kekuatan dari dia.. in shaa Allah kekuatan akan datang bila kita yakin dengan pertolongannya.. bak kata Tun dr. Mahathir, "orang yang tak bersedia untuk bersusah payah, adalah orang yang layak berada dibelakang"..tajdid niat.. lillahi Taala..
a slave of Allah..a student in a university, a daughter for my parents..fragile?. never..
Saturday, 31 October 2015
Tuesday, 13 October 2015
aku insan yang tak sempurna
aku insan yang tak sempurna,
ada kala aku kuat,
ada masanya pula aku lemah,
ada ketika aku tersungkur layu.
tapi aku percaya,
setiap kesakitan ini,
pasti akan ada manisnya nanti,
kepedihan ini akan ada kebahagiaannya.
airmata,
berhentilah mengalir,
aku sudah tiada kemampuan,
aku sudah tak terdaya menahan kau dari jatuh.
aku insan yang lemah,
sering aku alpa,
sering juga aku sering menyakiti,
ingatkanlah aku Ya Rabb bahwa kuasa mu mengatasi segalanya.
bukan aku tak mahu mendekatimu,
namun jiwaku masih rapuh,
berkali kau memanggil aku kepadamu,
berkali juga aku berpatah menjauhimu.
ampunkan aku hambamu yang lemah ini,
bantulah aku untuk bercita syahid dijalanmu,
tunjukkan lah aku bahwa cintamu mengatasi segalanya,
agar tidak lagi aku berpaling dari mu.
Saturday, 3 October 2015
jiwa
Zaman memusatkan mata kearah skrin computer ribanya. Seperti
yang dijangka, zaman sekali lagi Berjaya mendapat keputusan yang cemerlang
untuk kertas peperiksaan pertengahan semester.
Malah zaman juga sering kali mendapat dekan dengan pointer yang tinggi
setiap semester. Tangannya laju mencapai telefon bimbit. “adam, malam ni keluar
jom. Makan-makan, jalan-jalan. Nak celebrate result gempak.” Suara zaman
kedengaran disegenap ruang bilik hostelnya.
Malam itu hampir seluruh Bandar dijelajah zaman dan
rakan-rakannya. Jam ditangan ditelek. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Mereka
memilih untuk tidur didalam kereta malam itu, sambil menunggu pagi kerana pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk
kekawasan universiti melebihi jam 3 pagi
atau mereka akan dikenakan denda.
Sedang nyenyak tidur ditempat duduk pemandu, tiba-tiba zaman
merasakan udara dingin. Matanya dibuka perlahan-lahan. Rakan-rakannya yang lain
masih lagi tidur. Jam menunjukkan pukul
7 pagi. Setelah mengejutkan rakan-rakannya yang lain, zaman menghidupkan
enjin kereta dan memacu keretanya laju. Tiba-tiba, “bummpppppppp!” kakinya
cepat-cepat memijak pedal brek. “weh zaman, kau langgar apa tadi?” Tanya aidil
dari tempat duduk penumpang belakang.
“aku tak tahu”..zaman cepat-cepat keluar dari kereta untuk melihat andai dia
telah melanggar apa-apa. Sekitar kereta dilihat, namun tiada apa ditemui.
Sekali lagi zaman merasa angin dingin meniup ke tubuhnya. Dia sedikit menggigil
kesejukan. Tanpa berlengah dia segera kembali masuk kedalam kereta. Sedikit
rasa pelik menerjah ke sanubarinya. Brek tangan dilepaskan dan zaman meneruskan
pemanduannya kembali ke universiti.
Keesokan harinya selepas kelas berakhir jam 5 petang, zaman
keluar ke taman untuk bersenam. Dia memulakan lariannya disepanjang trek kawasan taman. Petang itu agak lengang
mungkin kerana bukan hujung minggu. Sedang zaman mencapai earphone yang berada
dipoket seluarnya untuk dipasang ketelinga tiba-tiba dia melanggar seseorang
yang sedang berlari bertentangan arah darinya. “maaf, saya tak Nampak ada orang
dihadapan tadi.” Zaman mengeluarkan kata-kata apabila melihat lelaki itu
memegang bahunya. Sakit mungkin kerana berlanggar dengannya tadi. “eh tak pe,
sikit je ni.” Lelaki itu tersenyum.
“zaman”. Zaman menghulurkan tangannya kearah lelaki yang
sedang berdiri dihadapannya. “jiwa”. Lelaki itu menyambut huluran tangan zaman.
Zaman rasa selesa dengan perwatakan lelaki itu kerana dia tidak henti tersenyum
sejak mereka berlanggar bahu sebentar tadi. Petang itu zaman berlari
bersama-sama jiwa. Banyak perkara yang dibincangkan mereka.
Oleh kerana esok kebanyakan kelas dibatalkan, zaman dan
rakan-rakannya bermain game online
hingga larut malam dan tanpa sedar dia telah terlelap dihadapan computer
ribanya.
“zaman..bangun zaman..” zaman membuka matanya perlahan
lahan. Berdiri satu tubuh disisinya. “kau siapa?” zaman menggosok gosok
matanya. Wajah lelaki yang berdiri disisinya tidak dapat dilihat dengan jelas.
“aku jiwa…” suara lelaki itu kedengaran. Zaman mengerutkan dahinya. “jiwa?.
Macam mana kau boleh ada kat sni?” zaman bingkas perlahan-lahan dari tempat
duduknya. Lelaki itu beredar meninggalkan zaman. “kau siapa sebenarnya?” zaman
cuba mengejar lelaki itu yang sedang keluar dari biliknya. Langkah lelaki itu
terhenti. “aku jiwa…jiwa kau yang dah lama hilang”. Zaman tersentak. Kakinya
kaku. Bibirnya kelu. Bayangan lelaki itu sedikit demi sedikit lenyap dari
pandangannya.
Tiba tiba zaman terdengar suara dari dalam bilik. “zaman,
bangun weh.. solat subuh”. Zaman mengatur langkah masuk semula kedalam bilik.
Katilnya didekati. Tapi dia terperanjat bukan kepalang apabila melihat satu
tubuh sedang berbaring diatas katilnya. Tubuh itu didekati. Sekali lagi dia
tergamam. Kakinya menggigil. Itu adalah dirinya. Zaman terduduk dilantai.
Dilihat tubuh itu sedang nyeyak tidur. Hinggalah langit kelihatan cerah dan
cahaya matahari menyelinap masuk ke ruangan bilik melalui celah-celah tingkap,
tubuh itu tetap juga tidak bingkas dari tidurnya. Tiba tiba telefon berdering.
Zaman berlari mendapatkan telefon bimbitnya. Namun jari jemarinya tidak mampu
memegang telefon itu. Berkali mencuba tetap jua gagal. Tertera nama “ibu” didada skrin telefon bimbit
itu.Matanya kembali dipaling kearah tubuh yang sedang berbaring diatas katil.
Dilihat telefon bimbit dicapai oleh
tubuh itu. “hello ibu, ada apa call zaman pagi-pagi ni?. Zaman ada kelas ni,
nanti zaman call ibu semula ya”. Punat berwarna merah ditekan dan dia kembali
menutup matanya.
“ibu..” zaman yang berdiri disatu sudut bilik itu terasa
sebak.. tiba-tiba satu flashback melintas dimatanya. Suasana dirumah yang mana
dia, ibu dan ayah sedang duduk diruang tamu. Ayah menegur zaman kerana selalu
keluar hingga lewat malam. Waktu cutinya tidak dimanfaatkan duduk dirumah dan
diluangkan masa bersama keluarga. Jika berkesempatan, pasti sahaja zaman sibuk
dengan telefon pintarnya. Zaman hanya berdiam diri dan meminta izin masuk
kebiliknya. Ayahnya yang duduk disitu menggelengkan kepala.
Tiba-tiba zaman teringat akan kata-kata lelaki yang baru sahaja berlalu
sebentar tadi. “jiwa aku yang dah lama hilang?”
Zaman terjaga dari lenanya. Computer riba yang masih lagi
terbuka terletak elok didepan matanya. “aku bermimpikah tadi?” zaman
menggosok-gosokkan matanya. Jam dikerling. Jarum jam menunjukkan jam 4 pagi.
“jiwa aku yang dah lama hilang?” sekali lagi zaman teringat akan mimpinya
sebentar tadi. Tiba-tiba rasa hiba berkunjung dihatinya. Zaman bingkas bangun
dari duduknya. Dia menapak ke bilik mandi untuk berwudu’. Tikar solat
dibentang. Dia mulakan solat sunat tahajjud yang sudah lama tidak di amalkan.
Airmatanya mengalir sepanjang solat. Terasa tenang hatinya. Kini dia faham akan
maksud mimpinya itu. “jiwa yang dah lama hilang”. Jiwanya sudah lama sunyi dari
mengingati Allah. Kejayaan demi kejayaan yang diterpa semua dirasa diperoleh
dengan usaha sendiri. Jarang sekali dia mendekatkan diri pada Ilahi. Dia leka
dengan kesenangan yang diperoleh. Zaman istighfar berkali kali. Sudah jauh
Allah dilupakan, namun Allah tidak sesekali melupakannya. Teguran demi teguran
bertandang, namun belum cukup besar mata dan hatinya untuk melihat. Kini zaman
menguntumkan senyuman. Dia bertekad untuk berubah. Jiwa nya perlu di isi dengan
mengingati Allah. Banyak perkara perlu di selesaikan. Hidupnya di atas muka
bumi bukan lah hanya untuk bersenang lenang dan bersuka ria. Ya, aku khalifah
dimuka bumi ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)