Bahagia?. Apa itu bahagia?.. bahagia tu adalah bila kita hargai
apa yang kita miliki..apa yang ada sisi kita.. bukan mencari cari sesuatu yang bukan ditakdirkan
untuk kita..jangan diratapi andai apa yang kita miliki bukan lagi menjadi hak
kita.. milik Allah lah apa yang dilangit dan dibumi..bila orang Tanya, kau ni
poyo la.. asal cakap je nak bajet ustazah..padahal takde lah ustazah
sangat..hhmm..memang aku bukan ustazah.. aku seorang pelajar biasa..seorang
anak yang masih lagi gigih untuk membahagiakan kedua ibubapanya.. seorang hamba
yang masih lagi bertatih tatih mencari Tuhannya iaitu Allah yang esa.. bila
orang cakap hidup aku ni macam membosankan je..eh..taklah..tak Nampak ke aku
ade taman tema dalam hati ni..best tau..bahagia je..haha..aku tahu siapa aku..
jangan diadili siapa aku..kebahagiaan tu aku tahu Allah dah beri untuk
hambanya.. makna kebahagiaan dari kaca mata aku dan kaca mata orang lain tu
sangat lah berbeza.. bila orang bercerita tentang cinta.. pasti kita akan
kaitkan dengan boyfriend, girlfriend.. “eh kau single lgi eh?. Kesian kauuu”..LoL aku lagi kesian kat kau beb..haha..siang
malam kau whatsapp..sms..call..cakap benda yang sama.. “i love u..u love me”..”tengah
buat apa tu”.. “awak..awak kat mana..awak kat mana?”.. “dah makan?”..haha..bajet
care lah sangat..tak membangun langsung.. “saya sayang awak…..” walawehh..seluar
dalam kau pun mak ayah kau yang sponsor..ada hati nak kacau anak dara orang..
terbongkang 24 jam pegang telefon bimbit, bila mak ayah suruh tolong buat kerja
sikit, “ jap mak..jap ayah..”.. sedar-sedar lah diri tu sikit.. bahagia yang tu
ke yang kau cakap?. Kalau aku, tu bukan bahagia..kau cakap nak ada boyfriend
girlfriend sebab nak isi kekosongan hati.. lagi skali LOL.. kau tahu
tak..semakin kau ade pakwe makwe korang tu,..semakin lah kosong jiwa
korang..bila dia tinggalkan kan kau..baru lah kau rasa..sebenarnya..kekosongan
tu…tak akan terisi melainkan dengan kau cari apa itu kasih sayang Allah.. cari
lah hiburan sebanyak mana..at last kau akan rasa kau bersendirian.. sebab?.. Cuma
Allah yang sentiasa ada untuk hambanya.. tak malu ke kita bila 24 jam bercintan
cintun, sedang Allah sentiasa melihat kita.. tapi bila kita kena tinggalkan
buah hati, baru lah nak cari Allah.. malu rasa hati..tapi tu lah fitrah
manusia..terlalu inginkan hiburan..eh kau ingat kau noble sngat ke?.
haishh..tak lah..aku pun pernah terlibat dengan cintan cintun ni..tipulah kan
kalau aku langsung tak de keinginan untuk disayangai orang lain..tapi aku tersedar,
cinta kita dengan ajnabi tu bukanlah membawa bahagia..tapi membawa kedukaan
dihati..tenang tu susah sangat nak diraih.. kecewa,merajuk, sedih.. tak..aku
cepat cepat cakap kat diri aku.. bukan ini yang aku cari..bukan ini..biar
selepas ini aku dibenci si dia..tapi aku perlu bebaskan diri dari kebahagiaan
yang aku cipta sendiri ini.. biar bila cinta ilahi mengetuk jiwa aku, aku tak
lagi sibuk dengan cinta aku dengan manusia ciptaannya..dan sekarang..aku dah
buat keputusan..biar jalan ku selepas ini, hanya lah untuk mencari redha Nya..
cinta insan bernama lelaki tu biarlah aku pause dulu.. mungkin bila tiba
masanya nanti, dengan kehadiran seseorang yang halal bagi ku, seseorang yang
betul2 boleh mengimami ku didunia dan jua akhirat, masa itu barulah aku akan
cukup bersedia menerima cinta yang diredha Allah.. aku tak kesal dengan
keputusan aku..sebab..bahagia itu..adalah kita mensyukuri apa yang dikurniakan
oleh Allah..Bahagia adalah bila kita kenal tuhan..bahagia adalah bila kita
membahagiakan orang lain.. biar cita cita untuk Berjaya dengan islam itu
tercapai dulu.. biarlah senyuman2 mereka yang telah membuat aku membesar dengan
senyuman ini sentiasa mekar dengan kehadiran aku.. biarkan aku buktikan sesuatu
dalam hidup aku dahulu..sebelum aku membazirkannya dengan cinta2 palsu..haaaaa..sekarang
tahu kan apa maksud bahagia dari pandangan aku..so,tepuk dada Tanya hati..ketuk
jiwa Tanya iman.. wassalam
a slave of Allah..a student in a university, a daughter for my parents..fragile?. never..
Tuesday, 30 June 2015
Monday, 29 June 2015
Jangan jadi lemah!..
Assalamualaikum
Beberapa bulan yang lepas, aku decide untuk keluar cuci mata sambil2 beli barang keperluan. sedang aku berjalan menuju ke
salah satu pusat membeli belah dibandar muar bersama keluarga tiba tiba mata
tertumpu pada satu tubuh yang sedang berbaring ditepi jalan dan betul2 ditepi
longkang besar. Hati aku tertanya tanya, pengsankah orang itu?.Kelihatan orang
ramai juga berhenti untuk melihat pemuda tersebut. Beberapa orang lelaki cuba
mendekatinya. Tiba tiba lelaki yang sedang berbaring itu tersedar dari
pengsannya dan termuntah. Rupa rupanya lelaki tersebut berada dalam keadaan
mabuk. Nauzubillah. Lelaki itu berbangsa melayu dan islam ikut firasat aku.
Istighfar berkali kali aku melihat keadaannya. Sedih dengan keadaannya?.
Huh..aku lebih sedihkan dengan pandangan bangsa lain dan juga agama lain
terhadap pemuda tersebut. Aku sebagai seorang yang sebangsa dengannya terasa
malu yang teramat. Terasa maruah sedang dihenyak. Terasa islam sedang dihina
oleh penganut agama lain. Aku boleh melihat diwajah mereka2.. pastinya mereka
memandang rendah pada agama yang sedang kita sanjung tinggi. Kadang2 aku
terfikir.. tidak malukah pemuda itu?. Bagaimana dia mampu melihat kehadapan
sedang masyarakat sedang mencacinya?. Pemuda beginikah yang kita harapkan untuk
membangunkan ketamadunan islam?. Dirinya sahaja tidak mampu diurus dengan baik.
Tiba tiba aku rasa sebak.. sedang kita terpusu pusu membela saudara kita yang
diseksa diluar sana, masih lagi wujud manusia2 seperti ini yang rela maruah
dirinya dipijak. Remaja sekarang masih lagi dalam mimpi2 indah mereka. Dibuai
keseronokan dan hiburan. Allah..sebak rasa hati.. sedih dengan lemahnya pemuda2
kini.. kurang jati diri mereka. Teringat beberapa bulan lepas sedang aku
memberhentikan kereta yang aku pandu dipersimpangan. Tiba tiba lalu dihadapanku
dua orang kanak kanak lelaki menaiki motosikal dengan tidak memakai topi
keledar. Namun bukan itu yang ingin aku perkatakan. Ditangan mereka tergenggam
kemas sebatang rokok. Dengan bangganya rokok tersebut dihisap dan asap
berkepulan keluar dari hidung dan mulut mereka. Rambut mereka diwarnakan. Terkejut
aku melihat keadaan mereka. Aku tertanya Tanya. Salah didikan dari ibu
bapakah?. Atau pengaruh kawan2kah?. Atau diri sendiri?. Kanak kanak yang
sepatutnya terdidik dengan nilai nilai murni, tapi keadaan mereka sangat
mengecewakan. Bagaimanakah pemuda2 ini akan menjadi pemimpin suatu hari nanti?.
Jadi pemimpin keluarga sahaja tidak tentu lagi mereka bisa. Siapakah yang akan
membela nasib islam?. Kita..kita generasi muda..jangan harapkan pada orang
lain. Bangunlah dari mimpi2 kita.. sedang ummat diluar sana bergadai nyawa,
tega kah kita bergolek golek diatas katil sambil melayari laman sosial, scroll
facebook, istagram..retweet twitter.. jangan jadi lemah. Jangan jadi tunggul.
Sedarlah,kita lah yang suatu hari nanti yang diharapkan untuk membagunkan semula
maruah kita yang telah jatuh. Bangkit lah.. andai kita tak mampu berperang
bertumpah darah, malah sumbangan dana juga tidak mampu,..mula lah dengan jihad
menuntut ilmu. Dengan ilmu itulah kita akan memperjuangkan bangsa dan agama
kita.. tekadkan dalam hati.. segala jihad ini hanya lah kerana Allah.. semoga
Allah redha.. kita lah bakal pembangun bangsa..kitalah pembela islam..jangan
lemah..teguhkan jiwa..Allah bersama hambanya yang mencari redhanya..in shaa
Allah.. wassalam
Sunday, 28 June 2015
kawan???...
Assalamualaikum
Hari ni aku nak bercerita perihal ‘kawan’ atau sahabat,teman
atau apa-apa je lah yang korang gelar membe2 korang tu..sahabat berdasarkan
dari kamus dewan bermaksud ‘teman..kawan atau rakan-rakan’..…. Aku tak dapat
maksud yang jelas dari kamus dewan.. kalau berdasarkan online free
dictionary..friend bermaksud, “ a person whom one knows, likes and trusts”..dari
Urban Dictionary pula, friend bermaksud, “someone who has touched your heart
and will stay there..”
Siapa yang rasa dia tak perlukan kawan?. Angkat tangan
plisssss.. aku nak tengok siapa hamba Allah yang sado boleh hidup tanpa kawan
tu.. semenjak dua menjak ni aku selalu terdengar-dengar cerita pasal masalah2
dari kawan2 yang berkaitan kawan…ada yang tak puas hati dengan kawan rapat
la..kawan sekelas..kawan sebilik.. kawan sekolah dulu..kawan lama.. bagi aku,
masalah atau perselisihan faham antara kita dan kawan2 ni perkara biasa..tak
best pula kan kalau asyik baik je..huhu..Cuma.. sama ada kita ambil perkara ni dengan fikiran positive
ataupun negative.. setiap orang ada sifat yang berbeza-beza.. aku bagi contoh,
dalam satu kelas..atau satu organisasi,. Ada sorang ni tersangatlah aktif, ada
pula yang pasif..ada yang banyak mulut..ada yang pendiam..ada yang pentingkan
diri sendiri..ada yang baik hati..ada yang lemah lembut.. ada yang kasar..ada
yang suka bersendirian..ada yang suka bergaul dan bersosial.. kalau ikut
logiknya.. dengan variasi sikap2 ni..memang susah kan kita nak unite kan
makhluk2 ni.. tapi..ada satu cara yang mampu mengurangkan jurang
tu..iaitu..menerima kekurangan dan kelebihan satu sama lain dan bertolak
ansur.. tipulah kalau aku cakap aku langsung tak ada masalah dengan kawan2..
tapi aku ni jenis yang tak suka panjang2kan cerita..kalau ada masalah dan
berpunca dari aku, aku akan minta maaf.. dan kalau berpunca dari dia,. Bila dia
minta maaf, aku maafkan then kawan lah macam biasa…tapi kalau dia memang tak mengaku
kesalahan sendiri dan tak nak berkawan dengan aku, aku memang tak
kesah..pergilah main jauh2..asalkan dia tak kacau hidup aku..*hahahaha* kadang2
memang lah payah nak terima kekurangan orang lain..tapikan..ada satu masa ni
kan,korang akan rasa dia lah hero korang *overlah tu..haha* tapi serius aku
cakap..kita akan memerlukan satu sama lain..haaaaaa..lagi satu, hormat kawan
kita..kita dan dia mungkin ada pandangan yang berbeza..apa kata kita dengar apa
kata dia..dan kita terangkan apa pula pandangan kita..jangan lah cepat sangat
nak bertelingkah..semua masalah ada penyelesaian..lagi satu..kalau kadang2 rasa
macam..haishhhhh..geramnya dengan dia tu..selalu je lain cita rasa dengan
aku..ermmm..apa kata korang carilah satu titik persamaan antara korang..jangan
dicari salah kawan korang je.. jangan sesekali terlalu obsess dalam berkawan..
seperti mana seseorang pernah berpesan pada aku, kalau berkawan ni, jangan
terlalu rapat.. nanti bila ada je yang tak kena, kau akan berperang besar
dengan dia.. erm.. mula2 aku tak percaya..tapi at last, memang betul pun kata2
dia.. kalau berkawan ni pun, mestilah berpada-pada..sebab nanti bila tiba masa
kalau akan ada rasa benci pada dia, at least kau akan benci pun berpada-pada..
jangan terlalu bersungguh dalam berkawan..takut nanti korang akan bersungguh
juga bencikan dia..akhir kata dari aku, hargailah kawan2 korang..bukan senang
nak cari orang yang ikhlas kawan dengan kita.. once kita dah buat mereka
terluka..susah kita nak kembalikan kepercayaan dia kepada kita..walaupun kawan
yang baik dan ikhlas tu susah dicari..tapi yakinlah pasti ada mungkin sorang
dua yang betul2 ikhlas dengan kita.. yang penting banyakkan berdoa pada Allah
supaya kita didekatkan dengan sahabat2 yang dekat hatinya pada Allah..sebab
kawan yang baik tu adalah kawan yang bila kita dengannya, mengingatkan kita
pada Allah.. wallahu a’lam..
Saturday, 27 June 2015
Aku Dia dan Semalam..
![]() |
Biarlah kekecewaan semalam terbenam bersama terbenamnya mentari hari ini. |
Suasana petang itu dipantai cahaya agak mendung..angin
bertiup kuat dari arah laut. Ombak kelihatan berlumba lumba memukul pantai.
Insyi melemparkan pandangannya jauh ke tengah laut.. warna kebiruan laut
mendamaikan hatinya.. sedang menikmati keindahan alam itu.. dirasakan rintikan
hujan telahpun jatuh sedikit demi sedikit membasahi tubuh nya.. langkah dibuka
cepat,berlari lari anak kearah salah sebuah restoran yang terletak berhampiran
tempatnya berdiri tadi. Kelihatan orang ramai yang tadinya asyik bermandi manda
juga berlari kearah tempat berbumbung untuk berteduh. Insyi mengambil tempat
disalah satu meja didalam restoran tersebut. Matanya tidak lepas memerhatikan
seorang kanak kanak yang merengek rengek kepada ibu dan ayah nya supaya dibawa
mandi semula dipantai.namun tidak diendahkan oleh kedua ibubapanya..cuaca
seperti ini amat bahaya jika bermandi manda dipantai..takut dibawa ombak
ketengah laut..
“cik, sudah order?” lamunan insyi terhenti. Seorang pelayan
lelaki berdiri betul-betul berdekatan mejanya.
“bagi saya jus oren satu ya”. Balas insyi sambail tersenyum.
Setelah pelayan itu berlalu pergi, matanya kembali kearah meja yang diduduk
oleh kanak-kanak tadi bersama ibubapanya. Namun mereka tidak lagi berada
disitu.. “sudah pulang agak agaknya”. Bisik hati insyi. Matanya kembali melihat ke skrin telefon
bimbitnya. Perutnya terasa tidak selesa. Baru sahaja dia bangun dari tempat
duduk dan berpaling ke belakang,
BUMMMPPPP!. Telefon bimbit yang dipegang insyi terjatuh ke
lantai. Kelihatan beberapa helai kertai dan fail juga bertaburan diatas lantai.
Tanpa disedari insyi telah melanggar seseorang yang sedang berjalan
dibelakangnya ketika dia mahu berdiri dan menoleh kebelakang untuk ke tandas.
“maaf ya..saya tak sengaja. Tak perasan awak ada
dibelakang”. Insyi meminta maaf dengan suara yang penuh serba salah.
“eh..tak apa..” jawab wanita tersebut smbil mengutip semula
kertas dan fail milik nya yang bertaburan dilantai.
“insyi”. Sapa insyi sambil menghulurkan tangan untuk
bersalaman.
“Su..”jawab wanita tersebut menyambut huluran tangan insyi.
Tiba tiba wajah insyi berubah. “Su..”..suara insyi
kedengaran perlahan.. “Intan Suhaila kan?” sambung insyi lagi.
“ye saya..” jawab Su. “eh.. insyi.. ya Allah.. dah lamanya
kita tak berjumpa”. Su menjawab setelah lama menenung wajah insyi. Kali ini
tubuh insyi dipeluk erat.
“rindunya..bertahun saya tunggu awak..kemana awak
menghilang?” suara Su sebak. Tidak disangka rakan yang telah bertahun tahun
tidak ditemuinya itu sedang berdiri dihadapan matanya.
“saya tak menghilang pun..Cuma keadaan memaksa saya pergi
jauh dari bumi Malaysia..lagi pun keluarga saya ada di sana.”. balas insyi
perlahan.
Kenangan lima tahun lepas kini bermain di mata.
Malam itu insyi bergaduh besar dengan Su dek kerana Su asyik
membebeli sikap insyi yang tidak endah akan peperiksaan yang bakal dihadapinya
lusa. Sebagai sahabat merangkap teman sebilik insyi, Su tidak mahu kawannya itu
terus hanyut dan lalai dalam hiburan
yang disanjunginya itu. Su tahu keluarga insyi berkemampuan untuk menghantar insyi
kemana mana sahaja kolej swasta jika kali ini insyi gagal dalam
peperiksaannya.. namun dia tidak mahu rakannya itu gagal dalam peperiksaannya
kali ini.. selepas menghentak pintu bilik dengan kuatnya, insyi terus berjalan
laju kearah lif untuk turun ke bawah. Haziq telahpun menanti nya dibawah. Malam
itu dia mahu enjoy sepuasnya. Kepalanya tidak mampu lagi stress memikirkan hal
pelajaran.
Su kerisauan menanti insyi dibilik.. jam sudahpun
menunjukkan 4 pagi..pintu bilik masih lagi tertutup rapi. Berjalan Su perlahan munuju ke bilik wuduk
dan segera mendirikan solat sunat. Usai solat dia berdoa agar insyi berada
dibawah jagaan Allah walau dimana dia berada.
Jarum Jam diatas meja belajar Su telahpun menunjukkan tepat
jam 1 petang. Kedengaran pintu bilik dikuak perlahan.
“insyi kah itu?. “ tegur Su..namun tiada balasan. Su berdiri
dan menuju ke ruangan bilik insyi.
Kelihatan insyi sedang berbaring di atas katil dan matanya tertutup. Tidak mahu
diganggu temannya itu. Penat agaknya. Su kembali ke ruangannya. Buku buku diatas
meja ditarik dan dibelek.
Keesokan harinya Su sudah bersiap seawal jam 8 pagi untuk ke
dewan peperiksaan. Suis lampu dan kipas bilik ditutup. Kakinya laju berjalan kearah ruangan insyi.
“insyi, awak dah siap ke?. jom pergi ke dewan peperiksaan
bersama sama”. Ajak Su lembut bila melihat insyi sedang mengenakan tudung
dikepalanya.
“kau pergi je lah dulu.. tak payah tunggu aku”. Balas insyi
dingin tanpa memandang kearah Su.
Su kemudiaannya akur lalu beransur keluar dari bilik menuju ke
dewan peperiksaan.
Pagi itu pelajar pelajar sudah pun bersedia dimeja
masing-masing untuk menjawab
peperiksaan. Exam pagi ini mengambil masa 3 jam. Setelah diberi kebenaran untuk
memulakan menjawab, para pelajar kian focus berfikir dan menulis diatas kertas
jawapan. Suasana sunyi sepi didalam dewan. Satu jam telahpun berlalu. Tiba
tiba,
“awak boleh keluar dari dewan peperiksaan sekarang dan
tinggalkan kertas soalan dan jawapan diatas meja”. Su terkejut dari focus nya.
Ditoleh kebelakang. Kelihatan insyi berjalan dari arah belakang sambil airmata
yang berlinangan. Lidah Su kaku. Matanya hanya mampu menghantar kelibat insyi
keluar dari dewan peperiksaan.
“Allah..apakah dugaan mu kali ini ya Allah”. Su beristighfar
panjang. Kedengaran suara pengawas peperiksaan memberikan arahan dari hadapan
dewan peperiksaan. "Sesiapa yang didapati meniru didalam peperiksaan akan dirampas
kertas oleh pihak universiti dan hukuman berat akan dikenakan.”.
Ketika itu semua pelajar berada dalam keadaan tertanya-tanya
dan terkejut.
Namun begitu orang yang paling terkejut adalah Su. Perkara
itu berlaku kepada teman baiknya. Su memaksakan dirinya kembali focus semula
untuk menjawab peperiksaan tersebut. Sejak dari hari itu, Su tidak lagi betemu
dengan insyi.
“Su…” ..lamunan Su terhenti. Dia kembali ke alam nyata.
Insyi sedang tersenyum memandangnya.
“Su buat apa sekarang?. Su sudah
berkeluarga kah?.”Tanya insyi apabila mereka berdua sudah mengambil tempat
duduk di atas bangku berdekatan tepi pantai setelah hujan reda
.
Su tergelak kecil. “berkeluarga?. Su masih muda lagi la..baru
27”. Kini gelak mereka kedengaran.
“eh..dah tua tau dah 27.” Balas insyi.
“insyi hilang kemana selama ni?” tiba tiba Su menyuarakan
juga pertanyaan itu yang sudah lama disimpannya.
“selepas apa yang terjadi masa hari peperiksaan tu, saya
kembali ke kuala lumpur. Mama hantar saya ke Melbourne untuk sambung pelajaran
di sana.. dikolej swasta. Lagi pun keluarga belah ayah saya ada disana. Namun
begitu saya bawa perangai sama ke sana. Saya tak habiskan pembelajaran saya
disana dan setelah setahun, ayah nikahkan saya dengan anak kawan ayah, zarith.
Ketika itu zarith bekerja disyarikat dimana ayah bekerja. Namun tak sampai dua
tahun, kami bercerai kerana ketidaksefahaman. Enam bulan selepas penceraian
kami, ayah meninggal dunia kerana serangan jantung. Mama berpindah dari
Malaysia ke sana. Mama selalu bersedih dengan pemergian ayah. Makan tidak lalu.
Keceriaan mama sudah pergi bersama pemergian ayah. Setahun kemudian mama pergi
mengikut jejak Ayah.. waktu-waktu setelah pemergian mereka adalah masa yang
memeritkan bagi saya. Saya rasa bersendirian dan terpaksa berdikari ditempat
asing itu. Akhirnya hujung tahun lepas saya ambil keputusan untuk pulang ke
Malaysia. Rindu sungguh saya dengan bumi hijau ini.” Insyi bercerita panjang
lebar.
Su memandang jauh kedalam mata insyi. Berat apa yang dilalu
oleh temannya itu.
“Su mesti dah jadi pensyarah kan sekarang macam yang Su
pernah cerita kat insyi yang Su memang bercita cita mahu jadi pensyarah”. Insyi
bersuara bila melihat Su hanya terdiam mendengar ceritanya.
“a’ah..” senyum Su lembut. “Sekarang su jadi pensyarah di
salah sebuah universiti di kuala lumpur.. Tapi sekarang tengah bercuti. Lagi
pun ibu Su tak berapa sihat”.
“ohh..”insyi bangga dengan kejayaan temannya itu. Orang yang
suatu ketika dahulu pernah dicemuhnya sekarang sudah menjadi orang yang hebat.
“insyi, marilah menginap dirumah Su dalam beberapa hari,
lagipun dirumah hanya ada Su dan ibu saje”. Ajak Su bersungguh.
Insyi agak berkira-kira namun diikutkan sahaja ajakan Su dek
kerana dia pun hanya bersendirian dirumah milik keluarganya. Ramadhan juga bakal
tiba dalam sehari dua ini. Lebih baik dimanfaatkan bersama Su dan ibunya.
Kereta vios merah milik insyi diberhentikan betul betul
dihadapan sebuah rumah papan dua tingkat milik Su. Kelihatan seorang wanita
separuh abad sedang duduk di tangga sambil tersenyum kearah insyi dan Su.
“ohh..ini lah insyi yang disebut-sebut Su. Cantik orangnya”.
Senyum mak zah apabila insyi mendekatinya untuk bersalaman. “iya mak cik, nama Nurul
Fatin insyirah. Panggil insyi je”. Jawab insyi lembut.Tangan mak zah dicium.
Airmata insyi berguguran. Rindu yang teramat pada mama nya. Dia jarang sekali
mencium tangan mama sewaktu mama masih ada. Egonya terlalu tinggi. Ada sahaja
yang ingin dibalahnya. Jika waktu cuti, tidak pernah dia lekat dirumah..malah
membantu mama dirumah juga tidak pernah. Insyi anak tunggal keluarga Encik Yusoff
Abdullah dan Puan izati. Apa sahaja diiingini pasti dituruti.
“tak payah la makcik
makcik..panggil je ibu.” Senyum mak zah.
“baiklah ibu zah”….
Su membawa insyi masuk kebiliknya. Sehelai kain batik dan
t-shirt dihulur. Insyi memandang kearah kain batik tersebut.
“saya tak pandai pakai ni”. insyi bersuara sambil memegang
kain batik tersebut.
“tak apa..saya ajarkan eh cara nak pakai. Perempuan melayu
kena lah biasakan pakai kain batik.baru Nampak macam perempuan melayu
terakhir”. Gelak Su apabila melihat dahi insyi berkerut sedikit.
Usai solat isyak berjemaah bersama su dan mak zah, mereka
berbual bual di beranda rumah sambil minum air kopi yang dibancuh oleh Su.
Insyi menyuarakan kekesalan akan perbuatannya dahulu. Namun mak zah memberikan
nasihat agar insyi tetap tabah menjalani hidup..perjalanan hidupnya masih
panjang. Mak zah dan Su sedia berada disisi insyi jika diperlukan. Malam itu
insyi ketiduran di riba mak zah. Mak zah faham akan apa yang dilalui oleh
insyi. Berat baginya yang masih mencari cari apa itu ketenangan dan
kebahagiaan. Wajah Su dipandang. Su yang duduk berdekatan mak zah bergerak
sedikit kearah ibunya itu. Kepala dilentokkan ke bahu ibunya.
“su tak sangka ibu”. Suara kecil su kedengaran.
“apa yang dilalui insyi berat.. ujian baginya.. kita sebagai
orang yang dekat dengannya perlu beri sokongan supaya dia tetap kuat dan tak
merasa bersendirian.
“insyi..ohh..insyi..bagun2..sahur”. kedengaran suara su dari
arah pintu bilik. Perlahan lahan insyi bingkas dari tidurnya. Setelah mencuci
muka, dia berjalan kearah dapur. Kelihatan dua tiga jenis lauk pauk sudah
tersedia diatas meja. Insyi mengambil tempat disisi su.
“ini je insyi yang ada untuk bersahur”. Mak zah bersuara sambil
memandang insyi yang asyik memandang lauk yang dihidang diatas meja.
“ni lauk apa ibu zah?.” Soal insyi. Sepanjang hidupnya tidak
pernah dia menjamah lauk seperti itu.
“lauk kampong je insyi, pucuk ubi masak lemak, sambal
belacan,dan ikan masin. Nanti berbuka ibu masakkan lauk yang sedap sedap ya?.”.
jawab ibu zah sambil tersenyum.
Tiba tiba hati insyi menjadi sebak, teringat lagi dahulu ketika
tahun pertama di universiti. Ketika itu dia baru sahaja ditempatkan sebilik
dengan Su. Su jarang pulang ke rumah kecuali cuti panjang, jadi jika ada
kesempatan untuk pulang,memang Su akan bawakan makanan dari kampong. Namun tak
pernah dijamah oleh insyi. Malah dia
mencemuh makanan kampong dengan mengatakan bahawa makanan kampong seperti ulam-ulaman
hanya layak di makan lembu dan kambing. Malah dia juga pernah mengatakan bahawa
bau ikan masin itu membuat dia ingin termuntah. Insyi sudah terbiasa bermewah
mewah. Makan yang sedap-sedap.
“maafkan insyi Su, ibu zah”. Tiba tiba suara insyi
kedengaran. “selama ni memang insyi tak pernah bersyukur dengan nikmat yang
Allah dah bagi kat insyi..insyi selalu je merungut. Yang insyi tahu, semua yang
insyi nak, semua insyi dapat.”sambung insyi dengan mata sudahpun berkaca.
“sudahlah insyi, jangan menangis depan rezeki.” Mak zah
berusaha meredakan keadaan.
“insyi..saya tak pernah makan hati dengan kata kata awak
dulu. Saya tak kesah. Saya faham keadaan awak. Siapa awak dulu tu tak penting
pun, yang penting siapa awak sekarang. Saya dan ibu ada untuk awak.. yang
penting Allah sentiasa ada untuk Awak.. carilah Allah.. ketengangan tu ada
dengan mengingatinya.”.
“terima kasih Su, ibu zah”. Insyi kembali tersenyum. Mereka
sambung kembali menikmati juadah sahur mereka.
Petang itu,Sebelum bergerak ke Bandar untuk membeli makanan
di bazar ramadhan, Su mengajak insyi
untuk berjalan jalan sebentar dikawasan kampungnya. Insyi mencapai baju t-shirt lengan panjang
longgar miliknya dan dan mengenakan seluar jeans biru. Ringkas sahaja penampilan
insyi. Baru sahaja kakinya ingin melangkah keluar dari bilik, Su muncul di muka
pintu.
“nah..pakai lah..Su punya”. Su menghulurkan sehelai
selendang berwarna biru tua.
Selendang itu dicapai insyi. Sudah lama dia tidak berhijab.
Semenjak dia berhijrah keluar Negara. Perlahan lahan selendang itu di kenakan
dikepalanya. Sebak hatinya. Teringat akan mama. Mama lah orang pertama yang
memakaikannya tudung. Ketika itu dia darjah dua. Seminggu dia merengek rengek
tidak mahu bertudung ke sekolah. Namun perlahan lahan dipujuk oleh mamanya.
Akhirnya. Dia selesa bertudung.
Cuaca redup membuatkan Su dan insyi senang berjalan kaki
dikawasan kampong Su. Kelihatan kanak kanak berbasikal saling berlumba-lumba
memintas antara satu sama lain. Su beritahu bahawa kanak kanak kampungnya
kebanyakan akan pergi belajar alquran di rumah haji said selepas pulang
sekolah. Su juga salah seorang pelajar didikan haji said. Su membawa insyi ke
kawasan perhentian nelayan. Rumah su berdekatan dengan pantai. Hanya mengambil
15 minit jika berjalan kaki.
“kat sini lah dulu Su selalu tunggu abah su balik dari laut
bawa hasil tangkapan ikan dan udang.” Su berjalan perlahan menuju pondok yang
menempatkan beberapa biji bot.
Insyi hanya diam mendengarkan cerita su. “ kalau insyi nak
tahu, ayah su meninggal semasa keluar kelaut menangkap ikan.Masa tu Su
tingkatan dua. Kawan ayah, pakcik Hassan datang kesekolah. Masa tu Su tak jangka pertemuan Su dengan
abah pagi tu adalah yang terakhir. Laut bergelora. Bot abah su dilambung ombak
besar. Abah hilang dilautan. Masa tu Su rasa laut tu kejam. Sebab bawa abah su
pergi dari Su. Walaupun jasad abah dah ditemui dan dikebumikan, Su tetap juga
tunggu abah di jeti setiap petang. Tapi abah tak balik-balik juga. Ibu adalah
orang yang paling terpukul dengan pemergian abah. Tapi ibu kuat. Ibu tak pernah
menangis nangis dihadapan Su. Ibu cakap, Allah lagi sayangkan abah. Abah tunggu
kami di syurga. Sejak itu, Su selalu berharap dan berusaha jadi hamba yang terbaik,
anak yang solehah..supaya Su boleh bertemu abah disyurga.” Airmata su sudahpun
tumpah membasahi pipinya. Insyi memeluk bahu Su. Sepanjang berkawan dengan su,
dia tahu Su sudah kehilangan bapanya. Namun tidak pernah pula insyi menanyakan
sebab kematian bapa Su.
“kesusahan dah banyak ajar Su erti hidup, insyi. Su belajar
berdikari. Su tak nak susahkan ibu. Setiap kali Su pegang dan cium tangan ibu
ketika mahu berangkat kesekolah, Su dapat rasakan telapak tangan ibu kasar. Ibu
kerja keras untuk menyara Su dan adik aiman. Bila Su naik tingkatan empat, Su
dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh. Tapi su cepat-cepat sorokkan surat
tawaran tu..Su tak nak ibu susah cari duit untuk Su masuk kesekolah tu. Tiba
dipertengahan tingkatan empat, su bekerja sambilan semasa hujung minggu. Cari
duit tambahan. Nak masuk ke universiti banyak belanjanya. Namun sampai sekarang
ibu tak tahu pun su kerja sambilan ketika sekolah dulu. Kalau ibu tahu, pasti
ibu tak benarkan. Kadang kadang ada je rasa nak give up. Tapi bila tengok wajah
ibu, semangat Su nak Berjaya terus membara-bara. Nasib kami perlu diubah”. Su
menyambung ceritanya.
Kini airmata insyi pula tidak mampu dibendung. Berbeza
sungguh kehidupannya jika dibandingkan dengan su. Insyi tak pernah merasa
susah. Yang ditahunya hanyalah merengek inginkan itu dan ini.
Jam ditangan sudah menunjukkan jam 6 petang. Su mengajak
insyi kebandar. Sedang asyik mata melilau melihat makanan yang beraneka, datang
seorang lelaki menghampiri mereka. Lelaki itu kelihatan seorang yang
berpendidikan. Su kelihatan rancak berbicara dengan lelaki tersebut. Setelah meminta
izin beredar, lelaki tersebut berjalan kearah keretanya meninggalkan Su dan
insyi yang masih membeli makanan di salah sebuah gerai disitu.
“siapa lelaki tadi tu Su?” Tanya insyi kehairanan. Jarang Su
kelihatan begitu mesra dengan lelaki tambahan lagi lelaki itu nampak seperti
sebaya mereka.
“itu Syafiq, tunang Su. Insyaa Allah tahun depan kami nikah.
Syafiq juga adalah salah seorang pensyarah ditempat Su bekerja”. Jawab Su
sambil tersenyum.
“ohh..kenapa Su tak bagitahu insyi Su nak nikah dah?. Sampai
hati”. Insyi menjuihkan bibirnya.
“hehe..bukan tak nak bagitahu..tapi ini baru dalam
perancangan. Memang Su nak bagitahu insyi bila tiba masa sesuai.” Su tergelak
kecil melihat gelagat insyi.
“memang benarlah, lelaki yang baik hanya untuk perempuan
yang baik dan sebaliknya.Syafiq kelihatan pemuda yang baik. Lemah lembut. Malah
sesuai dengan insyi yang cantik dan lembut”. Bisik hati kecil insyi.
Sepanjang dua minggu
insyi dikampung Su, banyak benda yang dipelajarinya. Baik hal agama mahupun
urusan kehidupannya. Malam itu selepas solat terawih, mak zah terus masuk
kebilik. Lagipun keadaan kesihatannya yang kurang baik menyebabkan dia cepat
lelah. Su juga sudah terlelap di kerusi di ruang tamu. “penat agaknya” bisik
hati insyi. Otaknya kini sedang memikirkan bagai mana caranya dia mahu
memberitahu bahawa dia perlu pulang ke Melbourne untuk menguruskan perusahaan
ayahnya disana. Zarith memberitahu bahawa syarikat menghadapi masalah.
Kakinya digerakkan kearah bilik. Beg bagasi dikeluarkan dari
bawah katil milik Su yang tersadai sejak dia menginap dirumah Su dua minggu
lalu. Perlahan lahan bajunya dikemaskan. Tidak mahu ibu za dan dan Su terjaga
dari tidur mereka.
Selepas solat subuh pagi itu, insyi menyatakan hasratnya
untuk berangkat ke lapangan terbang petang itu. Penerbangannya pada sebelah
malam. Ibu zah kelihatan berat hati ingin melepaskan insyi pergi, namun setelah
meyakinkan bahawa jika urusannya selesai, dia akan kembali ke menemui mak zah,
mak zah akhirnya membenarkan juga. Dipesan kepada insyi agar pandai pandai
menjaga diri ditempat orang.
Petang itu selepas solat asar, insyi berangkat ke lapangan
terbang KLIA dengan ditemani Su. Walaupun sudah dihalang insyi untuk
menghantarnya, Su tetap juga mahu mengiringi keberangkatan insyi. Sebelum berpisah,
Su sempat memberikan senaskah alquran beserta terjemahan miliknya kepada insyi.
Tubuh insyi dipeluk erat. Airmata mengalir dipipi insyi mahupun su.
“Su, in Shaa Allah panjang umur kita jumpa lagi ya..mungkin
sebelum ni insyi tak pernah hargai kehadiran Su dalam hidup insyi, tapi
sekarang Su lah sahabat dan orang yang terpenting dalam hidup insyi..sama juga
seperti ibu zah.” Insyi memeluk erat tubuh Su. “insyi sayang Su kerana Allah”.
“kalau Su tak berkesempatan bertemu insyi didunia, Su nak
jumpa insyi di syurga Allah ya..” balas Su sambil memandang insyi. Insyi mengangguk sambil tersenyum. “in shaa
Allah”…..
Selepas bersalaman, insyi berjalan perlahan menuju ke balai pelepasan.
Insyi tersenyum sambil melambai-lambai kearah Su. Lambaian Su menghantar
keberangkatan insyi hingga kelibatnya hilang dari pandangan.
-TAMAT-
Akhir kata..yakinlah janji Allah itu pasti..manusia diuji
Allah dengan ujian berbeza beza.. namun tujuan nya tetap sama.. untuk menguji
siapa yang beriman dan siapa yang kufur..
seperti firman Allah dalam surah Al anbia’ ayat 35:
“dan kami menguji kamu
dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada kami lah kamu semua
akan dikembalikan”
Malah Allah juga berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286:
“Allah tidak memberi
kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya”
nukilan:Amira Ramlee -miraLee-misznerd-slaveOfAllah-
Friday, 26 June 2015
Agar agar milo handmade mira~
Yeah..misi ramadhan mira bermula!. Misi apa tu? Misi nak
belajar memasak.. target aku sehari mesti aku Berjaya masak 1 masakan.. ramadhan ke-9 baru sempat memasak..sebab sebelum ni aku kerja part time..so sibuk sikit..balik malam..berbuka pun kat tempat kerja..*alasan je lebih* hahaha..
hari ni
aku Berjaya buat agar2 milo..nampak simple je.. tapi bagi aku ianya 1 permulaan
yang besar..haha.. persembahkannnn agar2 milo miayaki chan! Ahaks
Cara nak buat agar2 ni senang je..
Bahan2 yang perlu ada:
-1 paket agar2
-setengah tin susu pekat
-serbuk milo
-1 cawan air panas
-secukup rasa 1.5 liter air
Cara2 nya:
-campurkan milo dan
susu bersama air panas, kacau sebati..dan ketepikan dahulu
-rebus agar-agarbersama 1.5 liter air sehingga mendidih dan
masak
-kemudian masukkan bancuhan milo dan susu yang diasingkan
tadi ke dalam agar-agar dan kacau sebati.
-boleh lah tambah gula kalau rasa2 macam tak cukup manis
-gaul rata sehingga mendidih dan kecilkan api
-setelah agar-agar sudah betul betul masak, tutp api dan
biarkan dlam 30 minit
- kemudian boleh la bekukan didalam peti sejuk..bila dah
betul betul beku, boleh la makan!
Haaaaa..senang je kan..hahaha..tapi mak cakap tekstur agar agar aku ni x pejal sangat..sepatutnya kena biarkan mendidih lama sikit baru matikan api..okay noted!..haha..next kita buat masakan lain
pula okay..wassalam
Thursday, 25 June 2015
life in iium kuantan~
Assalamualaikum..
Jeng jeng jeng!..mahallah Fatimah azzahra’ (mahallah sisters) yang menjadi kebanggaan..haha.. ni pandangan dari mahallah Khalid al-walid (mahallah brothers). Nampak cantik kan..mahallah Fatimah ni ada 9 tingkat..so kalau lif rosak, memang kuruih la kami.. kebiasaannya junior2 ni memang akan dicampak ketingkat paling atas.. so bersedia je lah k..haha.. kekakak senior ni diorang duduk level2 bawah sikit.. orang lama lah katakan.. kahkahkah..
Okay..gambar ni dekat depan 0CD. Ape tu OCD?. Atau nama panjangnya, office of campus director. Ni hari pertama aku jejakkan kaki di bumi uia kuantan..ceewwahhh..haha..first time teruja jugak dengan uia kuantan nih.. sebab bangunan dia besar2 dan cantik2.. haaaa.. yang atas tu memang dress code masa taaruf week atau minggu orientasi. So selama seminggu tu memang berkampung lah kitorang kat OCD tuh..
Sebelum habis taaruf week kita amik gamba dulu okay.. haha.. uia lah sangat.. skema je semua.. btw yang gamba atas tu roomates aku masa asasi dulu.. masa ni belum kenal ramai sangat kawan2.. so kitorang berempat berkepit je la sepanjang taaruf week.
Okay lastttt.. nak show muka happy dah habis taaruf week yang sangat hectic.. and now, officially student uia kuantan.kahkah..
Student tahun pertama kan..so kitorang memang dipaksa join aktiviti2 kuliyyah.. haaa.. yang atas tu activity under kuliyyah allied. Kitorang panggil ‘hurray’ . hurray ni ala2 family day gitu.. yang penting kami excited sebab first time masuk kat sport complex nih.. haha.. sport complex ni terbahagi dua.. indoor dan outdoor.. yang indoor tu ade swimming pool taw..
Swimming pool ni ada jadual.. terbahagi 3.. sisters day, brothers day and staff.. so memang tak akan bercampur lah laki perempuan.. nak swim pun rasa secure..haha
Yang ni pula bangunan medic atau kami panggil, KOM. Bangunan kom ni bangunan tertua kat uia kuantan. Besar.. tapi kalau naik tingkat atas2, agak scary la.. sebab pernah satu hari tu aku sesat sebab nak cari kelas tilawah.. dah sampai tingkat 4.. sunyi je.. x de orang.. nak menangih masa tu.. nasib baik last2 skali jumpa jugak kelas tilawah tu.. nak tergelak pulak bila tringat balik.. haha..
Panas sungguh cuaca di cairo hari ni!.
Muahaha.. bajet2 sikit belaja kat timur tengah.. yang ni pulak view dari depan kom..
Haaaa.. sekarang nak perkenalkan tempat fevered aku kat uia…
Tengok tangga pun dah Nampak gah kan.. haaa..ni lah library uia kuantan campus.
Tu diaaaaa,,student top scorer mariiii..haha.. sorry.. perasan je lebih.. tak top scorer pon.. sebab tu kena struggle study lebih..ni memang spot aku kalau datang library.. sebab kat sini sunyi sikit.. so conducive la nak study.
Sesambil nak jumpa consult lecturer, kita amik gambar dulu..haha.. yang ni kuliyyah pharmacy..
Nampak scary kan..dengan dedaunan kering jatuh..haishh..haha.. ni sebab nak hujan..angin kuat..tu yang banyak daun gugur.. aku jarang ke kuliyyah pharmacy.. so memang gambar ni je yang ada.
Tempat paling conducive nak tertido..haha.. memang tak sah tak tertido kalau ade kelas kat auditorium library nih.. sebab suasana dalam ni romantic sangat.. macam tengok wayang pun ade.. macam mana mata tahan pun, mesti terlelap jugak,,,haha
Court basket ball kesayangan.. yang ni court basket untuk mahallah Fatimah Zahra.. mahallah2 lain pun ada court diorang masing2..
Rasanya tu je lah kot buat masa ni.. lenguh tangan aku menaip..huhu.. kalau nak tengok betapa bestnya uia*kekonon je* Meh la datang uia kuantan.. takpun cecepat apply untuk masuk degree kat uia kuantan ni.. tak rugi insyaa Allah.. uia salah satu university yang aku boleh banggakan sebab environment dia.. uia didik students untuk jadi pelajar yang bukan je belajar belajar dan belajar, tapi mementingkan pengisian jiwa dalam diri pelajar.. dimana student dididik menjadi pemimpin ummah dan bukan hamba peperiksaan semata.. wassalam…
Wednesday, 3 June 2015
sabarlah..
aku tahu ada kekuatan disebalik itu..
senyuman yang terukir itu..
aku tahu caritan caritan penderitaan telahpun menanah dihatimu,
mata itu..
redupnya menggambarkan kau inginkan kebahagiaan..
layunya tubuh itu..
aku tahu kau perlukan pautan,
jalannya kau dengan sasamu..
aku tahu lututmu telahpun menggigil menanti rebah..
lantang suaramu..
aku tahu esakan demi esakan sedang kau tahan dari tumpah,
sabarlah, sukar itu akan datang mudahnya,
pahit akan datang manisnya..
aku tak mampu menghulurkan kekuatan itu..
takut esoknya aku juga akan rapuh,
pautlah pada agungnya cinta pencipta..
aku yakin kau tak akan pernah dikecewakan..:)
-miraLee-misznerd-slave0fAllah
Subscribe to:
Posts (Atom)