Sunday, 17 May 2015

Jam tepat menunjukkan pkul 12 tengah malam dan kaki aku masih lagi menggigil dan tangan menggeletar. Kejadian tadi seolah olah bermain didepan mata. Kerana kesilapan aku memberi arah laluan balik ke uia membuat malam ini malam yang menyusahkan keluarga aku. Kereta yang dipandu kakak hampir je lajak kebelakang melanggar kereta kereta lain dibelakang. Bukit yang kami lalu sangat lah curam sampai kereta tak mampu naik lagi ke atas dan secara tiba tiba kereta mula kebelakang. Insiden beberapa minggu lepas seperti flash back kat depan mata aku. Masa tu hanya aku dan rakan sebilikku anis, jalan pulang dari Bandar kami mengambil keputusan untuk lalu jalan pintas. Walaupun ada sedikit gementar dihati aku untuk memandu dijalan berbukit yang sangat curam, namun ku kuatkan juga semangat. Tiba tiba kereta dihadapan berhenti kerana jalan sesak. Beberapa minit kemudian kereta dihadapan kereta ku mula bergerak sikit demi sedikit. Aku pun menolak gear ke nombor satu dan lepas kan handbreak. Tiba tiba kereta langsung tidak bergerak kehadapan, malah lajak kebelakang. “anisssss!! Macam mana ni!” aku mulai panic. Cepat cepat handbreak aku tarik semula. Kereta dibelakang kelihatan undur ke belakang untuk mengelakkan pelanggaran. Nasibku agak baik kereta Berjaya naik keatas semula. Kali ini, perkara seperti itu terjadi lagi…ya Allah. Cuaca hujan lebat memburukkan lagi keadaan. Kereta langsung tidak boleh digerakkan kehadapan malah terus kebelakang. Jalan semakin sibuk dengan kereta dibahagian belakang dan hadapan. Bunyi geseran tayar kedengaran kuat dari beberapa kereta dari arah depan dan belakang. Masa itu mulutku tak lepas dari menyebut kalimah Allah.. hatiku tak putus meminta agar Allah permudahkan urusan kami. Tiba tiba berhenti sebuah kereta dari arah bertentangan. Alhamdulillah. Kereta yang berhenti tersebut merupakan seorang mekanik. Kereta pengangkut tiba beberapa minit kemudian. Kami dibawa ke bengkel kereta. Selepas memeriksa keadaan kereta, tiada yang bermasalah. Allah..Allah..Allah..sekali lagi aku bersyukur. Setelah membuat bayaran untuk service towing kami segera menuju ke uia. Airmata aku seperti mahu mengalir. Ya Allah…benarlah..hanya tika aku ditimpa bencana dan kesusahan sahaja kalimahmu tak lepas dari meniti dibibir, tapi..tika senang?. Dimanakah Allah dihatiku..Allah..istighfar aku berkali kali..hamba apakah aku..jika di ingatkan semula kedua dua kejadian berlaku tika aku belum lagi menunaikan solat fardhu pada waktu itu. Allah…mengapa aku perlu tunggu teguran dari mu baru aku mahu bersujud.. memikirkan kesusahan yang aku bawa pada kedua ibu bapa ku sekali lagi air mataku ingin mengalir, teringat kejadian minggu lepas yang mana aku ketinggalan bas ke kuantan dek kerana kecuaian ku sendiri. Mak abah sanggup bawa aku kejar semula bas tersebut yang mana kami hampir dilanggar kereta lain dan abah pecut dengan laju yang menakutkan mak yang duduk disebelah. Nasib aku agak baik tika itu kerana bas masih lagi di segamat dan aku sempat menaiki bas tersebut. Teguran demi teguran dari Allah..namun aku masih lagi memandang enteng perkara seperti ini.. hamba seperti apakah aku?. Anak seperti apakah aku?. Membuatkan mak abahku bahagia pun aku tak mampu, sebaliknya menyusahkan mereka. Konon berjanji ingin jadi anak yang terbaik untuk mak abah, namun kata kata hanya tinggal kata kata.. konon mahu berubah menjadi hamba yang dekat dengan pencipta..namun..tiada langkah yang terhasil. Allah…lemahnya aku..hari ini aku merasakan getaran yang kuat dalam jiwa aku.. aku tak mampu lagi menahan tangisan ini..aku tak mampu..jiwa ku meronta..bantulah aku Ya Allah..aku lemah tanpa mu..aku jahil tanpa cahaya dari mu..jangan biarkan aku terkapai kapai dengan angan angan kosong. Jangan biarkan aku lena dengan cinta duniawi.. jangan kau beri padaku cinta cinta insan yang melalaikan diriku..itu semua ibarat penghadang aku dan cahaya mu..mengapa mudah sangat hati ini  mengatakan sayang..mengapa hati ini terlalu rapuh..janganlah kau uji aku dengan sesuatu yang aku tak mampu Ya Allah..bersihkan hati ku dari perkara perkara yang dimurkai oleh mu..bantulah aku untuk menjadi hamba yang diredha mu..hanya denganmu hati dan jiwaku mampu menjadi tenang.. Allah..tuhan yang membolak balikkan hati..tetapkanlah hatiku dalam keimanan..

No comments:

Post a Comment