a slave of Allah..a student in a university, a daughter for my parents..fragile?. never..
Wednesday, 20 May 2015
Menjelang waktu peperiksaan..students mostly mula buat persiapan menghadapi peperiksaan..semangat belajar pun mula menggunung..buku buku dan nota nota bertaburan di atas meja mahupun di atas katil..lampu meja belajar tak malap selagi mata mampu lagi celik.. air nescafe mahupun coffee diteguk untuk stay wake up.. jam menunjukkan jam 3 pagi dirasa masih awal..masih banyak yang perlu ditelaah.. sebelum hadirnya waktu subuh mata sudahpun tak mampu dibuka luas.. akhirnya tumbang diatas katil yang seperti ada tarikan gravity yang tersangatlah kuat.. belum sempat alarm di set, mata telahpun terpejam.. tepat jam 6 pagi tubuh masih lagi dibuai mimpi indah..minit demi minit berlalu..langit kian cerah..bagai ada yang mengejutkan, dilihat jam..telahpun jejak jam 6.40 pagi..lewat lagi solat subuh kali ni..keluhan kecil kedengaran..kali ni terbangun solat subuh lewat..tahajjud dah pastinya kelaut..kali ni??. adakah anda pasti baru kali ni sahaja terbangun lewat?. mengapa ye terbangun lewat?. aissshhhh..cakap hamba Allah..tapi nak menghadap pencipta pun boleh terlewat?. ermmm,,cuba tanya balik hati..betul ke aku ni hamba-Nya?. kalau ye.. apa effort untuk dekatkan diri padanya..jap2..kita ni hamba Allah ke hamba exam?..opppssssss! sentapnyaaaaaa..tapi rasanya macam ye je.. belaja niat untuk apa ye/ bila exam je semangat menggunung siap tak terasa mengantuk walau sudah menjelang jam 2 pagi..sebelum2 ni tepat je jam 12 malam da menguap macam singa..haissshhhh..niat kerana Allah ke?. kalau niat kerana Allah, macam mana pula boleh lewat terbangun solat sebab study?. hhhmmmm,, cuba sekali lagi tanya diri..apa ya buah dari pada tuaian belajar kita?. semakin kenal ilahi atau semakin jauh dari nya?. habis je exam beterbangan notes seperti burung2.. apa yang kita peroleh?. ilmu atau bacaan kosong?, mungkin ikhlas dalam menuntut ilmu masih belum cukup ataukah skor A flat tu lagi penting?. hhhmmmm..tepu dada tanya hati..ketuk jendela jiwa tanya iman..dimana kita saat ini?...
Sunday, 17 May 2015
Jam tepat menunjukkan pkul 12 tengah malam dan kaki aku
masih lagi menggigil dan tangan menggeletar. Kejadian tadi seolah olah bermain
didepan mata. Kerana kesilapan aku memberi arah laluan balik ke uia membuat malam
ini malam yang menyusahkan keluarga aku. Kereta yang dipandu kakak hampir je
lajak kebelakang melanggar kereta kereta lain dibelakang. Bukit yang kami lalu
sangat lah curam sampai kereta tak mampu naik lagi ke atas dan secara tiba tiba
kereta mula kebelakang. Insiden beberapa minggu lepas seperti flash back kat
depan mata aku. Masa tu hanya aku dan rakan sebilikku anis, jalan pulang dari Bandar
kami mengambil keputusan untuk lalu jalan pintas. Walaupun ada sedikit gementar
dihati aku untuk memandu dijalan berbukit yang sangat curam, namun ku kuatkan
juga semangat. Tiba tiba kereta dihadapan berhenti kerana jalan sesak. Beberapa
minit kemudian kereta dihadapan kereta ku mula bergerak sikit demi sedikit. Aku
pun menolak gear ke nombor satu dan lepas kan handbreak. Tiba tiba kereta
langsung tidak bergerak kehadapan, malah lajak kebelakang. “anisssss!! Macam mana
ni!” aku mulai panic. Cepat cepat handbreak aku tarik semula. Kereta dibelakang
kelihatan undur ke belakang untuk mengelakkan pelanggaran. Nasibku agak baik
kereta Berjaya naik keatas semula. Kali ini, perkara seperti itu terjadi lagi…ya
Allah. Cuaca hujan lebat memburukkan lagi keadaan. Kereta langsung tidak boleh
digerakkan kehadapan malah terus kebelakang. Jalan semakin sibuk dengan kereta
dibahagian belakang dan hadapan. Bunyi geseran tayar kedengaran kuat dari
beberapa kereta dari arah depan dan belakang. Masa itu mulutku tak lepas dari
menyebut kalimah Allah.. hatiku tak putus meminta agar Allah permudahkan urusan
kami. Tiba tiba berhenti sebuah kereta dari arah bertentangan. Alhamdulillah. Kereta
yang berhenti tersebut merupakan seorang mekanik. Kereta pengangkut tiba
beberapa minit kemudian. Kami dibawa ke bengkel kereta. Selepas memeriksa
keadaan kereta, tiada yang bermasalah. Allah..Allah..Allah..sekali lagi aku
bersyukur. Setelah membuat bayaran untuk service towing kami segera menuju ke
uia. Airmata aku seperti mahu mengalir. Ya Allah…benarlah..hanya tika aku
ditimpa bencana dan kesusahan sahaja kalimahmu tak lepas dari meniti dibibir,
tapi..tika senang?. Dimanakah Allah dihatiku..Allah..istighfar aku berkali
kali..hamba apakah aku..jika di ingatkan semula kedua dua kejadian berlaku tika
aku belum lagi menunaikan solat fardhu pada waktu itu. Allah…mengapa aku perlu
tunggu teguran dari mu baru aku mahu bersujud.. memikirkan kesusahan yang aku
bawa pada kedua ibu bapa ku sekali lagi air mataku ingin mengalir, teringat
kejadian minggu lepas yang mana aku ketinggalan bas ke kuantan dek kerana
kecuaian ku sendiri. Mak abah sanggup bawa aku kejar semula bas tersebut yang
mana kami hampir dilanggar kereta lain dan abah pecut dengan laju yang
menakutkan mak yang duduk disebelah. Nasib aku agak baik tika itu kerana bas
masih lagi di segamat dan aku sempat menaiki bas tersebut. Teguran demi teguran
dari Allah..namun aku masih lagi memandang enteng perkara seperti ini.. hamba
seperti apakah aku?. Anak seperti apakah aku?. Membuatkan mak abahku bahagia
pun aku tak mampu, sebaliknya menyusahkan mereka. Konon berjanji ingin jadi anak
yang terbaik untuk mak abah, namun kata kata hanya tinggal kata kata.. konon
mahu berubah menjadi hamba yang dekat dengan pencipta..namun..tiada langkah
yang terhasil. Allah…lemahnya aku..hari ini aku merasakan getaran yang kuat
dalam jiwa aku.. aku tak mampu lagi menahan tangisan ini..aku tak mampu..jiwa
ku meronta..bantulah aku Ya Allah..aku lemah tanpa mu..aku jahil tanpa cahaya
dari mu..jangan biarkan aku terkapai kapai dengan angan angan kosong. Jangan biarkan
aku lena dengan cinta duniawi.. jangan kau beri padaku cinta cinta insan yang melalaikan
diriku..itu semua ibarat penghadang aku dan cahaya mu..mengapa mudah sangat
hati ini mengatakan sayang..mengapa hati
ini terlalu rapuh..janganlah kau uji aku dengan sesuatu yang aku tak mampu Ya
Allah..bersihkan hati ku dari perkara perkara yang dimurkai oleh mu..bantulah
aku untuk menjadi hamba yang diredha mu..hanya denganmu hati dan jiwaku mampu
menjadi tenang.. Allah..tuhan yang membolak balikkan hati..tetapkanlah hatiku
dalam keimanan..
Sunday, 10 May 2015
Awak awak.. saya suka sangat tengok awak.. kenapa? Sebab..awak
baik..sopan..lembut je..rajin..sejuk je mata tengok awak..uish, ye ke? yup.. redup
sangat hati saya bila tengok awak.. since sy kenal awak, saya sangat respect
orang macam awak.. awak sangat menjaga batas awak sebagai seorang wanita.. apa
sahaja awak buat, always catch my eyes. Saya cuba dekati orang orang macam
awak..tapi saya dapati saya tak mampu..rasa seperti ada jurang..mungkin hati
saya belum seteguh hati awak dan mereka..tapi saya selalu bisik pada diri
saya..’aku ingin berubah seperti mereka’. Tapi tekad tu sekejap je..then dah
hilang dah bisikan tu..kadang kadang terfikir..kenapa aku nak compare diri
sendiri dengan orang lain..kalau aku sibuk duk compare dengan orang lain, bila
masanya aku nak bergerak untuk melakukan perubahan.. andai aku terlalu
membandingkan diri dengan orang lain, bila masanya aku ada masa untuk perbaiki
diri?. Tiba tiba aku bertekad, aku perlu beri peluang pada diri sendiri untuk melangkah
ke hadapan..jangan duk menilai orang..cuba bangun tanpa mengharapkan dari orang
lain..in shaa Allah kejayaan tu pasti dalam genggaman. Percaya pada diri!
Subscribe to:
Posts (Atom)