kadang kadang dalam hidup ini kita melalui masa2 yg
bahagia..kejayaan mampu digenggam seeratnya..kepercayaan diberi kepada kita
setingginya..namun, di suatu keadaan pula..kita akan mengalami masa2 kesedihan
dimana kita mulai Jatuh..jatuh..jatuh..lagi dan lagi..malah hinggakan
tersungkur..kekadang hampir tak mampu bangun semula.. kejayaan yang lepas kini
hanya lah sejarah manis yg menjadi ingatan ketika kita tak mampu lagi berdiri.
Bukan kudrat ini tak cuba untuk bangkit kembali, namun.. cabaran begitu besar
hinggakan langkah ini seolah tak bisa di teruskan. Melihat sekeliling, sahabat2 telah pun jauh
menggapai manisnya kejayaan..namun aku masih lagi disini..ditapuk lama..masih
dibawah..masih tak mampu menjengah kegemilangan.. namun semangat tak pernah mengalah tetap
mengiringi setiap jejak untuk kehadapan..walau kaki masih tidak teguh memijak
bumi kedewasaan.. aku akan tetap mengeraskan jiwa dan keyakinan bahawa setiap
ujian diberi itu penuh berhikmah. Kuselak kitab suci Al-quran, mataku tertumpu
pada sebaris ayat:
Surah al-Baqarah ayat 216 : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk
bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”
Kadang2 kita terlalu inginkan sesuatu hinggakan kita
menafikan kekuasaan dan pengetahuan Allah.
Percayalah.. tak semua yang kita inginkan adalah terbaik buat kita..
sebalik nya..serahkan lah segala ketentuan kepada al-khaliq.. merancanglah..tapi..yakinlah
bahawa Allah yang maha berhak menetukannya.. jangan dikesali..jangan dirunguti..bukankah
redha itu lebih menenangkan daripada terus bertanya mengapa..mengapa..mengapa
dan mengapa.. cukuplah dengan ketidak bersyukuran kita pada ketentuan ilahi..
“ Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” (surah ArRahman ayat 18)
Tidak cukup lagikah nikmat Allah limpahkan kepada kita
hingga kan kita berulang kali menyesali apa yang berlaku.. bukankah setiap
orang mempunyai jalan masing2?.. setiap dari kita tidak sama apa yang kita
lalui.. kadang2 apa yang kita lalui yang membentuk siapa kita.. jangan diadili
orang lain kerana kemungkinan cabaran yang mereka lalui dlm hidup mereka lebih
berat berbanding apa yang kita alami. Teruslah berjalan kehadapan kerana jalan
ini pasti ada penghujung yang bahagia. Andai tak mampu
berlari..berjalanlah..andai tak mampu berjalan..merangkaklah..andai itu juga
tidak bisa..mengengsotlah kehadapan.. kerana masa tidak menanti kita..hanya
insan yang sanggup bersusah payah yang berhak mencapai kegemilangan.
Suatu hari nanti aku mahu
menjadi orang yang mampu memberi inspirasi kepada orang lain.. yang
memberi semangat kepada orang2 disekelilingku..yang mampu menghulurkan tangan
ketika mereka memerlukan..memberi senyuman ketika mereka kehibaan..memberi
bahuku ketika mereka inginkan tempat bersandar..dan akhir sekali aku mahu
membisikkan di telinga mereka.. “percayalah..Allah ada untukmu..dan sentiasa
ada untuk hambanya..Allah tidak akan memberati hambanya melainkan sesuai dengan
kesanggupannya” . :)
No comments:
Post a Comment