Saturday, 25 February 2017

"love more, expect less"


Sedar atau tidak, dalam suatu relationship tak kisah la apa jenis perhubungan pun,.persahabatan atau percintaan kita akan cenderung untuk tawar hati dipertengahan perkenalan. Satu benda yang kita perlu cek semula adalah sebab kita mahu memulakan perhubungan dengan seseorang.. selalunya kita akan terlebih dahulu mencintai kelebihan seseorang sebelum kita tahu kekurangan dia..kita terlalu impressed dengan kebaikan dan keistimewaan dia..once bila kita lihat satu je keburukan dia, kita akan mulai judge hidup dia. Bila benda-benda macam ni jadi, lebik baik kita reflek semula.. adakah kita bersahabat kerana kelebihan dia, mencintai keistimewaan dia atau kita sememangnya menyayangi dan mendampingi dia kerana ‘dia’..the way he or she is. Ada orang pernah cakap dekat aku, sayang dengan cinta ni lain..cinta ni, kau suka berdamping dengan dia sebab dia ada kelebihan yang menarik hati kau.. kau sukakan dia sebab kesempurnaan dia. Once kau tahu lemah dia, cinta kau jadi pudar. Tapi bezanya dengan sayang, kau tahu kelemahan dia tapi kau berusaha bantu dia mengatasi kelemahan tu dan sanggup melengkapi apapun kelemahan dia supaya dia jadi orang yang lebih sempurna. Tapi sekarang ni kebanyakan orang jarang boleh terima kritikan dan nasihat orang lain yang sebenarnya itu semua kerana mereka sayangkan kita. Sebab itu sekarang ini sangat susah cari orang yang betul-betul setia di sisi kita.. sebabnya, kalimah cinta tu sendiri dah penuh dengan materialistik..sedangkan sayang itu lebih abstrak..susah nak dilihat, tapi boleh dirasa dengan perhatian, kesungguhan dan kesetiaan seseorang pada kita. Buruk-buruk kita pun, dia tetap sayang..marah-marah dia pun, tetap juga dia stay di sisi kita..aku boleh bagi contoh, macam kasih sayang ibu ayah pada anak-anak.. macam mana kau buruk pun, macam mana kau lemah pun..mereka tetap terima kita..jaga kita dengan baik..sayang kita tanpa syarat..jadinya, sayanglah orang sekeliling kita tanpa meminta balasan. Bahagiakan orang lain, Allah akan bahagiakan kita dengan cara yang kita tak menduga. Bukankah cinta Allah itu  lebih luas dari langit dan bumi..sayang tu tak semestinya berbalas..tapi percayalah, sayang yang  kita beri hari ini, nantinya akan tersebar dan membahagiakan hati-hati insan lain.. “love more, expect less”

Tuesday, 31 January 2017

"Struggle"





mencari makna disebalik "usaha"

Satu perjalanan ditemani angin dingin melalui kawasan perkebunan dan juga permandangan gunung ganang membuat aku berfikir.. apakah makna disebalik usaha keras. Diusia masuk 23 tahun, sudah berapa besarkah usaha keras yang aku lakukan dan apa pencapaiannya?. Hati kecil aku menjawab, sudah banyak usaha keras yang aku lakukan..namun aku akui ianya tidak cukup jika mahu dibandingkan dengan usaha keras yang sebenar-benarnya. Aku manusia yang takutkan kegagalan. Ya..itu aku..tapi hakikatnya, aku jugalah manusia yang dah berkali-kali gagal!. Aku banyak belajar untuk bangkit. Tidak ramai orang yang sedar saat kejatuhan aku, sebab aku tidak mahu nampak lemah dimata manusia. Tapi sungguh, hanya Dia..Dia lah saksi bagaimana aku mengerang kesakitan dengan kejatuhan dan kerana kekuatan dari Dia lah aku belajar bangkit. Mendengar perbualan mak dan kawan-kawan mak membuat aku sedar. Aku anak manja. Remaja yang tak tahu erti susah. Mengapa?. Sebab aku sudah terbiasa segalanya tersedia. Mendengar cerita mak ketika seusia aku, atau lebih tepat semasa sekolah menengah lagi, mak sudah pandai mencari wang sendiri. Sesi persekolahan mak ketika itu waktu petang. Belah paginya mak pergi bekerja membersihkan ladang koko dengan menaiki basikal menempuh perjalanan berbatu-batu. Ketika itu gaji yang diperoleh hanya dalam dua ratus.  Pulangnya dari ladang, bersiap pula kesekolah dengan menaiki bas. Sungguh. Usaha keras itulah yang sepatutnya dibanggakan. Mak Berjaya dengan usahanya. Cukup aku kagumi. Mak sudah rabun sejak dari sekolah menengah lagi. Ketika itu arwah nenek dan atuk hanya bekerja ladang. Mak tidak sanggup langsung meminta wang dari atuk untuk membeli cermin mata walhal ketika itu mak memang rabun jauh. Aku dapat bayangkan bagaimana belajar dikelas, namun tak nampak sepatah haram pun. Mak cakap hari-hari mak akan tengok buku kawan sebelah. Ah..sungguh aku terharu!. Aku, masuk kali ini sudah 4 kali tukar cermin mata. Aku anak yang suka merungut. Tak seperti mak. Apa sahaja yang mak mahukan, jika itu dirasa tak mungkin dapat, mak tak akan bising-bising didepan arwah atuk. Hujung minggu pula bantu atuk dikebun. Hari-hari sebelum pergi sekolah, sebelum arwah atuk dan arwah nenek pulang dari kebun, mak lah yang mengemas rumah terlebih dahulu dan masak makanan tengahari. Hari ini, aku hanya berlenggang  ke universiti. Tak perlu cari wang. Hanya perlu belajar, tapi aku merungut, susah itu dan susah ini. Ya..i’m struggling. Tapi belum cukup utuh usaha aku. Aku akui sedikit demi sedikit zaman kegemilangan kejayaan aku jatuh, dari 9A SPM  dengan berderet A+ sampai ke zaman asasi, gred aku mulai menurun. Permulaan semester satu dan dua aku masih lagi menggapai dekan, dan akhirnya turun, dan menurun. Malah aku pernah gagal subjek bahasa inggeris. Hingga ke sem akhir barulah aku pass paper bahasa inggeris. Masa tu memang sakit. Orang2 enjoy cuti sem 3 bulan, tapi aku meringkuk di pusat asasi dengan takda elaun. Masa tu memang sunyi sebab tak ramai orang ambil semester pendek. Masa baru sampai daftarkan diri, masuk je bilik, aku menangis nak rak. I keep asking why me..why me?. Masa tu rasa down sangat. Nasib baik dapat roommate yang species aku yang kena repeat English. Tapi masa tu aku bisik kat hati, aku kena kutip balik sisa-sisa semangat aku. Sampaikan masa kat kelas, lecturer cakap benda ni dekat kami-kami yang repeaters ni, “you all kalau fail lagi kali ni, I nak bawak you all naik tingkat Sembilan mahallah khadijah, tikam berkali-kali dan tolak jatuh bawah”. Masa tu kami-kami student ni gelak je sebab tahu madam tu memang suka melawak. Tapi aku, balik tu aku termenung. Aku fikir, dan kata kat diri sendiri “nope..i’m not a loser”. Sejak dari hari tu, aku pi library hari hari semata nak baca surat khabar English. Hujung minggu aku beli surat khabar dekat kiosh mahallah. Every day aku wajibkan diri aku baca surat khabar. Paksa diri!. At the end, akhirnya aku pass. Dan selepas semester tu., aku dah bebas dari title repeater even English tu bukan core subjek. I picked up back all the broken pieces dan bangkit. Walaupun bukan dean list masa last exam tu, tapi aku still score cgpa yang dikira okay. Masuk zaman degree, memang aku dapat course yang aku nak, but every semester ponter aku jatuh dan jatuh sampai aku terfikir, betul ke jalan yang aku pilih?. Betul ke aku memang patut ambil course ni?. But it’s too late..aku dah nak masuk tahun tiga.. amira yang aku kenal bukan seorang yang putus asa. Sekali lagi aku kutip balik semangat yang aku ada untuk usaha lagi, dan lagi. Kalau orang cakap aku ni cool je.. tu sebab aku dan terlalu banyak melalui masa-masa down. Berkali kali mengalami depression. Tapi semakin umur aku mendekati 23, aku dah mulai belajar counter back emosi aku. Apa pun yang datang, aku dah belajar untuk positifkan semua benda. Manusia biasa, aku kadang-kadang pun cepat stress, tapi aku cepat tenang balik, sebab aku dah terbiasa. Hati ni, bila kita pressure banyak-banyak, dia akan jadi sempit untuk kita berfikir jauh. Yang penting, mana pun kita pergi, ingat Allah tu sentiasa ada. Masa jatuh bangun kita pun, Allah lah yang ada. Kawan-kawan tu masa happy diorang akan ada lah. Tapi masa-masa jatuh kau, jangan terlalu berharap diorang akan ada. Pengalaman aku, kawan-kawan ni, akan jadi super duper selfish bila waktu susah. So jangan expect lebih pada diorang. Belajar hidup sendiri. Bukan bermakna jadi loner. Kawan tu perlu sangat-sangat in some situation. Tapi bukan most of the time mereka akan dengan kita. Kejayaan tu perlukan pengorbanan jatuh bangun. Teruskanlah berjalan walau perlahan mana pun asalkan jangan pernah berhenti mencuba dan terus mencuba. Kegagalan dan kepayahan mengajar kita erti kuat. Menangis itu perlu, bila kita rasa terlalu lemah. jangan menahan nahan diri, tapi selepas itu, bangun lah semula. Kejar apa yang kita ingini. Hidup ini masih panjang.Belajarlah bersyukur dan mula lah berusaha!

Sunday, 25 September 2016

Dendam semalam


“kenapa kau pandang aku macam tu?” jelingan tajam dihadiahkan ilyana buat azwani yang masih lagi merenung tepat kearah wajah sepupunya itu.

“apa salah aku pada kau sampai kau buat aku macam ni?” airmata azwani sudahpun bertakung menunggu tumpah ke pipi. Tangannya masih erat menggenggam senaskah kertas bertulis assignment doktor hafiz.

“kau suruh aku hantar kan?. so aku hantar lah..jangan banyak bunyi pula”. Kata-kata tajam dari ilyana membuat wajah azwani menjadi merah padam. Tanpa lengah dia menapak pergi meninggalkan ilyana yang masih duduk dikerusinya. Kesemua pelajar sudahpun beransur meninggalkan kelas kecuali ilyana seorang yang masih duduk disitu. Suara Dengusan ilyana kedengaran.

“orang bodoh macam kau je senang kena tipu” ilyana berbisik didalam hatinya.

Jam tepat pukul 8 malam kelihatan azwani menapak masuk ke dalam rumah sewanya.

 “eh wani..kau dari mana?. Kenapa lewat sangat balik?.” Sergahan dari sofia membuat azwani separuh terkejut.

“aku dari perpustakaan. Siapkan assignment doktor hafiz..” jawapan dari azwani membuat sofia separuh terkejut. “eh..bukan ke semua orang dah hantar assignment tu?. Jangan cakap kau adalah orang yang doktor hafiz maksudkan tadi?. Kau belum hantar assignment ke?” soalan bertubi-tubi dari sofia hanya dibalas dengan anggukan oleh azwani. Kakinya laju dihayunkan masuk ke bilik tidur. Sofia masih tidak percaya bahawa pelajar yang disebut doktor hafiz di kelas pagi tadi adalah azwani. Tidak pernah wani mengabaikan assignment apatah lagi hingga tidak hantar ke meja pensyarah.

Pagi itu kelas seperti biasa. Sambil menunggu pensyarah masuk azwani mengambil peluang membaca novel yang baharu saja dibelinya minggu lepas. Matanya beralih kearah ilyana yang baru sahaja masuk ke dalam kelas.

“hai wani..” azwani mengalihkan pandangannya ke arah sofia yang duduk disisinya. Senyuman dikuntum buat sahabat baiknya itu. pagi tadi azwani keluar dari rumah sewa agak awal kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Malam tadi juga dia masuk tidur awal. Tidak sempat dia berborak dengan teman serumahnya itu. seperti dijangka, sofia pasti akan bertanya banyak soalan padanya.

“wani, aku peliklah.. kenapa kau tak hantar assignment doktor hafiz?..bukankah kau dah siap awal hari tu?.. lagi satu, kenapa kau beria sangat nak tegur-tegur si ilyana tu.. padahal dia kan sombong  sangat dengan kau..” belum sempat sofia meneruskan kata-katanya, suasana didalam kelas tiba-tiba menjadi senyap. Kelihatan doktor aziz menapak masuk kedalam kelas. Persoalan sofia termati disitu sahaja tanpa jawapan dari azwani.

Tamat kelas petang itu azwani menapak laju mengejar ilyana yang sedang berjalan dihadapannya. Panggilan dari azwani langsung tidak diendahkan oleh ilyana. Lengan ilyana dipegang azwani sepantas kilat.

“yan..aku nak cakap sikit dengan kau ni…dah 20 tahun yan..apa yang berlaku itu antara keluarga aku dan keluarga kau.. jika bukan kita, siapa lagi yang perlu diharapkan untuk menyambung kembali persaudaraan antara keluarga kita..” wajah ilyana direnung azwani lama.

“yang melarat tu aku dan keluarga aku..apa kau tahu?. Huh..kau tahu hidup senang je..kau tak tahu apa dah aku lalui..anak manja macam kau ni memang tak akan faham..”  wajah redup azwani langsung tidak dipandang ilyana.

“kalau betul keluarga aku salah, aku minta maaf. Susah sangat ke kau nak beri kemaafan?” kata-kata azwani membuat ilyana mengetap bibir. Wajah azwani direnung tajam. Keluhan kecil kedengaran dari mulut ilyana. Tanpa menjawab persoalan dari azwani dia menapak pergi dari situ.  Kelibat ilyana dipandang azwani hingga tubuh itu hilang dari pandangannya.

Belum sempat azwani beredar dari situ.. “hei wani!” langkah kaki azwani terhenti. Dia menoleh kebelakang. Kelihatan sofia sedang berlari anak kearahnya. Derai tawa wani kedengaran apabila melihat gelagat temannya itu yang kelam kabut berlari kearahnya.

“weh..kau berhutang dengan aku tau..” azwani mengerutkan dahinya. “hutang?”

“yup..kau belum jawab lagi soalan-soalan aku pagi tadi..sekarang aku nak kau jawab”. Sofia berdiri betul-betul dihadapan azwani sambil mencekak pinggang. Sambil tersenyum azwani merangkul bahu temannya itu. “ baiklah cik adik, meh aku jawab.. kalau soalan kau pasal aku dan ilyana tu, sebenarnya aku dan ilyana saudara. Dia sepupu belah ibu aku. Takkan aku nak buat tak tahu je kan bila jumpa dia..” kening azwani diangkat sambil memandang sofia.. tercengang gadis itu. “ kenapa aku baru tahu kau saudara dengan si ilyana tu?. Serius weh..dia tak pernah senyum pun pada kau”.
“kami ada masalah keluarga sikit..tapi dah lama berlaku.. masa aku dan ilyana kecil lagi.. aku pun tak tahu sangat apa yang berlaku.. dari apa yang ibu aku cerita, arwah atuk halau keluarga ilyana dari rumah sebab semua ahli keluarga syak salah seorang ahli keluarga ilyana mencuri barang ahli keluarga lain, termasuk barang kemas ibu aku. Mereka dihalau pada waktu tengah malam. Ilyana dan adik beradiknya yang sedang tidur dibawa pergi oleh kedua ibu bapa mereka. Ibu cakap ibu dah maafkan jika benar mereka yang mengambil barang kemas ibu. Namun pak cik dan mak cik aku yang lain berkeras mahu menghalau mereka dari rumah arwah atuk. Sejak dari hari itu, aku langsung tak pernah berjumpa dengan mak ngah aku tu.. sampai lah dua tahun lepas aku jumpa ilyana di kolej.”
Sofia tercengang mendengar cerita yang keluar dari mulut azwani itu. dibiar sahaja temannya itu meneruskan ceritanya. 
“ wani, masalah pasal assignment tu mesti disebabkan ilyana kan?. sebab aku Nampak kau bercakap dengan ilyana masa kita baru habis kelas doktor hafiz hari itu.”

Azwani hanya mengangguk perlahan. 
“ malam sebelum kita semua hantar assignment tu, ilyana nak tengok assignment aku. Nak pinjam sebentar katanya. Dia cakap nak hantarkan sekali esoknya. Tapi aku tak sangka dia tak hantar pun assignment aku.”

“ sampai hati dia buat kau macam tu.. aku pun tak faham macam mana kau boleh sabar dengan si ilyana tu. Apa kata kau report je perkara ni pada doktor hafiz.” Azwani menggelengkan kepalanya sekilas. “ tak perlulah. Nanti ilyana pula kena tindakan. Aku tak nak dia dapat masalah pula.”
Suara dengusan dari sofia kedengaran. “kau ni baik sangat lah..dah la..jom lah kita pulang ke rumah sewa. Dah petang ni”.

Ilyana mengelap airmatanya. Keperitan hidupnya selama beberapa tahun ini membuat dia begitu lelah. Lima tahun selepas dia pergi dari rumah keluarga datuknya, ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan. Dia sebagai anak sulung dari enam orang adik beradik perlu membantu ibunya mencari rezeki.sejujurnya dia tidak begitu jelas akan apa yang berlaku akan keluarganya dan keluarga pak cik dan mak ciknya yang lain. Apa yang pasti, apa yang mereka lakukan pada keluarganya agak kejam. Masih segar diingatannya. Ketika dia berumur empat tahun ibu dan ayahnya mengemas barang keluar dari rumah arwah atuk. Mereka tidak tahu mahu kemana. Ayah bawa mereka ke rumah nenek belah ayah. Sepanjang di situ, ibu selalu sahaja diperli oleh adik beradik ayah yang lain. Beberapa kali juga ilyana melihat ibunya menangis bersendirian di dalam bilik. Selepas ayah meninggal ibu menbawa mereka enam beradik pindah ke rumah sendiri. Ibu hanya seorang kerani di sebuah sekolah di bandar. Gaji ibu cukup makan untuk mereka sekeluarga. Kesusahan itu yang membuat ilyana bertekad mahu belajar bersungguh-sungguh.

Sekeping gambar ibu dan ayahnya ditatap ilyana penuh kerinduan. Kini wajah azwani pula bermain difikirannya. Tidak tahu mengapa dia begitu benci dan berdendam pada gadis itu. kemaafan yang dipinta azwani belum mampu diberi oleh ilyana. Ianya begitu perit untuk dihulur. Tanpa sedar matanya perlahan lahan ditutup rapat dengan harapan malam ini dia akan dibuai mimpi yang indah-indah.

“yan.. tunggu kejap” azwani berlari anak mengejar ilyana yang sedang menuruni tangga ketingkat satu fakulti sains kimia. Lengan ilyana disentuh oleh azwani dari belakang namun ditepis kuat oleh ilyana. Azwani hilang keseimbangan dan dia jatuh tersungkur tergolek menuruni anak tangga. Terkejut bukan kepalang ilyana melihat apa yang berlaku didepan matanya. Tubuhnya kaku melihat azwani yang terbaring mengerang kesakitan selang beberapa anak tangga dari tempatnya berdiri. Beberapa orang pelajar sudah pun berada disitu untuk membantu
.
Malam itu ilyana tidak mampu melelapkan matanya. Hatinya berasa resah. Kejadian tengahari tadi bermain difikirannya. Tidak sangka tepisan tangannya membuat azwani terjatuh. Tubuhnya digolekkan kekiri dan kekanan namun tidak juga matanya mahu lelap. Suara azwani bagai terngiang-ngiang dicuping telinganya. Perasaan serba salah menerpa hatinya. Bantalnya ditekup keatas muka. Kira-kira jam 3 pagi baru mata ilyana mampu dilelapkan.

Seminggu berlalu sejak kejadian itu. setiap hari ilyana memerhati sekitar kelas jika kelibat azwani kelihatan namun tidak juga kelibat azwani dilihat. Baru sahaja ilyana mencapai buku nota, matanya menangkap satu tubuh sedang berjalan masuk ke dalam kelas perlahan-lahan. Azwani yang bertongkat itu dibantu oleh sofia masuk ke dalam kelas. Akibat hentakan yang kuat, tulang dibahagian lutut azwani tercedera. Mata ilyana tidak beralih dari memerhati azwani yang sedang bersusah payah mengambil tempat duduk dibahagian hadapan kelas.

Hujan renyai-renyai petang itu membuat ilyana berdiri termenung di kawasan laluan berbumbung menuju ketempat meletakkan kenderaan. Hujan yang turun itu direnung ilyana. Sedang leka dia memerhatikan rintikan hujan dihadapan mata, ekor matanya menangkap satu tubuh sedang berdiri berhampiran tempat dia berdiri. Perlahan-lahan azwani yang sedang leka memandang rintikan hujan dihampiri oleh ilyana.

“wani.. kau okay tak?. Aku minta maaf..salah aku sebab tolak kau hari tu” suara ilyana perlahan namun jelas ditelinga azwani. Kaki azwani yang berjingkit sedikit dipandang ilyana dengan rasa serba salah yang menebal. Pandangannya dihalakan ke bawah.

“aku okay je.. bukan salah kau pun yan. Kau tak sengaja kan hari tu..” jawab azwani  sambil tersenyum.

“kenapa kau ni baik sangat wani?. Dah macam-macam aku buat pada kau, tapi tetap maafkan aku.” Airmata ilyana sudah bertakung menunggu gugur.

Bahu liyana disentuh lembut oleh azwani. “Kemaafan memang susah kita nak beri. Tapi dengan kemaafanlah hidup kita kan menjadi lebih tenang. Dendam ni ibarat barah.. semakin kita pendam semakin dia memakan diri kita.benci jika dibiar bertakung akan berpekung didalam dada. Siapa lah kita sedangkan Allah yang maha esa juga maha pemaaf. Tak salah kita beri peluang pada orang lain untuk memperbaiki kesilapan mereka.aku tahu amat payah kau nak maafkan keluarga aku, tapi aku harap kau jangan putuskan hubungan persaudaraan antara kita. Apa yang terjadi antara keluarga kita biarkan ianya berlalu. Aku tak mahu kita berdua terus membenci antara satu sama lain. Dendam ini tak seharusnya kita warisi”

Kata-kata yang keluar dari bibir azwani membuat airmata ilyana berguguran membasahi pipinya. “memang payah aku nak maafkan kau dan keluarga kau. Masa aku lihat kau mengerang kesakitan ketika terjatuh ditangga hari itu membuatkan aku tersedar. Semakin aku terus membenci, semakin luka di hati ini bernanah. Aku tak lena tidur bila terbayang melihat wajah kau menahan kesakitan. Aku minta maaf atas apa yang aku dah lakukan pada kau. Disebabkan aku, kau terpaksa menanggung malu dimarahi doktor hafiz dikelas beberapa minggu lepas. Tanpa aku sedar aku dah terlebih kejam pada kau. Aku minta maaf”

Perlahan-lahan tubuh ilyana dipeluk azwani. Terasa hatinya begitu tenang mendengar kata-kata dari bibir ilyana itu. “kau sudi kan maafkan aku?” soal azwani apabila pelukannya dileraikan.


“aku dah maafkan kau.” Jawab ilyana sambil mengelap matanya. Beberapa minit kemudian sofia datang dengan sebuah kereta mendekati tempat azwani berdiri untuk membawa azwani pulang ke rumah. Kelibat kereta sofia pergi dihantar oleh pandangan ilyana dan lambaian tangannya. Kini hatinya terasa lebih tenang dari sebelum ini. Kini dia bernekad mahu melupakan dendam yang sudah lama bersarang dihatinya. Dia sedar bahawa kebahagiaan itu bermula dari membuat pilihan. Iaitu memilih untuk bahagia dengan memaafkan atau sengsara dengan dendam yang tidak berkesudahan.

nukilan:AmiraRamlee|miraLee|misznerd|slaveOfAllah
#fiksyen

Monday, 30 May 2016

Bila Allah menjemput kembali kamu kejalannya



pernah tak rasa dikecewakan bertalu-talu hingga tak mampu menahan hiba dan tangisan?. ketika itu hanya Allah je yang ada dihati kita..masa tu, kita rasa hanya Allah je yang faham apa yang kita rasa..saat itu jugalah kita sedar Allah sentiasa ada disamping kita sedang orang lain tidak melihat kita..itulah Allah..tuhan yang maha pengasih pada hambanya..semakin kita menjauh, semakin Dia dekat..dijentik kita sedikit dengan ujian agar kita tersedar bahawa kita sedang hanyut mengejar dunia..Dia rembeskan sedikit kedukaan agar kita tahu ketika itu siapakah yang masih tegar berdiri disisi kita..Allah..Allah lah yang ada..Dia tak pernah tinggalkan kita walhal sedang kita bahagia bahkan sedang kita berduka..masih tak nampakkah?. atau butakah hati kita?. mungkin sudah lali dengan kenikmatan dunia dan terlalu taksub membontoti angan-angan kosong..manusia yang lupa itu bukanlah sesuatu yang ganjil kerana insan itu memang bersifat sering terlupa..tapi disaat kita diberi peringatan oleh Allah, kembalilah..baliklah ke jalanNya..Dia sedang merindui tangisan kita kepadanya..dia ingin melihat kita menghadapnya..meminta kepadanya..percayalah..hamba yang taat atau tidak taat langsung tidak menjejaskan Allah..malah segalanya hanyalah berbalik untuk kebahagiaan kita sendiri...tapi manusia keras hati..untuk menyelamatkan diri sendiri sahaja tidak mampu..tapi gah pula membebel mahu selamatkan orang lain..ahhhh..manusia..malulah pada Allah..Allah sedang melihat..tunduklah sedikit dari dunia..malulah pada Allah..sedang kita berbuat dosa disiang hari, Allah masih memaafkan kita dimalam hari..sungguh Allah itu maha pemaaf..namun manusia terus terusan membuka aib sendiri sedang Allah telahpun menutupnya..itulah manusia..gah dengan dosa noda..kasih yang ditagih pada dunia hanya memakan diri..bila tersungkur dan tercalit debu kegagalan, Allah lah yang dicari..ahhhh..lemah sungguh kita..ikhlas hanya disaat 'payah'. kembalilah pada jalanNya..jangan sampai suatu hari nanti bila kita jatuh dan terkapai-kapai, Allah tak lagi menghulurkan pertolongannya..sedarlah ketika itu kita dah terlambat..pulanglah duhai hati yang parah..Allah sedia merawat luka hatimu..jauhkanlah kesengsaraan jiwa kerna dunia..kerna Allah menjanjikan kebahagiaan untuk hamba yang mentaati dan kembali kepadanya..Allah sentiasa ada.. disisimu..


-MiraLee-MiszNerd-SlaveOfAllah-

Saturday, 9 April 2016

sungguh aku rindu



Seorang sahabat pertanyakan pada aku..bagaimanakah untuk mencintai Allah.. aku jawab, sebelum kita cinta, terlebih dahulu kita perlu kenal siapa yang ingin kita cintai.. dia bertanya lagi.. macam mana nak cinta kalau tak Nampak depan mata.. aku jawab cinta bukan hanya pada zahir.. cinta yang lahir dari hati dan keyakinan itu lebih utuh..  tapi tetap juga dia tak berpuas hati dengan jawapan yang aku beri.. sebenarnya, aku tak lah cukup ilmu sangat nak jawab soalan-soalan dari dia.. tapi aku cuba apa yang aku mampu.. lagi-lagi sahabat aku ni bukanlah terlalu jahil ilmu agama.. bahkan lebih kurang je tahap ilmu agama aku dan dia..mungkin aku belajar lebih sikit dari dia.. tapi aku tak tahu mengapa soalan-soalan macam tu terlontar dari dia.. mungkin dia mahukan sedikit keyakinan.. lama kelamaan dia semakin menjauh dari aku.. sebabnya dia kata dia  tidak layak berkawan dengan aku.. atau mungkin aku selalu bagi nasihat-nasihat yang cliché pada dia sampai dia rasa bosan.. aku ikuti perkembangan dia.. semakin hari semakin jauh dia bawa diri dari Allah.. aku bukanlah sempurna untuk mengadili dia.. mugkin keadaan yang membuat dia terpaksa mengikut kata hati.. sedang aku..kini juga terumbang ambing.. hati tak sekuat dulu..tak seikhlas dulu.. mengapa?., aku tak ada jawapan.. benarlah.. iman itu  ada naik turunnya.. tak selalu kita akan diatas.. tak selalu kita akan menjadi orang baik.. kadang-kadang aku rindukan aku yang dulu.. yang hati penuh dengan keikhlasan menghadap ilahi.. airmata yang mengalir setiap terbangun disepertiga malam… tapi kini sukar aku mendapatkan rasa itu.. sekali lagi aku tiada jawapan.. ahhh..sungguh aku rindu saat itu.. aku rindu manisnya beribadah..  tapi kini hambar sungguh cinta aku pada ilahi.. mungkin aku tidak lagi mencari jalan kearahnya.. aku sedang membontoti kebahagiaan duniawi yang terasa indah dimata.. namun aku sedar pedih dijiwa.. aku rindu dinasihati oleh orang-orang yang kuat cintanya pada ilahi.. sungguh aku rindu..

Thursday, 31 March 2016

aku sedang ditagih janji


Pagi hari ni aku terjaga awal..mungkin sebab aku terlelap awal malam tadi. Apa perkataan pertama yang aku baca adalah “ untuk apakah kamu isi pada usia mudamu” tiba-tiba hati aku tersentap. Apakah yang telah aku sumbangkan dalam hidup aku selama lebih 20 tahun. Bukan angka yang kecil. Bila tengok diri sendiri juga jati diri belum mantap, apatah lagi untuk menyumbang untuk orang lain. Adakah waktu mudaku sedang aku sia-siakan?. Seperti buah yang menanti waktu ranum lalu jatuh ke tanah?. Diusia 20-an,aku masih lagi mencari-cari identity dan karakter diri. Diusia ini aku masih lagi mencari siapakah aku perlu jadi. Ahh..sangat rugi..sedang aku masih meraba-raba diusia ini, orang-orang yang hebat telahpun jauh melangkah kehadapan. Sedang aku masih merangkak-rangkak jatuh bangun, insan lain sudahpun berlari kencang. Tega nya diri ini perbazir usia muda yang punya tubuh sihat tegap ini. Mungkin aku lupa, aku pernah dikejutkan dari mimpi..dan kini aku seperti mahu kembali bermimpi..bukan aku tak rindu saat itu.. aku sangat rindu saat hati aku sangat terasa manisnya mengingatimu Ya Allah..kekadang aku terasa hilangnya rasa kelazatan menghadapmu..dimana hatiku?. Ahh..hati aku dah jauh lemas dilautan obsess pada dunia.. itulah hakikat..jiwa aku dah lemah..aku hilang tongkat.. diusia ini seharusnya ayat-ayat mu penuh didada..namun terasa semakin sikit hafalanku malah banyak sudah aku lupa..ahhh..lemahnya aku.. mungkin disaat ini aku perlu sedar..waktu mudaku sedang ditagih..bukan untuk dipersiakan, tapi dimanfaatkan.. sudah-sudahlah tu berlakon dipentas sandiwara ini.. layar ini hanya sementara.. cari akhirat untuk peroleh kedua dunia dan akhirat..ya.. aku sedang ditagih janji

Wednesday, 23 March 2016

akulah pendamba cinta AgungMu

Akulah pendamba cintaMu




Siapalah aku,
Tidak terdaya menolak ajakan kesia-siaan
Akulah pendosa,
Yang tak pernah kenyang,
Buka pakai topeng kejahilan,
Sepertinya tidak sadar akan keberadaan yang maha melihat.

Menangisnya aku dimalam hari,
Derai tawa pula yang menghiasi di siang hari,
Membontoti kejahilan seperti aku tak pernah dipandu,
Membenci kebaikan seperti aku mahu selamanya dilindung kejahatan,
Tertawa melihat tunduknya hamba yang patuh,
Hingga aku alpa ikrar yang menyeru kembali kepada pemilik jiwa.

Semakin aku jauhiNya
Semakin jauh aku tersasar
Semakin aku tunduk dengan kesenangan yang tak berpenghujung
Semakin aku benci ketaatan pada yang Satu
Semakin aku kelam dari cahaya
Ketamakan dengan keindahan duniawi

Bila digegar hati oleh pencipta diri,
Tersungkur layu aku berlutut bertongkat hiba,
Hilang jiwa kebahagiaan mencintai tawhid kini meragut nadiku,
Rindu akan ketenangan atas cinta ikhlas tak bersyarat,
Kembalikanlah aku padaMu Rabb,
Kerna,. akulah pendamba redha dan cinta agungMu