mencari makna disebalik "usaha"
Satu perjalanan ditemani angin dingin melalui kawasan
perkebunan dan juga permandangan gunung ganang membuat aku berfikir.. apakah
makna disebalik usaha keras. Diusia masuk 23 tahun, sudah berapa besarkah usaha
keras yang aku lakukan dan apa pencapaiannya?. Hati kecil aku menjawab, sudah
banyak usaha keras yang aku lakukan..namun aku akui ianya tidak cukup jika mahu
dibandingkan dengan usaha keras yang sebenar-benarnya. Aku manusia yang
takutkan kegagalan. Ya..itu aku..tapi hakikatnya, aku jugalah manusia yang dah
berkali-kali gagal!. Aku banyak belajar untuk bangkit. Tidak ramai orang yang
sedar saat kejatuhan aku, sebab aku tidak mahu nampak lemah dimata manusia.
Tapi sungguh, hanya Dia..Dia lah saksi bagaimana aku mengerang kesakitan dengan
kejatuhan dan kerana kekuatan dari Dia lah aku belajar bangkit. Mendengar
perbualan mak dan kawan-kawan mak membuat aku sedar. Aku anak manja. Remaja
yang tak tahu erti susah. Mengapa?. Sebab aku sudah terbiasa segalanya
tersedia. Mendengar cerita mak ketika seusia aku, atau lebih tepat semasa
sekolah menengah lagi, mak sudah pandai mencari wang sendiri. Sesi persekolahan
mak ketika itu waktu petang. Belah paginya mak pergi bekerja membersihkan
ladang koko dengan menaiki basikal menempuh perjalanan berbatu-batu. Ketika itu
gaji yang diperoleh hanya dalam dua ratus.
Pulangnya dari ladang, bersiap pula kesekolah dengan menaiki bas.
Sungguh. Usaha keras itulah yang sepatutnya dibanggakan. Mak Berjaya dengan
usahanya. Cukup aku kagumi. Mak sudah rabun sejak dari sekolah menengah lagi.
Ketika itu arwah nenek dan atuk hanya bekerja ladang. Mak tidak sanggup
langsung meminta wang dari atuk untuk membeli cermin mata walhal ketika itu mak
memang rabun jauh. Aku dapat bayangkan bagaimana belajar dikelas, namun tak
nampak sepatah haram pun. Mak cakap hari-hari mak akan tengok buku kawan
sebelah. Ah..sungguh aku terharu!. Aku, masuk kali ini sudah 4 kali tukar
cermin mata. Aku anak yang suka merungut. Tak seperti mak. Apa sahaja yang mak
mahukan, jika itu dirasa tak mungkin dapat, mak tak akan bising-bising didepan
arwah atuk. Hujung minggu pula bantu atuk dikebun. Hari-hari sebelum pergi
sekolah, sebelum arwah atuk dan arwah nenek pulang dari kebun, mak lah yang
mengemas rumah terlebih dahulu dan masak makanan tengahari. Hari ini, aku hanya
berlenggang ke universiti. Tak perlu
cari wang. Hanya perlu belajar, tapi aku merungut, susah itu dan susah ini.
Ya..i’m struggling. Tapi belum cukup utuh usaha aku. Aku akui sedikit demi
sedikit zaman kegemilangan kejayaan aku jatuh, dari 9A SPM dengan berderet A+ sampai ke zaman asasi, gred
aku mulai menurun. Permulaan semester satu dan dua aku masih lagi menggapai
dekan, dan akhirnya turun, dan menurun. Malah aku pernah gagal subjek bahasa
inggeris. Hingga ke sem akhir barulah aku pass paper bahasa inggeris. Masa tu
memang sakit. Orang2 enjoy cuti sem 3 bulan, tapi aku meringkuk di pusat asasi
dengan takda elaun. Masa tu memang sunyi sebab tak ramai orang ambil semester
pendek. Masa baru sampai daftarkan diri, masuk je bilik, aku menangis nak rak.
I keep asking why me..why me?. Masa tu rasa down sangat. Nasib baik dapat
roommate yang species aku yang kena repeat English. Tapi masa tu aku bisik kat
hati, aku kena kutip balik sisa-sisa semangat aku. Sampaikan masa kat kelas,
lecturer cakap benda ni dekat kami-kami yang repeaters ni, “you all kalau fail
lagi kali ni, I nak bawak you all naik tingkat Sembilan mahallah khadijah,
tikam berkali-kali dan tolak jatuh bawah”. Masa tu kami-kami student ni gelak
je sebab tahu madam tu memang suka melawak. Tapi aku, balik tu aku termenung.
Aku fikir, dan kata kat diri sendiri “nope..i’m not a loser”. Sejak dari hari
tu, aku pi library hari hari semata nak baca surat khabar English. Hujung
minggu aku beli surat khabar dekat kiosh mahallah. Every day aku wajibkan diri
aku baca surat khabar. Paksa diri!. At the end, akhirnya aku pass. Dan selepas
semester tu., aku dah bebas dari title repeater even English tu bukan core
subjek. I picked up back all the broken pieces dan bangkit. Walaupun bukan dean
list masa last exam tu, tapi aku still score cgpa yang dikira okay. Masuk zaman
degree, memang aku dapat course yang aku nak, but every semester ponter aku
jatuh dan jatuh sampai aku terfikir, betul ke jalan yang aku pilih?. Betul ke
aku memang patut ambil course ni?. But it’s too late..aku dah nak masuk tahun
tiga.. amira yang aku kenal bukan seorang yang putus asa. Sekali lagi aku kutip
balik semangat yang aku ada untuk usaha lagi, dan lagi. Kalau orang cakap aku
ni cool je.. tu sebab aku dan terlalu banyak melalui masa-masa down. Berkali
kali mengalami depression. Tapi semakin umur aku mendekati 23, aku dah mulai
belajar counter back emosi aku. Apa pun yang datang, aku dah belajar untuk
positifkan semua benda. Manusia biasa, aku kadang-kadang pun cepat stress, tapi
aku cepat tenang balik, sebab aku dah terbiasa. Hati ni, bila kita pressure
banyak-banyak, dia akan jadi sempit untuk kita berfikir jauh. Yang penting,
mana pun kita pergi, ingat Allah tu sentiasa ada. Masa jatuh bangun kita pun,
Allah lah yang ada. Kawan-kawan tu masa happy diorang akan ada lah. Tapi
masa-masa jatuh kau, jangan terlalu berharap diorang akan ada. Pengalaman aku,
kawan-kawan ni, akan jadi super duper selfish bila waktu susah. So jangan
expect lebih pada diorang. Belajar hidup sendiri. Bukan bermakna jadi loner.
Kawan tu perlu sangat-sangat in some situation. Tapi bukan most of the time
mereka akan dengan kita. Kejayaan tu perlukan pengorbanan jatuh bangun. Teruskanlah
berjalan walau perlahan mana pun asalkan jangan pernah berhenti mencuba dan
terus mencuba. Kegagalan dan kepayahan mengajar kita erti kuat. Menangis itu
perlu, bila kita rasa terlalu lemah. jangan menahan nahan diri, tapi selepas
itu, bangun lah semula. Kejar apa yang kita ingini. Hidup ini masih panjang.Belajarlah
bersyukur dan mula lah berusaha!