Sunday, 25 September 2016

Dendam semalam


“kenapa kau pandang aku macam tu?” jelingan tajam dihadiahkan ilyana buat azwani yang masih lagi merenung tepat kearah wajah sepupunya itu.

“apa salah aku pada kau sampai kau buat aku macam ni?” airmata azwani sudahpun bertakung menunggu tumpah ke pipi. Tangannya masih erat menggenggam senaskah kertas bertulis assignment doktor hafiz.

“kau suruh aku hantar kan?. so aku hantar lah..jangan banyak bunyi pula”. Kata-kata tajam dari ilyana membuat wajah azwani menjadi merah padam. Tanpa lengah dia menapak pergi meninggalkan ilyana yang masih duduk dikerusinya. Kesemua pelajar sudahpun beransur meninggalkan kelas kecuali ilyana seorang yang masih duduk disitu. Suara Dengusan ilyana kedengaran.

“orang bodoh macam kau je senang kena tipu” ilyana berbisik didalam hatinya.

Jam tepat pukul 8 malam kelihatan azwani menapak masuk ke dalam rumah sewanya.

 “eh wani..kau dari mana?. Kenapa lewat sangat balik?.” Sergahan dari sofia membuat azwani separuh terkejut.

“aku dari perpustakaan. Siapkan assignment doktor hafiz..” jawapan dari azwani membuat sofia separuh terkejut. “eh..bukan ke semua orang dah hantar assignment tu?. Jangan cakap kau adalah orang yang doktor hafiz maksudkan tadi?. Kau belum hantar assignment ke?” soalan bertubi-tubi dari sofia hanya dibalas dengan anggukan oleh azwani. Kakinya laju dihayunkan masuk ke bilik tidur. Sofia masih tidak percaya bahawa pelajar yang disebut doktor hafiz di kelas pagi tadi adalah azwani. Tidak pernah wani mengabaikan assignment apatah lagi hingga tidak hantar ke meja pensyarah.

Pagi itu kelas seperti biasa. Sambil menunggu pensyarah masuk azwani mengambil peluang membaca novel yang baharu saja dibelinya minggu lepas. Matanya beralih kearah ilyana yang baru sahaja masuk ke dalam kelas.

“hai wani..” azwani mengalihkan pandangannya ke arah sofia yang duduk disisinya. Senyuman dikuntum buat sahabat baiknya itu. pagi tadi azwani keluar dari rumah sewa agak awal kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Malam tadi juga dia masuk tidur awal. Tidak sempat dia berborak dengan teman serumahnya itu. seperti dijangka, sofia pasti akan bertanya banyak soalan padanya.

“wani, aku peliklah.. kenapa kau tak hantar assignment doktor hafiz?..bukankah kau dah siap awal hari tu?.. lagi satu, kenapa kau beria sangat nak tegur-tegur si ilyana tu.. padahal dia kan sombong  sangat dengan kau..” belum sempat sofia meneruskan kata-katanya, suasana didalam kelas tiba-tiba menjadi senyap. Kelihatan doktor aziz menapak masuk kedalam kelas. Persoalan sofia termati disitu sahaja tanpa jawapan dari azwani.

Tamat kelas petang itu azwani menapak laju mengejar ilyana yang sedang berjalan dihadapannya. Panggilan dari azwani langsung tidak diendahkan oleh ilyana. Lengan ilyana dipegang azwani sepantas kilat.

“yan..aku nak cakap sikit dengan kau ni…dah 20 tahun yan..apa yang berlaku itu antara keluarga aku dan keluarga kau.. jika bukan kita, siapa lagi yang perlu diharapkan untuk menyambung kembali persaudaraan antara keluarga kita..” wajah ilyana direnung azwani lama.

“yang melarat tu aku dan keluarga aku..apa kau tahu?. Huh..kau tahu hidup senang je..kau tak tahu apa dah aku lalui..anak manja macam kau ni memang tak akan faham..”  wajah redup azwani langsung tidak dipandang ilyana.

“kalau betul keluarga aku salah, aku minta maaf. Susah sangat ke kau nak beri kemaafan?” kata-kata azwani membuat ilyana mengetap bibir. Wajah azwani direnung tajam. Keluhan kecil kedengaran dari mulut ilyana. Tanpa menjawab persoalan dari azwani dia menapak pergi dari situ.  Kelibat ilyana dipandang azwani hingga tubuh itu hilang dari pandangannya.

Belum sempat azwani beredar dari situ.. “hei wani!” langkah kaki azwani terhenti. Dia menoleh kebelakang. Kelihatan sofia sedang berlari anak kearahnya. Derai tawa wani kedengaran apabila melihat gelagat temannya itu yang kelam kabut berlari kearahnya.

“weh..kau berhutang dengan aku tau..” azwani mengerutkan dahinya. “hutang?”

“yup..kau belum jawab lagi soalan-soalan aku pagi tadi..sekarang aku nak kau jawab”. Sofia berdiri betul-betul dihadapan azwani sambil mencekak pinggang. Sambil tersenyum azwani merangkul bahu temannya itu. “ baiklah cik adik, meh aku jawab.. kalau soalan kau pasal aku dan ilyana tu, sebenarnya aku dan ilyana saudara. Dia sepupu belah ibu aku. Takkan aku nak buat tak tahu je kan bila jumpa dia..” kening azwani diangkat sambil memandang sofia.. tercengang gadis itu. “ kenapa aku baru tahu kau saudara dengan si ilyana tu?. Serius weh..dia tak pernah senyum pun pada kau”.
“kami ada masalah keluarga sikit..tapi dah lama berlaku.. masa aku dan ilyana kecil lagi.. aku pun tak tahu sangat apa yang berlaku.. dari apa yang ibu aku cerita, arwah atuk halau keluarga ilyana dari rumah sebab semua ahli keluarga syak salah seorang ahli keluarga ilyana mencuri barang ahli keluarga lain, termasuk barang kemas ibu aku. Mereka dihalau pada waktu tengah malam. Ilyana dan adik beradiknya yang sedang tidur dibawa pergi oleh kedua ibu bapa mereka. Ibu cakap ibu dah maafkan jika benar mereka yang mengambil barang kemas ibu. Namun pak cik dan mak cik aku yang lain berkeras mahu menghalau mereka dari rumah arwah atuk. Sejak dari hari itu, aku langsung tak pernah berjumpa dengan mak ngah aku tu.. sampai lah dua tahun lepas aku jumpa ilyana di kolej.”
Sofia tercengang mendengar cerita yang keluar dari mulut azwani itu. dibiar sahaja temannya itu meneruskan ceritanya. 
“ wani, masalah pasal assignment tu mesti disebabkan ilyana kan?. sebab aku Nampak kau bercakap dengan ilyana masa kita baru habis kelas doktor hafiz hari itu.”

Azwani hanya mengangguk perlahan. 
“ malam sebelum kita semua hantar assignment tu, ilyana nak tengok assignment aku. Nak pinjam sebentar katanya. Dia cakap nak hantarkan sekali esoknya. Tapi aku tak sangka dia tak hantar pun assignment aku.”

“ sampai hati dia buat kau macam tu.. aku pun tak faham macam mana kau boleh sabar dengan si ilyana tu. Apa kata kau report je perkara ni pada doktor hafiz.” Azwani menggelengkan kepalanya sekilas. “ tak perlulah. Nanti ilyana pula kena tindakan. Aku tak nak dia dapat masalah pula.”
Suara dengusan dari sofia kedengaran. “kau ni baik sangat lah..dah la..jom lah kita pulang ke rumah sewa. Dah petang ni”.

Ilyana mengelap airmatanya. Keperitan hidupnya selama beberapa tahun ini membuat dia begitu lelah. Lima tahun selepas dia pergi dari rumah keluarga datuknya, ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan. Dia sebagai anak sulung dari enam orang adik beradik perlu membantu ibunya mencari rezeki.sejujurnya dia tidak begitu jelas akan apa yang berlaku akan keluarganya dan keluarga pak cik dan mak ciknya yang lain. Apa yang pasti, apa yang mereka lakukan pada keluarganya agak kejam. Masih segar diingatannya. Ketika dia berumur empat tahun ibu dan ayahnya mengemas barang keluar dari rumah arwah atuk. Mereka tidak tahu mahu kemana. Ayah bawa mereka ke rumah nenek belah ayah. Sepanjang di situ, ibu selalu sahaja diperli oleh adik beradik ayah yang lain. Beberapa kali juga ilyana melihat ibunya menangis bersendirian di dalam bilik. Selepas ayah meninggal ibu menbawa mereka enam beradik pindah ke rumah sendiri. Ibu hanya seorang kerani di sebuah sekolah di bandar. Gaji ibu cukup makan untuk mereka sekeluarga. Kesusahan itu yang membuat ilyana bertekad mahu belajar bersungguh-sungguh.

Sekeping gambar ibu dan ayahnya ditatap ilyana penuh kerinduan. Kini wajah azwani pula bermain difikirannya. Tidak tahu mengapa dia begitu benci dan berdendam pada gadis itu. kemaafan yang dipinta azwani belum mampu diberi oleh ilyana. Ianya begitu perit untuk dihulur. Tanpa sedar matanya perlahan lahan ditutup rapat dengan harapan malam ini dia akan dibuai mimpi yang indah-indah.

“yan.. tunggu kejap” azwani berlari anak mengejar ilyana yang sedang menuruni tangga ketingkat satu fakulti sains kimia. Lengan ilyana disentuh oleh azwani dari belakang namun ditepis kuat oleh ilyana. Azwani hilang keseimbangan dan dia jatuh tersungkur tergolek menuruni anak tangga. Terkejut bukan kepalang ilyana melihat apa yang berlaku didepan matanya. Tubuhnya kaku melihat azwani yang terbaring mengerang kesakitan selang beberapa anak tangga dari tempatnya berdiri. Beberapa orang pelajar sudah pun berada disitu untuk membantu
.
Malam itu ilyana tidak mampu melelapkan matanya. Hatinya berasa resah. Kejadian tengahari tadi bermain difikirannya. Tidak sangka tepisan tangannya membuat azwani terjatuh. Tubuhnya digolekkan kekiri dan kekanan namun tidak juga matanya mahu lelap. Suara azwani bagai terngiang-ngiang dicuping telinganya. Perasaan serba salah menerpa hatinya. Bantalnya ditekup keatas muka. Kira-kira jam 3 pagi baru mata ilyana mampu dilelapkan.

Seminggu berlalu sejak kejadian itu. setiap hari ilyana memerhati sekitar kelas jika kelibat azwani kelihatan namun tidak juga kelibat azwani dilihat. Baru sahaja ilyana mencapai buku nota, matanya menangkap satu tubuh sedang berjalan masuk ke dalam kelas perlahan-lahan. Azwani yang bertongkat itu dibantu oleh sofia masuk ke dalam kelas. Akibat hentakan yang kuat, tulang dibahagian lutut azwani tercedera. Mata ilyana tidak beralih dari memerhati azwani yang sedang bersusah payah mengambil tempat duduk dibahagian hadapan kelas.

Hujan renyai-renyai petang itu membuat ilyana berdiri termenung di kawasan laluan berbumbung menuju ketempat meletakkan kenderaan. Hujan yang turun itu direnung ilyana. Sedang leka dia memerhatikan rintikan hujan dihadapan mata, ekor matanya menangkap satu tubuh sedang berdiri berhampiran tempat dia berdiri. Perlahan-lahan azwani yang sedang leka memandang rintikan hujan dihampiri oleh ilyana.

“wani.. kau okay tak?. Aku minta maaf..salah aku sebab tolak kau hari tu” suara ilyana perlahan namun jelas ditelinga azwani. Kaki azwani yang berjingkit sedikit dipandang ilyana dengan rasa serba salah yang menebal. Pandangannya dihalakan ke bawah.

“aku okay je.. bukan salah kau pun yan. Kau tak sengaja kan hari tu..” jawab azwani  sambil tersenyum.

“kenapa kau ni baik sangat wani?. Dah macam-macam aku buat pada kau, tapi tetap maafkan aku.” Airmata ilyana sudah bertakung menunggu gugur.

Bahu liyana disentuh lembut oleh azwani. “Kemaafan memang susah kita nak beri. Tapi dengan kemaafanlah hidup kita kan menjadi lebih tenang. Dendam ni ibarat barah.. semakin kita pendam semakin dia memakan diri kita.benci jika dibiar bertakung akan berpekung didalam dada. Siapa lah kita sedangkan Allah yang maha esa juga maha pemaaf. Tak salah kita beri peluang pada orang lain untuk memperbaiki kesilapan mereka.aku tahu amat payah kau nak maafkan keluarga aku, tapi aku harap kau jangan putuskan hubungan persaudaraan antara kita. Apa yang terjadi antara keluarga kita biarkan ianya berlalu. Aku tak mahu kita berdua terus membenci antara satu sama lain. Dendam ini tak seharusnya kita warisi”

Kata-kata yang keluar dari bibir azwani membuat airmata ilyana berguguran membasahi pipinya. “memang payah aku nak maafkan kau dan keluarga kau. Masa aku lihat kau mengerang kesakitan ketika terjatuh ditangga hari itu membuatkan aku tersedar. Semakin aku terus membenci, semakin luka di hati ini bernanah. Aku tak lena tidur bila terbayang melihat wajah kau menahan kesakitan. Aku minta maaf atas apa yang aku dah lakukan pada kau. Disebabkan aku, kau terpaksa menanggung malu dimarahi doktor hafiz dikelas beberapa minggu lepas. Tanpa aku sedar aku dah terlebih kejam pada kau. Aku minta maaf”

Perlahan-lahan tubuh ilyana dipeluk azwani. Terasa hatinya begitu tenang mendengar kata-kata dari bibir ilyana itu. “kau sudi kan maafkan aku?” soal azwani apabila pelukannya dileraikan.


“aku dah maafkan kau.” Jawab ilyana sambil mengelap matanya. Beberapa minit kemudian sofia datang dengan sebuah kereta mendekati tempat azwani berdiri untuk membawa azwani pulang ke rumah. Kelibat kereta sofia pergi dihantar oleh pandangan ilyana dan lambaian tangannya. Kini hatinya terasa lebih tenang dari sebelum ini. Kini dia bernekad mahu melupakan dendam yang sudah lama bersarang dihatinya. Dia sedar bahawa kebahagiaan itu bermula dari membuat pilihan. Iaitu memilih untuk bahagia dengan memaafkan atau sengsara dengan dendam yang tidak berkesudahan.

nukilan:AmiraRamlee|miraLee|misznerd|slaveOfAllah
#fiksyen