“Na.. kamu ada dapat apa-apa berita tak tentang naili anak
mak ngah?” nadhirah yang sedang menghirup air kopi yang sudahpun suam tiba-tiba
separuh tersedak. Wajah ibunya direnung lama. Pandangannya dialihkan semula
kearah sawah padi yang terbentang menghijau dihadapan matanya. “ibu..na tak
dapat apa-apa berita tentang naili. Lebih-lebih lagi naili dah bertahun-tahun
hilang”. Suasana kembali sepi. Angin kuat sesekali membuat hujung rambut
nadhirah berterbangan sedikit menutup dahinya. Jari-jemarinya perlahan menyeka
rambut dari menutup pandangannya.
“ibu bukan apa..mak ngah dah semakin uzur. Rindu sangat dia
pada naili” suara ibu perlahan namun jelas ditelinga nadhirah. Naili anak mak
ngah sudah hilang sejak dari umurnya setahun. Dibawa lari bekas isteri kedua
pak ngah. Bertahun-tahun nadhirah sekeluarga mencari naili namun hingga kini
sudah 20 tahun berlalu. Namun tiada juga berita gembira mampu diberi kepada mak
ngah. Menurut ibu, isteri kedua pak ngah kena sakit meroyan bila anak yang dikandungnya
keguguran. Akibatnya, anak mak ngah dibawa lari entah kemana. Nasib baik ketika
itu mak ngah masih mempunyai anak lain selain naili. Sejak pak ngah meninggal
enam bulan lepas, mak ngah jatuh sakit.
Hari-hari nama naili disebut-sebut. Sudah banyak usaha dilakukan termasuk
mencari melalui akhbar dan media social. Namun tak juga naili ditemui.
Petang itu nadhirah berjalan kaki ke kedai runcit pak samad.
Ibu minta belikan kicap dan gula untuk buat sambal kicap. Katanya abang adi
dalam perjalanan pulang kekampung. Kak dhia isteri abang adi minta untuk bersalin disini. Khusuk
memerhatikan suasana indah sawah menghijau disepanjang perjalanan kekedai,
tiba-tiba nadhirah separuh tersandung dek terpijak batu kecil. Nasib sahaja dia
sempat menyeimbangkan badannya. Lalu beberapa kanak-kanak menaiki motosikal
mentertawakannya yang terbongkok-bongkok menahan diri dari terjatuh. Menggeleng
nadhirah melihat kanak-kanak itu. Bukan sebab dirinya ditertawakan, namun sedih
hatinya melihat gelagat kanak-kanak tersebut. Berbagai aksi ditunjukkan sambil
menunggang motosikal. Ada yang seperti superman, ada juga yang mengangkat salah
satu tayar motosikal mereka. Sudah pasti kanak-kanak seperti itu belum
mempunyai lesen. Kalau sahaja terjadi sesuatu, ibubapa mereka yang harus
bersusah payah. Salah seorang dari mereka juga dengan gahnya menghembuskan asap
rokok keluar dari mulut dan hidung. Masyarakat sekarang suka memanjakan
anak-anak. Alasannya, biasalah budak-budak. Tapi kalau bukan rebung yang harus
dilentur, mahu tunggu sudah menjadi buluhkah baru mahu dilentur?. Bukan sahaja
sukar dilentur bahkan mungkin sahaja patah riuk.
Kedai runcit pak samad agak riuh dengan suara beberapa
penduduk wanita yang juga sedang membeli barang disitu. Mereka mengadu harga
barang sekarang sudah semakin mahal. Kalau dulu bawa sekeping duit not lima
puluh ringgit, banyak barang yang mampu dibeli. Namun sekarang dua tiga barang
sahaja sudah hampir lima puluh ringgit. Nadhirah tersenyum mendengar perbualan
beberapa orang wanita separuh abad yang begitu bersemangat memperkatakan
tentang kepimpinan itu dan ini. Sedang mencari kelibat botol kicap nadhirah
ditegur oleh salah seorang wanita yang berada disitu. “ eh..kamu anak sarimah
kan?” nadhirah cepat menoleh kepala kearah mak cik yang sedang tersenyum
kearahnya. “Ya mak cik” balas nadhirah sambil menghulurkankan tangan untuk
bersalaman dengan wanita itu.
“wah..tengah cuti ya?. Belajar dimana sekarang?”
“belajar di Pahang makcik. Universiti islam antarabangsa”.
Jawab nadhirah mesra.
“oh..boleh la jadi ustazah”. Nadhirah tergelak kecil
mendengar kata-kata mak cik itu. “tak adalah makcik. Saya ambil jurusan sains.”
“anak pak cik dali hari itu ditangkap mengikuti kumpulan haluan
kiri. Banyak ajaran sesat. Syiah juga banyak disitu. Makcik dengar anak pak
dali tu belajar di universiti islam
antarabangsa juga. Kamu baik-baik lah ya belajar disana”. Panjang lebar mak cik
itu bercerita. Nadhirah hanya tersengih. “in shaa Allah mak cik. Yang penting
jati diri. Akidah kena kuat. Bukan salah tempat. Tapi mungkin salah individu
itu sendiri.tapi sepanjang saya belajar disana. Tiada lagi saya jumpa golongan
seperti itu. Suasana disana juga bagus. Budi dan pekerti amat ditekankan.
Mungkin ada segelintir sahaja yang bermasalah.
Golongan seperti Itulah yang menjadi nila yang merosakkan susu
sebelanga.” Setelah membayar harga barang yang dibeli nadhirah menapak pulang
kerumah.
Cuti semester sudah berakhir. Nadhirah dan rakan-rakan lain
memulakan sesi pembelajaran seperti biasa. Kelas hari itu tamat awal dek kerana
pensyarah perlu menghadiri mensyuarat penting. Suasana dikantin kuliyyah tengahari itu
agak sesak dengan pelajar-pelajar yang ingin membeli makanan. Aida, ilah, lia
dan nadhirah mengambil tempat dimeja berdekatan dinding kantin. Masing-masing
bercerita tentang pengalaman cuti mereka selama hampir tiga bulan. Tiba-tiba
telefon bimbit nadhirah berdering. Cepat-cepat dia mencapai telefon bmbit yang
berada didalam beg galasnya. Nama lia terpampang didada skrin telefon bimbit
nadhirah. Dahinya berkerut. “eh..lia..kenapa kau call aku?” cepat-cepat mata
nadhirah dialihkan kearah lia yang sedang khusyuk bercerita. “call?.eh..mana
telefon aku?” lia kelihatan kalut mencari telefon bimbitnya. “mungkin telefon
bimbit kau tertinggal dikelas tadi dan ada orang yang telefon aku menggunakan
telefon kau. Nak cari tuan empunya telefon”. Nadhirah cuba mendail semula.
Namun tiada jawapan. Sekali lagi nombor telefon lia didail. Kini hanya operator
yang menjawab. Lia kini semakin cemas. Tangannya meraba beg galasnya yang
diletakkan disisi. “ eh..telefon bimbit aku ada dalam beg ni.” Telefon bimbit
dikeluarkan dari beg bewarna hitam miliknya. Sekali lagi dahi nadhirah
berkerut. Diperiksa semula log panggilan masuk. Namun tiada rekod panggilan
masuk. Nadhirah dan lia memandang antara satu sama lain. Masing-masing ligat
memikirkan akan punca datangnya panggilan itu. Namun mereka mengambil keputusan
untuk mengambil itu sebagai kebetulan atau mungkin sahaja disebabkan virus
ditelefon bimbit.
Usai solat isyak, nadhirah melabuhkan punggungnya dibirai katil.
Punat on Computer ribanya ditekan. Matanya dialihkan kearah telefon bimbit yang
diletakkan di sisi. Teringat kembali akan panggilan yang diterimanya ketika
dikuliyyah tengahari tadi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Cepat-cepat
tangannya mencapai telefon bimbit tersebut. Nama lia terpampang di skrin. Namun
belum sempat panggilan disambut, panggilan dari lia telah pun dimatikan. Dahi
nadhirah berkerut. Computer riba dipangkuan diletakkan diatas katil. Nadhirah
menapak ke bilik lia yang berada ditingkat atas biliknya. Pintu bilik lia
dikuak. Dilihat lia sedang tidur. Wajah lia dipandang lama. “siapa yang call
aku tadi”. Getus hati nadhirah. Nadhirah kembali semula kebiliknya. Kerja yang
terbantut tadi disambung semula. Computer riba dicapai dan diletakkan diatas
meja belajar. Semester ini agak mencabar bagi nadhirah kerana subjek yang perlu
diambil semester ini agak sukar. Dia perlu lebih berusaha. Matanya dikerlingkan
kearah jam loceng biru yang diletakkan ditepi katil.Jarum jam menunjukkan pukul
satu pagi. Computer ribanya ditutup.
Gambar ibu yang diletak diatas meja belajarnya ditatap. Teringat akan
kata-kata ibu ketika cuti lalu. Ibu mahu dia terus mencari naili. Nadhirah
menapak kebilik mandi dan mengambil wudhu’. Nadhirah sudah terbiasa mendirikan
solat hajat sebelum masuk tidur. Doa semoga naili cepat diketemukan tak pernah
terlepas dari meniti dibibir nadhirah.
Kelas professor aziz hari ini tamat tepat pada masanya.
Nadhirah dan lia menapak pulang ke kolej kediaman. Nadhirah teringat kembali
akan panggilan dari lia malam tadi. “lia..nak tahu tak?. Malam tadi aku dapat
lagi panggilan dari kau. Bila aku ke bilik kau, kau dah pun tidur”. Lia
memandang kearah nadhirah. “pelik la..aku tak ada pula call kau malam tadi. Dah
beberapa kali kan panggilan itu muncul?” nadhirah hanya menganggukkan kepala.
Belum sempat nadhirah mengeluarkan kata-kata lia telahpun bersuara. “dhirah,
kau ada Nampak tak kad pelajar aku?” nadhirah menoleh kearah lia. “tak ada
pula. Mungkin tercicir dimana-mana”. Lia memberhentikan langkahnya. “aku rasa
nak patah balik semula ke kuliyyah. Mungkin terjatuh masa aku nak masukkan
kedalam beg tadi”. Dilihat lia sudahpun berlari anak kearah bertentangan.
Nadhirah hanya menggelengkan kepala. Belum sempat kakinya menapak. Telinganya menangkap
bunyi bising dari arah belakang. Lia sudahpun berlumuran darah. Beberapa pelajar
juga sudahpun berkerumun disitu. “liaaaaaaa!” nadhirah berlari laju kearah
orang ramai yang sedang berkerumun itu.
Nadhirah duduk dikerusi menunggu sambil memerhatikan pintu bilik
kecemasan. Lia masih lagi didalam. Dia memerhatikan hujung lengannya yang masih
tercalit darah merah lia. Dia menawarkan diri untuk menemani lia kehospital
dengan menaiki ambulan.Beberapa minit kemudian puan hazirah dan beberapa orang
pelajar senior mendekati nadhirah. “ macam mana keadaan liana?” nadhirah
memandang kearah puan hazirah.
“saya tak tahu. Yang saya tahu liana dilanggar sebuah kereta
semasa dia ingin ke kuliyyah”. Nadhirah menjawab pendek. Dia sendiri tidak
menyangka rakannya itu dilanggar dan keadaannya agak parah.
“siapa disini penjaga nurul liana binti Othman?” semua yang berada disitu mengalihkan pandangan kearah seorang jururawat yang sedang berdiri berhampiran mereka. Puan hazirah menapak masuk membontoti jururawat itu. Keluarga lia juga sudah dihubungi. Malam itu nadhirah pulang semula ke hostel. Niat hati mahu sahaja dia menemani lia dihospital, namun dia perlu menghadiri kelas pada keesokan hari. Sebelum melelapkan mata telefon bimbitnya berdering. Nama ibu didada skrin telefon bimbit.
“siapa disini penjaga nurul liana binti Othman?” semua yang berada disitu mengalihkan pandangan kearah seorang jururawat yang sedang berdiri berhampiran mereka. Puan hazirah menapak masuk membontoti jururawat itu. Keluarga lia juga sudah dihubungi. Malam itu nadhirah pulang semula ke hostel. Niat hati mahu sahaja dia menemani lia dihospital, namun dia perlu menghadiri kelas pada keesokan hari. Sebelum melelapkan mata telefon bimbitnya berdering. Nama ibu didada skrin telefon bimbit.
“assalamualaikum ibu.tak tidur lagi?”
“waalaikumussalam. Belum. Ibu nak beritahu, esok ibu,ayah
dan abang adi akan ke Terengganu melawat rakan ayah. Ibu rancang nak singgah ke
tempat na..na sibuk tak esok?.” Suara ibu kedengaran dihujung talian.
“oh..na tak sibuk pun ibu. Boleh.. seronok na dengar ibu nak
singgah sini”. Jawab nadhirah sambil tergelak kecil.
Keesokan harinya nadhirah mengajak ibu,ayah dan abang adi
kehospital melawat lia. Pada mulanya ditolak abang adi kerana takut lewat
sampai keterengganu. Setelah dipujuk oleh nadhirah, akhirnya ibu bersetuju.
Suasana dihospital petang itu agak lengang. Mungkin kerana hari bekerja.wad
yang menempatkan lia dituju nadhirah dan ibunya. Abang adi dan ayah menunggu
diruang menunggu.
Dari jauh kelihatan lia terbaring diatas katil pesakit. Wajahnya pucat. Seorang wanita kelihatan sedang duduk disisi lia. Ibu lia mungkin. Nadhirah mendekati katil lia.
Dari jauh kelihatan lia terbaring diatas katil pesakit. Wajahnya pucat. Seorang wanita kelihatan sedang duduk disisi lia. Ibu lia mungkin. Nadhirah mendekati katil lia.
“assalamualaikum mak cik.” Tangannya
dihulurkan kearah wanita yang berada disisi lia untuk bersalaman. Nadhirah
menapak pula kearah lia yang sedang berbaring.tangan lia disentuh. Mata lia
masih terpejam.
“azah..”suara ibu kedengaran membuat nadhirah separuh
terkejut. Kepalanya ditoleh kearah ibunya.
“ibu kenal ke dengan ibu lia?” soal nadhirah dalam hati.
“ibu kenal ke dengan ibu lia?” soal nadhirah dalam hati.
Tiba-tiba wajah ibu jadi merah padam.belum sempat nadhirah
mendekati ibunya. Kelihatan ibu lia sudahpun berdiri mendekati ibu. Mereka
berdua menapak keluar dari kawasan wad lia. Nadhirah hanya memerhatikan
hinggalah kelibat mereka hilang dari pandangan. Nadhirah melabuhkan punggungnya
dikerusi disisi lia. Lia masih lena dalam tidurnya. Tiba-tiba ayah, ibu dan
abang adi meluru masuk kedalam wad. Nadhirah agak terkejut.
“naili..” ibu mengalirkan airmata sambil merapati lia. Dahi
nadhirah berkerut seribu. “naili?” getus hati nadhirah.
Abang adi yang sedang berdiri disitu dirapati. “abang
adi..apa yang terjadi?. Na tak faham..” abang adi memandang nadhirah lama.
“naili..kawan na adalah naili, anak mak ngah yang hilang
sejak 20 tahun lalu”.perlahan suara abang adi. Namun mampu ditangkap telinga
nadhirah. Dilihat lia sudah terjaga dari tidurnya. Pergerakannya agak perlahan
kerana kakinya terikat pada alat bantu. Kaki lia patah akibat hentakan kuat
semasa kemalangan beberapa hari lalu. Lia agak terpinga-pinga akan suasana
disitu. Nadhirah hanya membatu melihat apa yang sedang terjadi.
Malam itu
nadhirah dihantar abang adi pulang ke universiti. Ibu dan ayah masih
dihospital. Menurut abang adi, wanita yang berada disisi lia tadi adalah bekas
isteri pak ngah yang menghilang sejak 20 tahun lalu. Dia sudah menikahi lelaki
lain dan menamakan naili dengan nama baru berbintikan suami barunya.Nadhirah
langsung tidak menyangka bahawa lia teman rapatnya itu rupa-rupanya insan yang
dicari-cari selama ini. Malam itu sebelum tidur nadhirah membelek telefon
bimbitnya. Mungkin misteri panggilan beberapa hari lepas adalah petanda.
Mungkin Allah mahu memberitahunya bahawa orang yang nadhirah tercari-cari
selama ini ada dihadapan matanya. Apa yang berlaku betul-betul tidak disangka
nadhirah. Kuasa tuhan. Telefon bimbitnya diletak semula berdekatan birai katil.Tanpa
disedari nadhirah telahpun terlelap dibuai mimpi.
nukilan:AmiraRamlee-miraLee-misznerd-slave0fAllah