Sunday, 25 September 2016

Dendam semalam


“kenapa kau pandang aku macam tu?” jelingan tajam dihadiahkan ilyana buat azwani yang masih lagi merenung tepat kearah wajah sepupunya itu.

“apa salah aku pada kau sampai kau buat aku macam ni?” airmata azwani sudahpun bertakung menunggu tumpah ke pipi. Tangannya masih erat menggenggam senaskah kertas bertulis assignment doktor hafiz.

“kau suruh aku hantar kan?. so aku hantar lah..jangan banyak bunyi pula”. Kata-kata tajam dari ilyana membuat wajah azwani menjadi merah padam. Tanpa lengah dia menapak pergi meninggalkan ilyana yang masih duduk dikerusinya. Kesemua pelajar sudahpun beransur meninggalkan kelas kecuali ilyana seorang yang masih duduk disitu. Suara Dengusan ilyana kedengaran.

“orang bodoh macam kau je senang kena tipu” ilyana berbisik didalam hatinya.

Jam tepat pukul 8 malam kelihatan azwani menapak masuk ke dalam rumah sewanya.

 “eh wani..kau dari mana?. Kenapa lewat sangat balik?.” Sergahan dari sofia membuat azwani separuh terkejut.

“aku dari perpustakaan. Siapkan assignment doktor hafiz..” jawapan dari azwani membuat sofia separuh terkejut. “eh..bukan ke semua orang dah hantar assignment tu?. Jangan cakap kau adalah orang yang doktor hafiz maksudkan tadi?. Kau belum hantar assignment ke?” soalan bertubi-tubi dari sofia hanya dibalas dengan anggukan oleh azwani. Kakinya laju dihayunkan masuk ke bilik tidur. Sofia masih tidak percaya bahawa pelajar yang disebut doktor hafiz di kelas pagi tadi adalah azwani. Tidak pernah wani mengabaikan assignment apatah lagi hingga tidak hantar ke meja pensyarah.

Pagi itu kelas seperti biasa. Sambil menunggu pensyarah masuk azwani mengambil peluang membaca novel yang baharu saja dibelinya minggu lepas. Matanya beralih kearah ilyana yang baru sahaja masuk ke dalam kelas.

“hai wani..” azwani mengalihkan pandangannya ke arah sofia yang duduk disisinya. Senyuman dikuntum buat sahabat baiknya itu. pagi tadi azwani keluar dari rumah sewa agak awal kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Malam tadi juga dia masuk tidur awal. Tidak sempat dia berborak dengan teman serumahnya itu. seperti dijangka, sofia pasti akan bertanya banyak soalan padanya.

“wani, aku peliklah.. kenapa kau tak hantar assignment doktor hafiz?..bukankah kau dah siap awal hari tu?.. lagi satu, kenapa kau beria sangat nak tegur-tegur si ilyana tu.. padahal dia kan sombong  sangat dengan kau..” belum sempat sofia meneruskan kata-katanya, suasana didalam kelas tiba-tiba menjadi senyap. Kelihatan doktor aziz menapak masuk kedalam kelas. Persoalan sofia termati disitu sahaja tanpa jawapan dari azwani.

Tamat kelas petang itu azwani menapak laju mengejar ilyana yang sedang berjalan dihadapannya. Panggilan dari azwani langsung tidak diendahkan oleh ilyana. Lengan ilyana dipegang azwani sepantas kilat.

“yan..aku nak cakap sikit dengan kau ni…dah 20 tahun yan..apa yang berlaku itu antara keluarga aku dan keluarga kau.. jika bukan kita, siapa lagi yang perlu diharapkan untuk menyambung kembali persaudaraan antara keluarga kita..” wajah ilyana direnung azwani lama.

“yang melarat tu aku dan keluarga aku..apa kau tahu?. Huh..kau tahu hidup senang je..kau tak tahu apa dah aku lalui..anak manja macam kau ni memang tak akan faham..”  wajah redup azwani langsung tidak dipandang ilyana.

“kalau betul keluarga aku salah, aku minta maaf. Susah sangat ke kau nak beri kemaafan?” kata-kata azwani membuat ilyana mengetap bibir. Wajah azwani direnung tajam. Keluhan kecil kedengaran dari mulut ilyana. Tanpa menjawab persoalan dari azwani dia menapak pergi dari situ.  Kelibat ilyana dipandang azwani hingga tubuh itu hilang dari pandangannya.

Belum sempat azwani beredar dari situ.. “hei wani!” langkah kaki azwani terhenti. Dia menoleh kebelakang. Kelihatan sofia sedang berlari anak kearahnya. Derai tawa wani kedengaran apabila melihat gelagat temannya itu yang kelam kabut berlari kearahnya.

“weh..kau berhutang dengan aku tau..” azwani mengerutkan dahinya. “hutang?”

“yup..kau belum jawab lagi soalan-soalan aku pagi tadi..sekarang aku nak kau jawab”. Sofia berdiri betul-betul dihadapan azwani sambil mencekak pinggang. Sambil tersenyum azwani merangkul bahu temannya itu. “ baiklah cik adik, meh aku jawab.. kalau soalan kau pasal aku dan ilyana tu, sebenarnya aku dan ilyana saudara. Dia sepupu belah ibu aku. Takkan aku nak buat tak tahu je kan bila jumpa dia..” kening azwani diangkat sambil memandang sofia.. tercengang gadis itu. “ kenapa aku baru tahu kau saudara dengan si ilyana tu?. Serius weh..dia tak pernah senyum pun pada kau”.
“kami ada masalah keluarga sikit..tapi dah lama berlaku.. masa aku dan ilyana kecil lagi.. aku pun tak tahu sangat apa yang berlaku.. dari apa yang ibu aku cerita, arwah atuk halau keluarga ilyana dari rumah sebab semua ahli keluarga syak salah seorang ahli keluarga ilyana mencuri barang ahli keluarga lain, termasuk barang kemas ibu aku. Mereka dihalau pada waktu tengah malam. Ilyana dan adik beradiknya yang sedang tidur dibawa pergi oleh kedua ibu bapa mereka. Ibu cakap ibu dah maafkan jika benar mereka yang mengambil barang kemas ibu. Namun pak cik dan mak cik aku yang lain berkeras mahu menghalau mereka dari rumah arwah atuk. Sejak dari hari itu, aku langsung tak pernah berjumpa dengan mak ngah aku tu.. sampai lah dua tahun lepas aku jumpa ilyana di kolej.”
Sofia tercengang mendengar cerita yang keluar dari mulut azwani itu. dibiar sahaja temannya itu meneruskan ceritanya. 
“ wani, masalah pasal assignment tu mesti disebabkan ilyana kan?. sebab aku Nampak kau bercakap dengan ilyana masa kita baru habis kelas doktor hafiz hari itu.”

Azwani hanya mengangguk perlahan. 
“ malam sebelum kita semua hantar assignment tu, ilyana nak tengok assignment aku. Nak pinjam sebentar katanya. Dia cakap nak hantarkan sekali esoknya. Tapi aku tak sangka dia tak hantar pun assignment aku.”

“ sampai hati dia buat kau macam tu.. aku pun tak faham macam mana kau boleh sabar dengan si ilyana tu. Apa kata kau report je perkara ni pada doktor hafiz.” Azwani menggelengkan kepalanya sekilas. “ tak perlulah. Nanti ilyana pula kena tindakan. Aku tak nak dia dapat masalah pula.”
Suara dengusan dari sofia kedengaran. “kau ni baik sangat lah..dah la..jom lah kita pulang ke rumah sewa. Dah petang ni”.

Ilyana mengelap airmatanya. Keperitan hidupnya selama beberapa tahun ini membuat dia begitu lelah. Lima tahun selepas dia pergi dari rumah keluarga datuknya, ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan. Dia sebagai anak sulung dari enam orang adik beradik perlu membantu ibunya mencari rezeki.sejujurnya dia tidak begitu jelas akan apa yang berlaku akan keluarganya dan keluarga pak cik dan mak ciknya yang lain. Apa yang pasti, apa yang mereka lakukan pada keluarganya agak kejam. Masih segar diingatannya. Ketika dia berumur empat tahun ibu dan ayahnya mengemas barang keluar dari rumah arwah atuk. Mereka tidak tahu mahu kemana. Ayah bawa mereka ke rumah nenek belah ayah. Sepanjang di situ, ibu selalu sahaja diperli oleh adik beradik ayah yang lain. Beberapa kali juga ilyana melihat ibunya menangis bersendirian di dalam bilik. Selepas ayah meninggal ibu menbawa mereka enam beradik pindah ke rumah sendiri. Ibu hanya seorang kerani di sebuah sekolah di bandar. Gaji ibu cukup makan untuk mereka sekeluarga. Kesusahan itu yang membuat ilyana bertekad mahu belajar bersungguh-sungguh.

Sekeping gambar ibu dan ayahnya ditatap ilyana penuh kerinduan. Kini wajah azwani pula bermain difikirannya. Tidak tahu mengapa dia begitu benci dan berdendam pada gadis itu. kemaafan yang dipinta azwani belum mampu diberi oleh ilyana. Ianya begitu perit untuk dihulur. Tanpa sedar matanya perlahan lahan ditutup rapat dengan harapan malam ini dia akan dibuai mimpi yang indah-indah.

“yan.. tunggu kejap” azwani berlari anak mengejar ilyana yang sedang menuruni tangga ketingkat satu fakulti sains kimia. Lengan ilyana disentuh oleh azwani dari belakang namun ditepis kuat oleh ilyana. Azwani hilang keseimbangan dan dia jatuh tersungkur tergolek menuruni anak tangga. Terkejut bukan kepalang ilyana melihat apa yang berlaku didepan matanya. Tubuhnya kaku melihat azwani yang terbaring mengerang kesakitan selang beberapa anak tangga dari tempatnya berdiri. Beberapa orang pelajar sudah pun berada disitu untuk membantu
.
Malam itu ilyana tidak mampu melelapkan matanya. Hatinya berasa resah. Kejadian tengahari tadi bermain difikirannya. Tidak sangka tepisan tangannya membuat azwani terjatuh. Tubuhnya digolekkan kekiri dan kekanan namun tidak juga matanya mahu lelap. Suara azwani bagai terngiang-ngiang dicuping telinganya. Perasaan serba salah menerpa hatinya. Bantalnya ditekup keatas muka. Kira-kira jam 3 pagi baru mata ilyana mampu dilelapkan.

Seminggu berlalu sejak kejadian itu. setiap hari ilyana memerhati sekitar kelas jika kelibat azwani kelihatan namun tidak juga kelibat azwani dilihat. Baru sahaja ilyana mencapai buku nota, matanya menangkap satu tubuh sedang berjalan masuk ke dalam kelas perlahan-lahan. Azwani yang bertongkat itu dibantu oleh sofia masuk ke dalam kelas. Akibat hentakan yang kuat, tulang dibahagian lutut azwani tercedera. Mata ilyana tidak beralih dari memerhati azwani yang sedang bersusah payah mengambil tempat duduk dibahagian hadapan kelas.

Hujan renyai-renyai petang itu membuat ilyana berdiri termenung di kawasan laluan berbumbung menuju ketempat meletakkan kenderaan. Hujan yang turun itu direnung ilyana. Sedang leka dia memerhatikan rintikan hujan dihadapan mata, ekor matanya menangkap satu tubuh sedang berdiri berhampiran tempat dia berdiri. Perlahan-lahan azwani yang sedang leka memandang rintikan hujan dihampiri oleh ilyana.

“wani.. kau okay tak?. Aku minta maaf..salah aku sebab tolak kau hari tu” suara ilyana perlahan namun jelas ditelinga azwani. Kaki azwani yang berjingkit sedikit dipandang ilyana dengan rasa serba salah yang menebal. Pandangannya dihalakan ke bawah.

“aku okay je.. bukan salah kau pun yan. Kau tak sengaja kan hari tu..” jawab azwani  sambil tersenyum.

“kenapa kau ni baik sangat wani?. Dah macam-macam aku buat pada kau, tapi tetap maafkan aku.” Airmata ilyana sudah bertakung menunggu gugur.

Bahu liyana disentuh lembut oleh azwani. “Kemaafan memang susah kita nak beri. Tapi dengan kemaafanlah hidup kita kan menjadi lebih tenang. Dendam ni ibarat barah.. semakin kita pendam semakin dia memakan diri kita.benci jika dibiar bertakung akan berpekung didalam dada. Siapa lah kita sedangkan Allah yang maha esa juga maha pemaaf. Tak salah kita beri peluang pada orang lain untuk memperbaiki kesilapan mereka.aku tahu amat payah kau nak maafkan keluarga aku, tapi aku harap kau jangan putuskan hubungan persaudaraan antara kita. Apa yang terjadi antara keluarga kita biarkan ianya berlalu. Aku tak mahu kita berdua terus membenci antara satu sama lain. Dendam ini tak seharusnya kita warisi”

Kata-kata yang keluar dari bibir azwani membuat airmata ilyana berguguran membasahi pipinya. “memang payah aku nak maafkan kau dan keluarga kau. Masa aku lihat kau mengerang kesakitan ketika terjatuh ditangga hari itu membuatkan aku tersedar. Semakin aku terus membenci, semakin luka di hati ini bernanah. Aku tak lena tidur bila terbayang melihat wajah kau menahan kesakitan. Aku minta maaf atas apa yang aku dah lakukan pada kau. Disebabkan aku, kau terpaksa menanggung malu dimarahi doktor hafiz dikelas beberapa minggu lepas. Tanpa aku sedar aku dah terlebih kejam pada kau. Aku minta maaf”

Perlahan-lahan tubuh ilyana dipeluk azwani. Terasa hatinya begitu tenang mendengar kata-kata dari bibir ilyana itu. “kau sudi kan maafkan aku?” soal azwani apabila pelukannya dileraikan.


“aku dah maafkan kau.” Jawab ilyana sambil mengelap matanya. Beberapa minit kemudian sofia datang dengan sebuah kereta mendekati tempat azwani berdiri untuk membawa azwani pulang ke rumah. Kelibat kereta sofia pergi dihantar oleh pandangan ilyana dan lambaian tangannya. Kini hatinya terasa lebih tenang dari sebelum ini. Kini dia bernekad mahu melupakan dendam yang sudah lama bersarang dihatinya. Dia sedar bahawa kebahagiaan itu bermula dari membuat pilihan. Iaitu memilih untuk bahagia dengan memaafkan atau sengsara dengan dendam yang tidak berkesudahan.

nukilan:AmiraRamlee|miraLee|misznerd|slaveOfAllah
#fiksyen

Monday, 30 May 2016

Bila Allah menjemput kembali kamu kejalannya



pernah tak rasa dikecewakan bertalu-talu hingga tak mampu menahan hiba dan tangisan?. ketika itu hanya Allah je yang ada dihati kita..masa tu, kita rasa hanya Allah je yang faham apa yang kita rasa..saat itu jugalah kita sedar Allah sentiasa ada disamping kita sedang orang lain tidak melihat kita..itulah Allah..tuhan yang maha pengasih pada hambanya..semakin kita menjauh, semakin Dia dekat..dijentik kita sedikit dengan ujian agar kita tersedar bahawa kita sedang hanyut mengejar dunia..Dia rembeskan sedikit kedukaan agar kita tahu ketika itu siapakah yang masih tegar berdiri disisi kita..Allah..Allah lah yang ada..Dia tak pernah tinggalkan kita walhal sedang kita bahagia bahkan sedang kita berduka..masih tak nampakkah?. atau butakah hati kita?. mungkin sudah lali dengan kenikmatan dunia dan terlalu taksub membontoti angan-angan kosong..manusia yang lupa itu bukanlah sesuatu yang ganjil kerana insan itu memang bersifat sering terlupa..tapi disaat kita diberi peringatan oleh Allah, kembalilah..baliklah ke jalanNya..Dia sedang merindui tangisan kita kepadanya..dia ingin melihat kita menghadapnya..meminta kepadanya..percayalah..hamba yang taat atau tidak taat langsung tidak menjejaskan Allah..malah segalanya hanyalah berbalik untuk kebahagiaan kita sendiri...tapi manusia keras hati..untuk menyelamatkan diri sendiri sahaja tidak mampu..tapi gah pula membebel mahu selamatkan orang lain..ahhhh..manusia..malulah pada Allah..Allah sedang melihat..tunduklah sedikit dari dunia..malulah pada Allah..sedang kita berbuat dosa disiang hari, Allah masih memaafkan kita dimalam hari..sungguh Allah itu maha pemaaf..namun manusia terus terusan membuka aib sendiri sedang Allah telahpun menutupnya..itulah manusia..gah dengan dosa noda..kasih yang ditagih pada dunia hanya memakan diri..bila tersungkur dan tercalit debu kegagalan, Allah lah yang dicari..ahhhh..lemah sungguh kita..ikhlas hanya disaat 'payah'. kembalilah pada jalanNya..jangan sampai suatu hari nanti bila kita jatuh dan terkapai-kapai, Allah tak lagi menghulurkan pertolongannya..sedarlah ketika itu kita dah terlambat..pulanglah duhai hati yang parah..Allah sedia merawat luka hatimu..jauhkanlah kesengsaraan jiwa kerna dunia..kerna Allah menjanjikan kebahagiaan untuk hamba yang mentaati dan kembali kepadanya..Allah sentiasa ada.. disisimu..


-MiraLee-MiszNerd-SlaveOfAllah-

Saturday, 9 April 2016

sungguh aku rindu



Seorang sahabat pertanyakan pada aku..bagaimanakah untuk mencintai Allah.. aku jawab, sebelum kita cinta, terlebih dahulu kita perlu kenal siapa yang ingin kita cintai.. dia bertanya lagi.. macam mana nak cinta kalau tak Nampak depan mata.. aku jawab cinta bukan hanya pada zahir.. cinta yang lahir dari hati dan keyakinan itu lebih utuh..  tapi tetap juga dia tak berpuas hati dengan jawapan yang aku beri.. sebenarnya, aku tak lah cukup ilmu sangat nak jawab soalan-soalan dari dia.. tapi aku cuba apa yang aku mampu.. lagi-lagi sahabat aku ni bukanlah terlalu jahil ilmu agama.. bahkan lebih kurang je tahap ilmu agama aku dan dia..mungkin aku belajar lebih sikit dari dia.. tapi aku tak tahu mengapa soalan-soalan macam tu terlontar dari dia.. mungkin dia mahukan sedikit keyakinan.. lama kelamaan dia semakin menjauh dari aku.. sebabnya dia kata dia  tidak layak berkawan dengan aku.. atau mungkin aku selalu bagi nasihat-nasihat yang cliché pada dia sampai dia rasa bosan.. aku ikuti perkembangan dia.. semakin hari semakin jauh dia bawa diri dari Allah.. aku bukanlah sempurna untuk mengadili dia.. mugkin keadaan yang membuat dia terpaksa mengikut kata hati.. sedang aku..kini juga terumbang ambing.. hati tak sekuat dulu..tak seikhlas dulu.. mengapa?., aku tak ada jawapan.. benarlah.. iman itu  ada naik turunnya.. tak selalu kita akan diatas.. tak selalu kita akan menjadi orang baik.. kadang-kadang aku rindukan aku yang dulu.. yang hati penuh dengan keikhlasan menghadap ilahi.. airmata yang mengalir setiap terbangun disepertiga malam… tapi kini sukar aku mendapatkan rasa itu.. sekali lagi aku tiada jawapan.. ahhh..sungguh aku rindu saat itu.. aku rindu manisnya beribadah..  tapi kini hambar sungguh cinta aku pada ilahi.. mungkin aku tidak lagi mencari jalan kearahnya.. aku sedang membontoti kebahagiaan duniawi yang terasa indah dimata.. namun aku sedar pedih dijiwa.. aku rindu dinasihati oleh orang-orang yang kuat cintanya pada ilahi.. sungguh aku rindu..

Thursday, 31 March 2016

aku sedang ditagih janji


Pagi hari ni aku terjaga awal..mungkin sebab aku terlelap awal malam tadi. Apa perkataan pertama yang aku baca adalah “ untuk apakah kamu isi pada usia mudamu” tiba-tiba hati aku tersentap. Apakah yang telah aku sumbangkan dalam hidup aku selama lebih 20 tahun. Bukan angka yang kecil. Bila tengok diri sendiri juga jati diri belum mantap, apatah lagi untuk menyumbang untuk orang lain. Adakah waktu mudaku sedang aku sia-siakan?. Seperti buah yang menanti waktu ranum lalu jatuh ke tanah?. Diusia 20-an,aku masih lagi mencari-cari identity dan karakter diri. Diusia ini aku masih lagi mencari siapakah aku perlu jadi. Ahh..sangat rugi..sedang aku masih meraba-raba diusia ini, orang-orang yang hebat telahpun jauh melangkah kehadapan. Sedang aku masih merangkak-rangkak jatuh bangun, insan lain sudahpun berlari kencang. Tega nya diri ini perbazir usia muda yang punya tubuh sihat tegap ini. Mungkin aku lupa, aku pernah dikejutkan dari mimpi..dan kini aku seperti mahu kembali bermimpi..bukan aku tak rindu saat itu.. aku sangat rindu saat hati aku sangat terasa manisnya mengingatimu Ya Allah..kekadang aku terasa hilangnya rasa kelazatan menghadapmu..dimana hatiku?. Ahh..hati aku dah jauh lemas dilautan obsess pada dunia.. itulah hakikat..jiwa aku dah lemah..aku hilang tongkat.. diusia ini seharusnya ayat-ayat mu penuh didada..namun terasa semakin sikit hafalanku malah banyak sudah aku lupa..ahhh..lemahnya aku.. mungkin disaat ini aku perlu sedar..waktu mudaku sedang ditagih..bukan untuk dipersiakan, tapi dimanfaatkan.. sudah-sudahlah tu berlakon dipentas sandiwara ini.. layar ini hanya sementara.. cari akhirat untuk peroleh kedua dunia dan akhirat..ya.. aku sedang ditagih janji

Wednesday, 23 March 2016

akulah pendamba cinta AgungMu

Akulah pendamba cintaMu




Siapalah aku,
Tidak terdaya menolak ajakan kesia-siaan
Akulah pendosa,
Yang tak pernah kenyang,
Buka pakai topeng kejahilan,
Sepertinya tidak sadar akan keberadaan yang maha melihat.

Menangisnya aku dimalam hari,
Derai tawa pula yang menghiasi di siang hari,
Membontoti kejahilan seperti aku tak pernah dipandu,
Membenci kebaikan seperti aku mahu selamanya dilindung kejahatan,
Tertawa melihat tunduknya hamba yang patuh,
Hingga aku alpa ikrar yang menyeru kembali kepada pemilik jiwa.

Semakin aku jauhiNya
Semakin jauh aku tersasar
Semakin aku tunduk dengan kesenangan yang tak berpenghujung
Semakin aku benci ketaatan pada yang Satu
Semakin aku kelam dari cahaya
Ketamakan dengan keindahan duniawi

Bila digegar hati oleh pencipta diri,
Tersungkur layu aku berlutut bertongkat hiba,
Hilang jiwa kebahagiaan mencintai tawhid kini meragut nadiku,
Rindu akan ketenangan atas cinta ikhlas tak bersyarat,
Kembalikanlah aku padaMu Rabb,
Kerna,. akulah pendamba redha dan cinta agungMu


Tuesday, 26 January 2016

panggilan dari siapakah?.





“Na.. kamu ada dapat apa-apa berita tak tentang naili anak mak ngah?” nadhirah yang sedang menghirup air kopi yang sudahpun suam tiba-tiba separuh tersedak. Wajah ibunya direnung lama. Pandangannya dialihkan semula kearah sawah padi yang terbentang menghijau dihadapan matanya. “ibu..na tak dapat apa-apa berita tentang naili. Lebih-lebih lagi naili dah bertahun-tahun hilang”. Suasana kembali sepi. Angin kuat sesekali membuat hujung rambut nadhirah berterbangan sedikit menutup dahinya. Jari-jemarinya perlahan menyeka rambut dari menutup pandangannya.

“ibu bukan apa..mak ngah dah semakin uzur. Rindu sangat dia pada naili” suara ibu perlahan namun jelas ditelinga nadhirah. Naili anak mak ngah sudah hilang sejak dari umurnya setahun. Dibawa lari bekas isteri kedua pak ngah. Bertahun-tahun nadhirah sekeluarga mencari naili namun hingga kini sudah 20 tahun berlalu. Namun tiada juga berita gembira mampu diberi kepada mak ngah. Menurut ibu, isteri kedua pak ngah kena sakit meroyan bila anak yang dikandungnya keguguran. Akibatnya, anak mak ngah dibawa lari entah kemana. Nasib baik ketika itu mak ngah masih mempunyai anak lain selain naili. Sejak pak ngah meninggal enam bulan lepas,  mak ngah jatuh sakit. Hari-hari nama naili disebut-sebut. Sudah banyak usaha dilakukan termasuk mencari melalui akhbar dan media social. Namun tak juga naili ditemui.

Petang itu nadhirah berjalan kaki ke kedai runcit pak samad. Ibu minta belikan kicap dan gula untuk buat sambal kicap. Katanya abang adi dalam perjalanan pulang kekampung. Kak dhia isteri abang adi  minta untuk bersalin disini. Khusuk memerhatikan suasana indah sawah menghijau disepanjang perjalanan kekedai, tiba-tiba nadhirah separuh tersandung dek terpijak batu kecil. Nasib sahaja dia sempat menyeimbangkan badannya. Lalu beberapa kanak-kanak menaiki motosikal mentertawakannya yang terbongkok-bongkok menahan diri dari terjatuh. Menggeleng nadhirah melihat kanak-kanak itu. Bukan sebab dirinya ditertawakan, namun sedih hatinya melihat gelagat kanak-kanak tersebut. Berbagai aksi ditunjukkan sambil menunggang motosikal. Ada yang seperti superman, ada juga yang mengangkat salah satu tayar motosikal mereka. Sudah pasti kanak-kanak seperti itu belum mempunyai lesen. Kalau sahaja terjadi sesuatu, ibubapa mereka yang harus bersusah payah. Salah seorang dari mereka juga dengan gahnya menghembuskan asap rokok keluar dari mulut dan hidung. Masyarakat sekarang suka memanjakan anak-anak. Alasannya, biasalah budak-budak. Tapi kalau bukan rebung yang harus dilentur, mahu tunggu sudah menjadi buluhkah baru mahu dilentur?. Bukan sahaja sukar dilentur bahkan mungkin sahaja patah riuk.

Kedai runcit pak samad agak riuh dengan suara beberapa penduduk wanita yang juga sedang membeli barang disitu. Mereka mengadu harga barang sekarang sudah semakin mahal. Kalau dulu bawa sekeping duit not lima puluh ringgit, banyak barang yang mampu dibeli. Namun sekarang dua tiga barang sahaja sudah hampir lima puluh ringgit. Nadhirah tersenyum mendengar perbualan beberapa orang wanita separuh abad yang begitu bersemangat memperkatakan tentang kepimpinan itu dan ini. Sedang mencari kelibat botol kicap nadhirah ditegur oleh salah seorang wanita yang berada disitu. “ eh..kamu anak sarimah kan?” nadhirah cepat menoleh kepala kearah mak cik yang sedang tersenyum kearahnya. “Ya mak cik” balas nadhirah sambil menghulurkankan tangan untuk bersalaman dengan wanita itu.

“wah..tengah cuti ya?. Belajar dimana sekarang?”

“belajar di Pahang makcik. Universiti islam antarabangsa”. Jawab nadhirah mesra.

“oh..boleh la jadi ustazah”. Nadhirah tergelak kecil mendengar kata-kata mak cik itu. “tak adalah makcik. Saya ambil jurusan sains.”

“anak pak cik dali hari itu ditangkap mengikuti kumpulan haluan kiri. Banyak ajaran sesat. Syiah juga banyak disitu. Makcik dengar anak pak dali tu belajar di universiti  islam antarabangsa juga. Kamu baik-baik lah ya belajar disana”. Panjang lebar mak cik itu bercerita. Nadhirah hanya tersengih. “in shaa Allah mak cik. Yang penting jati diri. Akidah kena kuat. Bukan salah tempat. Tapi mungkin salah individu itu sendiri.tapi sepanjang saya belajar disana. Tiada lagi saya jumpa golongan seperti itu. Suasana disana juga bagus. Budi dan pekerti amat ditekankan. Mungkin ada segelintir sahaja yang bermasalah.  Golongan seperti Itulah yang menjadi nila yang merosakkan susu sebelanga.” Setelah membayar harga barang yang dibeli nadhirah menapak pulang kerumah.

Cuti semester sudah berakhir. Nadhirah dan rakan-rakan lain memulakan sesi pembelajaran seperti biasa. Kelas hari itu tamat awal dek kerana pensyarah perlu menghadiri mensyuarat penting. Suasana dikantin kuliyyah tengahari itu agak sesak dengan pelajar-pelajar yang ingin membeli makanan. Aida, ilah, lia dan nadhirah mengambil tempat dimeja berdekatan dinding kantin. Masing-masing bercerita tentang pengalaman cuti mereka selama hampir tiga bulan. Tiba-tiba telefon bimbit nadhirah berdering. Cepat-cepat dia mencapai telefon bmbit yang berada didalam beg galasnya. Nama lia terpampang didada skrin telefon bimbit nadhirah. Dahinya berkerut. “eh..lia..kenapa kau call aku?” cepat-cepat mata nadhirah dialihkan kearah lia yang sedang khusyuk bercerita. “call?.eh..mana telefon aku?” lia kelihatan kalut mencari telefon bimbitnya. “mungkin telefon bimbit kau tertinggal dikelas tadi dan ada orang yang telefon aku menggunakan telefon kau. Nak cari tuan empunya telefon”. Nadhirah cuba mendail semula. Namun tiada jawapan. Sekali lagi nombor telefon lia didail. Kini hanya operator yang menjawab. Lia kini semakin cemas. Tangannya meraba beg galasnya yang diletakkan disisi. “ eh..telefon bimbit aku ada dalam beg ni.” Telefon bimbit dikeluarkan dari beg bewarna hitam miliknya. Sekali lagi dahi nadhirah berkerut. Diperiksa semula log panggilan masuk. Namun tiada rekod panggilan masuk. Nadhirah dan lia memandang antara satu sama lain. Masing-masing ligat memikirkan akan punca datangnya panggilan itu. Namun mereka mengambil keputusan untuk mengambil itu sebagai kebetulan atau mungkin sahaja disebabkan virus ditelefon bimbit.

Usai solat isyak, nadhirah melabuhkan punggungnya dibirai katil. Punat on Computer ribanya ditekan. Matanya dialihkan kearah telefon bimbit yang diletakkan di sisi. Teringat kembali akan panggilan yang diterimanya ketika dikuliyyah tengahari tadi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Cepat-cepat tangannya mencapai telefon bimbit tersebut. Nama lia terpampang di skrin. Namun belum sempat panggilan disambut, panggilan dari lia telah pun dimatikan. Dahi nadhirah berkerut. Computer riba dipangkuan diletakkan diatas katil. Nadhirah menapak ke bilik lia yang berada ditingkat atas biliknya. Pintu bilik lia dikuak. Dilihat lia sedang tidur. Wajah lia dipandang lama. “siapa yang call aku tadi”. Getus hati nadhirah. Nadhirah kembali semula kebiliknya. Kerja yang terbantut tadi disambung semula. Computer riba dicapai dan diletakkan diatas meja belajar. Semester ini agak mencabar bagi nadhirah kerana subjek yang perlu diambil semester ini agak sukar. Dia perlu lebih berusaha. Matanya dikerlingkan kearah jam loceng biru yang diletakkan ditepi katil.Jarum jam menunjukkan pukul satu pagi. Computer ribanya ditutup.  Gambar ibu yang diletak diatas meja belajarnya ditatap. Teringat akan kata-kata ibu ketika cuti lalu. Ibu mahu dia terus mencari naili. Nadhirah menapak kebilik mandi dan mengambil wudhu’. Nadhirah sudah terbiasa mendirikan solat hajat sebelum masuk tidur. Doa semoga naili cepat diketemukan tak pernah terlepas dari meniti dibibir nadhirah.

Kelas professor aziz hari ini tamat tepat pada masanya. Nadhirah dan lia menapak pulang ke kolej kediaman. Nadhirah teringat kembali akan panggilan dari lia malam tadi. “lia..nak tahu tak?. Malam tadi aku dapat lagi panggilan dari kau. Bila aku ke bilik kau, kau dah pun tidur”. Lia memandang kearah nadhirah. “pelik la..aku tak ada pula call kau malam tadi. Dah beberapa kali kan panggilan itu muncul?” nadhirah hanya menganggukkan kepala. Belum sempat nadhirah mengeluarkan kata-kata lia telahpun bersuara. “dhirah, kau ada Nampak tak kad pelajar aku?” nadhirah menoleh kearah lia. “tak ada pula. Mungkin tercicir dimana-mana”. Lia memberhentikan langkahnya. “aku rasa nak patah balik semula ke kuliyyah. Mungkin terjatuh masa aku nak masukkan kedalam beg tadi”. Dilihat lia sudahpun berlari anak kearah bertentangan. Nadhirah hanya menggelengkan kepala. Belum sempat kakinya menapak. Telinganya menangkap bunyi bising dari arah belakang. Lia sudahpun berlumuran darah. Beberapa pelajar juga sudahpun berkerumun disitu. “liaaaaaaa!” nadhirah berlari laju kearah orang ramai yang sedang berkerumun itu.

Nadhirah  duduk dikerusi menunggu sambil memerhatikan pintu bilik kecemasan. Lia masih lagi didalam. Dia memerhatikan hujung lengannya yang masih tercalit darah merah lia. Dia menawarkan diri untuk menemani lia kehospital dengan menaiki ambulan.Beberapa minit kemudian puan hazirah dan beberapa orang pelajar senior mendekati nadhirah. “ macam mana keadaan liana?” nadhirah memandang kearah puan hazirah.

“saya tak tahu. Yang saya tahu liana dilanggar sebuah kereta semasa dia ingin ke kuliyyah”. Nadhirah menjawab pendek. Dia sendiri tidak menyangka rakannya itu dilanggar dan keadaannya agak parah.

“siapa disini penjaga nurul liana binti Othman?” semua yang berada disitu mengalihkan pandangan kearah seorang jururawat yang sedang berdiri berhampiran mereka. Puan hazirah menapak masuk membontoti jururawat itu. Keluarga lia juga sudah dihubungi. Malam itu nadhirah pulang semula ke hostel. Niat hati mahu sahaja dia menemani lia dihospital, namun dia perlu menghadiri kelas pada keesokan hari. Sebelum melelapkan mata telefon bimbitnya berdering. Nama ibu didada skrin telefon bimbit.

“assalamualaikum ibu.tak tidur lagi?”

“waalaikumussalam. Belum. Ibu nak beritahu, esok ibu,ayah dan abang adi akan ke Terengganu melawat rakan ayah. Ibu rancang nak singgah ke tempat na..na sibuk tak esok?.” Suara ibu kedengaran dihujung talian.

“oh..na tak sibuk pun ibu. Boleh.. seronok na dengar ibu nak singgah sini”. Jawab nadhirah sambil tergelak kecil.

Keesokan harinya nadhirah mengajak ibu,ayah dan abang adi kehospital melawat lia. Pada mulanya ditolak abang adi kerana takut lewat sampai keterengganu. Setelah dipujuk oleh nadhirah, akhirnya ibu bersetuju. Suasana dihospital petang itu agak lengang. Mungkin kerana hari bekerja.wad yang menempatkan lia dituju nadhirah dan ibunya. Abang adi dan ayah menunggu diruang menunggu.

 Dari jauh kelihatan lia terbaring diatas katil pesakit. Wajahnya pucat. Seorang wanita kelihatan sedang duduk disisi lia. Ibu lia mungkin. Nadhirah mendekati katil lia.

 “assalamualaikum mak cik.” Tangannya dihulurkan kearah wanita yang berada disisi lia untuk bersalaman. Nadhirah menapak pula kearah lia yang sedang berbaring.tangan lia disentuh. Mata lia masih terpejam.

“azah..”suara ibu kedengaran membuat nadhirah separuh terkejut. Kepalanya ditoleh kearah ibunya.

“ibu kenal ke dengan ibu lia?” soal nadhirah dalam hati.

Tiba-tiba wajah ibu jadi merah padam.belum sempat nadhirah mendekati ibunya. Kelihatan ibu lia sudahpun berdiri mendekati ibu. Mereka berdua menapak keluar dari kawasan wad lia. Nadhirah hanya memerhatikan hinggalah kelibat mereka hilang dari pandangan. Nadhirah melabuhkan punggungnya dikerusi disisi lia. Lia masih lena dalam tidurnya. Tiba-tiba ayah, ibu dan abang adi meluru masuk kedalam wad. Nadhirah agak terkejut.

“naili..” ibu mengalirkan airmata sambil merapati lia. Dahi nadhirah berkerut seribu. “naili?” getus hati nadhirah.

Abang adi yang sedang berdiri disitu dirapati. “abang adi..apa yang terjadi?. Na tak faham..” abang adi memandang nadhirah lama.


“naili..kawan na adalah naili, anak mak ngah yang hilang sejak 20 tahun lalu”.perlahan suara abang adi. Namun mampu ditangkap telinga nadhirah. Dilihat lia sudah terjaga dari tidurnya. Pergerakannya agak perlahan kerana kakinya terikat pada alat bantu. Kaki lia patah akibat hentakan kuat semasa kemalangan beberapa hari lalu. Lia agak terpinga-pinga akan suasana disitu. Nadhirah hanya membatu melihat apa yang sedang terjadi.

 Malam itu nadhirah dihantar abang adi pulang ke universiti. Ibu dan ayah masih dihospital. Menurut abang adi, wanita yang berada disisi lia tadi adalah bekas isteri pak ngah yang menghilang sejak 20 tahun lalu. Dia sudah menikahi lelaki lain dan menamakan naili dengan nama baru berbintikan suami barunya.Nadhirah langsung tidak menyangka bahawa lia teman rapatnya itu rupa-rupanya insan yang dicari-cari selama ini. Malam itu sebelum tidur nadhirah membelek telefon bimbitnya. Mungkin misteri panggilan beberapa hari lepas adalah petanda. Mungkin Allah mahu memberitahunya bahawa orang yang nadhirah tercari-cari selama ini ada dihadapan matanya. Apa yang berlaku betul-betul tidak disangka nadhirah. Kuasa tuhan. Telefon bimbitnya diletak semula berdekatan birai katil.Tanpa disedari nadhirah telahpun terlelap dibuai mimpi. 

nukilan:AmiraRamlee-miraLee-misznerd-slave0fAllah